Tuesday 1 May 2012

ABAIKAN SMS AJAK BERKUMPUL DI PASAR SENI




POLIS menasihati orang ramai agar mengabaikan khidmat pesanan ringkas (SMS) mengajak mereka berkumpul di Pasar Seni di sini Selasa untuk berhimpun menuntut hak pekerja.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata pihaknya menerima maklumat terdapat pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan SMS berangkai itu yang sebenarnya adalah palsu.

"SMS itu juga turut mengajak orang ramai supaya menyertainya disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau mengakui polis ada menerima permohonan untuk berhimpun di Dataran Merdeka Selasa oleh Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) dan beberapa badan bukan kerajaan bagi menyuarakan hak dan tuntutan pekerja terhadap majikan mereka, namun telah ditolak polis.

Mengulas lanjut, Zulkarnain berkata polis sedang mengesan pihak yang bertanggungjawab menyebarkan SMS tersebut yang turut dikaitkan dengan perhimpunan pada Sabtu lepas. (Bernama)

9 comments:

  1. Baru-baru sahaja kerajaan meluluskan polisi gaji minima, sudah ada yang mahu mengadakan demonstrasi lagi?

    ReplyDelete
  2. Nampaknya mengadakan perhimpunan ataupun demonstrasi sudah menjadi budaya di negara kita. Sikit-sikit mahu mengadakan perhimpunan, nanti pelancong pun takut nak datang ke negara kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia hanya memberikan imej negatif kepada negara di mata pelancong.

      Delete
  3. Jangan mudah percaya dengan khabar angin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kabar angin yang hanya mendatangkan keburukan baik jangan layan

      Delete
  4. tak perlu nak layan SMS yang belum tentu kebenarannya.

    ReplyDelete
  5. Jangan terpengaruh oleh hasutan SMS menyuruh berhimpun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lagi mengajak ikut perhimpunan tu.

      Delete
  6. baik polis sendiri siasat siapa yang menyebarkan sms itu.. tidak payah susah2 nasihatkan orang ramai..

    ReplyDelete