Saturday 12 May 2012

500 PELAJAR BELAJAR DALAM 'OVEN'?






KENINGAU: Seramai lebih kurang 500 murid dan 45 guru Sekolah Kebangsaan (SK) Sook kira-kira 30 kilometer dari sini terpaksa bertarung dengan hawa yang panas akibat ketiadaan bekalan elektrik di bangunan baru sekolah itu.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu Rusinin Rasiman berkata, bangunan baru sekolah itu telah digunakan awal tahun ini dengan harapan ia memberi keselesaan kepada murid-murid dan guru-guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran.

Tetapi katanya, setelah empat bulan berlalu bekalan elektrik belum dapat disambung di sekolah itu menyebabkan murid-murid dan guru-guru menghadapi keadaan yang kurang selesa kerana terpaksa bertarung dengan hawa yang panas semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam kelas.

“Ini kerana semua kelengkapan seperti kipas dan penghawa dingin tidak berfungsi akibat ketiadaan tenaga elektrik walaupun pendawaian dalam banguan sudah lengkap,” katanya semasa membuat kepada New Sabah Times di sini kelmarin.

Katanya, murid-murid dan guru-guru terpaksa keluar dan mengambil masa sekurang-kurang 15 minit untuk mendapat udara yang nyaman untuk satu subjek.

Rusinin memberitahu, kadang kala ada murid yang pengsan ketika perhimpunan di dalam dewan akibat kipas tidak berfungsi.

Keadaan ini katanya, membantutkan sasaran sekolah untuk melahirkan sekurang-kurangnya lima orang murid yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR tahun ini.

Menurut Rusinin, pihak sekolah dan PIBG telah mengemukakan masalah itu kepada pihak yang berkenaan terutama Sabah Electricity (SESB) tetapi sehingga kini ia belum dapat diatasi.

“Alasan yang diberikan begitu ringkas iaitu ‘transfomer’ rosak tetapi sampai bila alasan itu berakhir. Kami mahu bila ia boleh diperbaiki” tegas Rusinin.

Tambah Rusinin, selain bangunan sekolah, kantin sekolah itu juga turut tidak mendapat tenaga elektrik pada masa ini.

Beliau berkata, pihaknya terpaksa memilih media cetak sebagai jalan terakhir untuk mengemukakan masalah itu setelah beberapa kali mengajukannya kepada pihak-pihak yang berkenaan.(ST)

22 comments:

  1. macam mana pula transfomer rosak sedangkan bekalan elektrik belumpun disambungkan ke bangunan itu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada usaha untuk perbaiki mesti sekejap saja siap tu.

      Delete
    2. Takkan tiada peruntukan lagi? Mungkin juga disebabkann kegiatan curi kabel, vandalisme yang menjadi punca kepada masalah ini.

      Delete
    3. Semoga masalah kekurangan ini dapat diperbaiki lagi.

      Delete
  2. selagi bangunan itu belum lengkap sepenuhnya terutamanya berkenaan dengan bekalan elektrik dan air, pihak yang berkenaan tidak patut membenarkan bangunan itu digunakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. suasana yang selesa penting untuk pelajar bagi memudahkan mereka memahami apa yang dipelajari.

      Delete
  3. Hope that the electricity supply will be restored to the school so that the students may have a more comfortable environment to study in.

    http://sabahkinimirror.blogspot.com/2012/05/500-pelajar-belajar-dalam-oven.html

    ReplyDelete
  4. Hopefully this case will get the attention of the authorities to help resolve this issue.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. bagaimana proses pembelajaran nak berlaku jika keadaan tidak selesa. seharusnya bekalan elektrik boleh disalurkan ke sekolah tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. keselesaan penting dalam memastikan proses pembelajaran berjalam lancar.

      Delete
  6. Atasi masalah ini dengan segera. Keadaan pembelajaran yang tidak kondusif membantutkan kelancaran proses pembelajaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..harap penyelesaian segera akan dapt diambil.

      Delete
  7. Harap pelajar-pelajar ada keadaan yang lebih selesa untuk aktiviti pelajaran.

    ReplyDelete
  8. Seharus menyediakan penjana kuasa backup jika bekalan terputus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin cadangan menggunakan generator boleh digunakan untuk sementara.

      Delete
  9. "empat bulan berlalu bekalan elektrik belum dapat disambung di sekolah"

    Kenapa ini terjadi? Seharus tindakan wajar diambil.

    ReplyDelete
  10. SESB harus membaiki kelemahan dan bekalan yang selalu putus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..kualiti perkhidmatan harus dipertingkatkan.

      Delete
  11. harap pekara ini akan dapat diatasi dengan segera.

    ReplyDelete
  12. Masalah yang dialami disekolah ini seperti tidak ada pembelaan. Walaupun kerap pemimpin dan wakil rakyat datang kekawasan tersebut namun mereka tidak mengambil berat akan masalah ini. Harap bekalan akan dapat diberikan kepada sekolah tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tindakan segera perlu untuk membantu sekolah tesebut. Keselesaan murid2 harus diberi perhatian.

      Delete
  13. Sekolah2 harus lengkap dengan kemudahan dan selesa untuk sesi pembelajaran

    ReplyDelete