Tuesday 1 May 2012

30 HARI UNTUK LETAK JAWATAN




PAS memberi masa 30 hari untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meletakkan jawatan selepas terdedah keahlian mereka dengan Umno.


“Kita beri notis 30 hari untuk kedua-duanya meletakkan jawatan. Sewajarnya mereka tidak non-partisan, kerana mereka merupakan ‘pengadil’ dalam sesebuah pilihan raya,” tegas Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi semalam.


Harakahdaily melaporkan beliau berkata demikian sebagai mengulas terbongkarnya identiti Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad bin Wan Omar yang merupakan ahli Umno.


Katanya, sebagai seorang ‘pengadil’, adalah tidak adil baginya memihak kepada mana-mana ‘pemain’. ”Sama macam bola sepak. Kalau Manchester United lawan Manchester City, mana boleh pengadil dari Manchester United. Mana boleh Selangor lawan Kelantan, pengadilnya Selangor. Teruklah Kelantan,” kata beliau.
 

PAS akan menyerahkan memorandum mendesak Abdul Aziz dan Wan Ahmad meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Dan Timbalan Pengerusi SPR, di Putrajaya kelmarin.

11 comments:

  1. The Electoral Commission should be fair and transparent.

    ReplyDelete
  2. How PAS does not have the rights to demand the SPR president to resign.

    ReplyDelete
  3. Jika mereka berhenti, macam mana masalah pengundi hantu nak diselesaikan? Atau PAS ada angan2 untuk ahlinya yang menjadi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR? Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga PAS mahu ahlinya jadi ketua SPR

      Delete
  4. SPR kena amanah dengan tanggugjawab yang mereka pikul.

    ReplyDelete
  5. pengerusi SPR dan nafikan hal itu, dia bukan anggota mana2 parti.

    ReplyDelete
  6. Kita tunggu saja perkara ini nanti. Rasanya semua ini cuma permainan PAS yang risau akan kehilangan sokongan nanti.

    ReplyDelete
  7. SPR perlu bersifat terkecuali dalam hal politik. Amanah harus dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan jujur.

    ReplyDelete
  8. saya ingatkan semua rakyat di negara ini mempunyai hak mengundi.. rupa2nya ada dua orang yang tidak boleh mengundi, iaitu pengerusi dan timbalan pengerusi SPR..

    ReplyDelete
  9. jika keahlian mereka dalam umno boleh mengganggu keputusan pilihanraya, bagaimana Pakatan boleh rampas empat buah negeri??

    ReplyDelete
  10. jika pengerusi dan timbalan pengerusi SPR ditukar, adakah pembangkang akan berpuas hati jika keputusan PRU kali ini masih tidak memihak kepada mereka??

    ReplyDelete