Thursday 12 April 2012

WANITA UMNO TIDAK LUPA WARGA TUA


Oleh: SHAIMON S JUMADI

SEBAGAI insan, kita jangan lupa kepada warga tua walaupun bukan ibubapa kita; tetapi kita tetap menghargai dan menghormati sesama sendiri kerana merupakan satu ibadah dan amal jariah yang dianjurkan Islam.

Sifat nilai-nilai murni yang sentiasa menerap pada jati diri harus disemai di sanubari kita agar menjadi seorang insan yang penyayang prihatin bertanggungjawab dalam memelihara tatusila kesopanan serta mengambil berat dalam menjaga kebajikan masyarakat terutama sekali mereka yang memerlukan.

Ketua Wanita UMNO Cawangan Hibiscus Zon Elopura, Noraini Sulong berkata demikian kepada Sabahkini.Net sejurus selepas membuat kunjungan amal bersama Pergerakan Puteri UMNO Sandakan yang diketuai oleh Siti Haiba Majid ke 3 buah rumah di Blok 32, Blok 30 dan Blok 20 Taman Mesra petang kelmarin.

Menurut Noraini, tujuan rombongan membuat kunjungan tersebut adalah untuk menziarahi 4 orang wanita warga emas yang dalam keadaan uzur sambil memberi sedikit sumbangan dan buah tangan kepada mereka

Kata Noraini lagi, aktiviti ini juga merupakan sebahagian aktiviti tahunan Wanita Cawangan UMNO Hibiscus untuk merapatkan lagi hubungan mesra dan siratulrahim di antara satu sama lain.

“Kita tidak mahu bila ada pemilihan cawangan baru turun padang untuk menjengok sibuk ke sani sini sebagai pemimpin di peringkat cawangan yang diberi mandat melalui proses semasa pemilihan kita kena ada rasa tanggungjawab menjaga dan memangbil tahu sedikit sebayak permasalahan ahli-ahli kita terutama sekali yang uzur,” jelas Noraini

Turut serta dalam kunjungan amal itu ialah Ketua Penerangan UMNO Bahagian Sandakan yang juga selaku Ketua Cawangan UMNO Hibiscus Abdul Hamid Sabal

No comments:

Post a Comment