Saturday 19 May 2012

16 PELAJAR SABAH TERIMA BIASISWA YPPM




KOTA KINABALU : Sekumpulan 16 pelajar Sabah yang berpotensi termasuk dari kawasan luar bandar Khamis menerima surat tawaran biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPM) yang baru ditubuhkan pada November tahun lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang turun padang bersama-sama YPPB ke Sabah dalam siri 'Jelajah Aspirasi 2012' menyerahkan surat tawaran itu kepada para pelajar berkenaan di sini.

Mereka merupakan kumpulan ketiga daripada 225 pelajar dari seluruh negara yang terpilih untuk diserapkan ke dalam program Peneraju Tunas Potensi YPPB seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan itu, Nor Mohamed berkata jumlah biasiswa yang ditawarkan itu tertakluk kepada jenis kursus yang diambil iaitu antara RM100,000 dan RM300,000 untuk sepanjang tempoh pengajian.

Katanya kerajaan mewujudkan Program Peneraju Tunas Potensi bagi memberi peluang kepada pelajar Bumiputera yang tinggal dalam persekitaran sukar dan mencabar untuk digilap potensi mereka supaya menjadi pelajar lebih cemerlang. (Bernama)

16 comments:

  1. Congratulations to the 16 students who successfully obtained the YPPM scholarship to further their studies. Hope that they will take this opportunity and make the best of it.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. I hope there be more students receiving this scholarship in the new future.

      Delete
    2. Congrat and good luck. Hope more to help the students.

      Delete
  2. With the YPPM scholarship offered by the Sabah government, it would help student who are living in the rural areas to further their studies to higher institutions.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah pasti. ibubapa tidak lagi susah untuk mencari wang bagi membelanjakan anak2 mereka.yang penting sekarang, anak2 kena belajar bersungguh-sugguh.

      Delete
  3. tahniah pada mereka yang mendapat biasiswa tersebut, belajarlah baik2.

    ReplyDelete
  4. COngrats to those deserving students who received the scholarship.

    ReplyDelete
  5. Ini membuktikan pelajar2 yang tinggal di luar bandar juga mampu untuk menghasilkan keputusan yang baik.

    ReplyDelete
  6. Pelajar yang kurang berkemampuan kadang-kala lebih giat dan berusaha berbanding dengan yang lain.

    ReplyDelete
  7. Semoga pelajar2 ini mencapai kejayaan yang cemerlang di masa akan datang.

    ReplyDelete
  8. Mereka yang cemerlang harus diberi bantuan untuk meneruskan pembelajaran.

    ReplyDelete
  9. Membukti kerajaan prihatin dan membantu golongan yang betul memerlukan bantuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keprihatinan kerajaan harus la berterusan untuk kebaikan rakyat.

      Delete
  10. Semenjak isu PTPTN yang mahu dimansuhkan sekarang pelbagai cerita PTPTN dan biasiswa mula kedengaran. Namun yang penting sekali cari jalan penyelesaian untuk rakyat.

    ReplyDelete
  11. Biasiswa tu perlu diguna sebaik mungkin dan belajar bersungguh-sungguh

    ReplyDelete
  12. beruntung la siapa yang dapat biasiswa antara rm100 ribu hingga rm300 ribu.. gunakan la peluang dan bantuan ini sebaik2nya.. tidak semua pelajar memperolehi keistimewaan seperti ini..

    ReplyDelete