Tuesday 10 April 2012

TIGA JANJI PEMBANGKANG MUFLISKAN NEGARA


TIMBALAN Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata negara akan muflis dalam tempoh dua tahun jika pakatan pembangkang memegang tampuk pemerintahan dengan menunaikan tiga janji mereka.

Katanya dalam siri kempen politik mereka, pakatan pembangkang berjanji menghapuskan kutipan tol, gaji minium RM4,000 sebulan dan menghapuskan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Katanya sekiranya pakatan pembangkang memerintah negara, mereka memerlukan RM200 bilion setahun untuk menunaikan janji mereka.

"Ketiga-tiga janji itu tidak realistik kerana untuk menghapuskan kutipan tol sahaja kerajaan memerlukan perbelanjaan tambahan RM100 bilion, PTPTN RM43 bilion dan gaji minimum hampir RM60 bilion setahun," katanya.

Liow, yang juga Menteri Kesihatan, berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Felda Sertik, dekat sini, Isnin.

Justeru itu, beliau berharap golongan muda tidak terpengaruh dengan janji kosong pakatan pembangkang kerana ketika ini kerajaan Barisan Nasional (BN) menanggung 70 peratus kos pendidikan di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).

7 comments:

  1. Cakap memang la ba senang. Cakap kosong saja ba tu.

    ReplyDelete
  2. Memang tidak realistik. Last2 rakyat juga yang akan menanggung beban. Agaknya pembangkang fikir dari mana mereka dapat sumber kewangan kalau janji tu ditunaikan?

    ReplyDelete
  3. kalaupun mahu dapat perhatian dan sokongan rakyat, agak2lah janji tu realistik ka tidak.

    ReplyDelete
  4. Pembangkang berpijaklah di bumi yang nyata. Jangan terlalu ghairah mahu menang sampai bagi janji palsu sama rakyat.

    ReplyDelete
  5. pembangkang menabur janji hnya untuk dapatkan sokonga, padahal mereka sendiri pun tidak pasti mereka dpt laksanakan atau tidak, jadi kita jgnlah mudah terpedaya.

    ReplyDelete
  6. Apa yang pembangkang janjikan sebenarnya memang menarik kita. Namun apa yang mereka rancang itu seperti tidak menilai sendiri apa yang akan berlaku jika perkara itu dilakukan. seperti cakap ikut suka hati saja.

    ReplyDelete
  7. pelaksanaan pendidikan percuma sudah cukup untuk membankrapkan negara.. dalam jangka masa 10 tahun, pasti jumlah pelajar bertambah.. bermakna, perbelanjaan kerajaan untuk pendidikan percuma juga akan bertambah.. belum termasuk pemansuhan cukai, pemansuhan tol, menaikkan subsidi barang keperluan dan bahan api....

    ReplyDelete