Saturday 21 April 2012

USAHAWAN MIKRO PERLU LEBIH GIGIH



Oleh: SHAIMON S JUMADI

MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Hj Mohd Shafie Hj Apdal berkata Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berasaskan prinsip pertumbuhan dengan pengagehan yang merupakan titik tolak kepada pembangunan usahawan Bumiputera yang pesat.

Perkara ini juga dilaksanakan melalui tumpuan kerajaan kepada usaha mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perisdustrian Bumiputera (MPPB) yang berjaya dan berdaya tahan.

Walaupun begitu kata Shafie, usahawan Bumiputera tidak seharusnya sentiasa berada di zon selesa, sebaliknya perlu lebih bersungguh-sungguh menggembleng usaha untuk mempertingkatkan lagi pencapaian mereka terutama dalam penghasilan produk dan perkhidmatan berkualiti serta penerobosan pasaran yang lebih luas.

Shafie berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Keusahawanan dan Pendidikan MARA Peringkat Daerah Semporna yang dilangsungkan di hadapan perkarangan Bangunan Perpustakaan Awam Semporna, baru-baru ini.

Beliau menegaskan, para usahawan mikro perlu berusaha lebih gigih untuk meningkatkan kepada usahawan kecil dan sederhana, manakala usahawan-usahawan kecil dan sederhana perlu meletakkan matlamat dan berusaha bagi meningkatkan perusahaan mereka menjadi syarikat besar atau disebut sebagai konglomerat multinasional.

Shafie menjelaskan, pada masa ini terdapat kira-kira 800,000 ribu syarikat kecil dan sederhana di Malaysia, daripada jumlah tersebut hanya 200,000 yang dimiliki oleh kaum Bumiuputera atau kira-kira 25 peratus sahaja. Daripada jumlah 200,000 itu pula, 88 peratus adalah merupakan syarikat kecil dan mikro yang menghasilkan pendapatan kurang dari 250,000 setahun. Manakala 42 peratus dari jumlah syarikat-syarikat kecil Bumiputera mempunyai kurang dari 5 orang pekerja.

“Senario ini menunjukkan bahawa masih terdapat jurang perbezaan yang ketara antara usahawan Bumiputera dengan kaum-kaum lain dan seharusnya usaha yang lebih gigih dilakukan untuk mengecilkan jurang ini dan sekaligus menjurus peningkatan lagi ekuti atau pegangan Bumiuputera dalam pembangunan Ekonomi” jelasnya.

“Bagi pihak kerajaan, kita juga akan menerus dan melaksanakan usaha yang sewajarnya untuk menyediakan peluang yang lebih baik kepada para usahawan Bumiputera bagi melebar luaskan perniagaan mereka serta peluang-peluang untuk memulakan perniagaan baru.

Kerajaan juga telah memperkenbalkan pelbagai program transformasi sejak dua setengah tahun lalu yang bertujuan untuk memastikan ngara kita bergerak seiring dengan arus perubahan semasa global, serta pada masa yang sama menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju dan berpendapatan tinggi,” ujar Shafie lagi.

9 comments:

  1. Usahawan perlu ada daya saing yang tinggi dan inovatif dalam mencapai kejayaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usahawan juga harus pandai mencipta peluang dan berupaya untuk menjadi 'lain daripada yang lain'.

      Delete
  2. Usahawan bukan saja kena rebut peluang yang ada malah memanfaatkan peluang itu sebaik mungkin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat sendiri harus berusaha untuk memajukan diri untuk keluar dari garis kemiskinan.

      Delete
  3. DEB harus membantu ramai rakyat Sabah untuk keluar dari garis kemiskinan.

    ReplyDelete
  4. untuk menjadi usahawan berjaya, perlu ada usaha gigih dan idea yang kreatif.

    ReplyDelete
  5. Usahawan perlulah dibantu untuk meningkatkan ekonomi Negara kita.

    ReplyDelete
  6. walaupun pelbagai bantuan diberikan oleh kerajaan kepada Bumiputera, sehingga hari ini jumlah penglibatan Bumiputera dalam syarikat kecil dan sederhana masih terlalu rendah..

    ReplyDelete
  7. bagaimana kumpulan bukan Bumiputera yang tidak berpeluang mendapat bantuan2 kerajaan boleh terlibat aktif dalam syarikat kecil dan sederhana ini?? adakah faktor sikap 'suka mengharapkan bantuan' dikalangan Bumiputera??

    ReplyDelete