Sunday 6 May 2012

AMBIGA TIDAK TAHU ANCAMAN BERSIH 3.0





TIGA orang Bekas Ketua Polis Negara menyeru supaya pasukan berkenaan mengambil tindakan tegas ke atas penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 yang didakwa mahu menawan Dataran Merdeka dan mengguling kerajaan, lapor akhbar Berita Minggu.

Laporan berkenaan memetik kenyataan Tan Sri Rahim Noor, Tan Sri Musa Hassan dan Tun Haniff Omar yang bimbang perhimpunan tersebut diadakan untuk mencetus anarki dan keadaan darurat.

Laporan itu adalah susulan daripada kenyataan Perdana Menteri bahawa penganjur berkenaan merancang untuk menawan Dataran Merdeka bermula 28 April sehingga Hari Buruh.

Rahim berkata komplot untuk mengguling kerajaan boleh berlaku berdasarkan keadaan perhimpunan tersebut, walau tidak diketahui oleh Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga.

Polis sebaliknya dapat mengesan ancaman terselindung seperti itu, kata Rahim lagi dalam laporan tersebut.

"Dalam sejarah negara sejak Perang Dunia Kedua, polis memang banyak pengalaman dalam hal sebegini tetapi Ambiga tiada langsung. Dia hanya belajar undang-undang.

"Ambiga dan pihak lain terbabit bersekongkol untuk tujuan masing-masing, tetapi umpama tidur sebantal mimpi lain-lain."

Musa pula dipetik sebagai berkata, komplot mengguling kerajaan seperti itu diperhatikannya berlaku di beberapa negara dan perhimpunan 28 April jelas menyimpang daripada tujuan sebenar.

Pandangan Musa itu juga disokong Haniff yang berkata kenyataan Perdana Menteri berasas kerana berdasarkan maklumat risikan polis.

Tambahnya peluang untuk mengguling kerajaan seperti itu memang ditunggu oleh individu tertentu.

10 comments:

  1. Many businessmen near Datran Merdeka has signed up to demand compensation from the Bersih Organizers for affecting their busines during the rally.

    ReplyDelete
  2. If the purpose for this Bersih Rally is to bring the government's downfall, then the objective of the Bersih Rally is off.

    ReplyDelete
  3. Ambiga sebelum perhimpunan ada memberi jaminan perhimpunan akan berjalan aman, tapi dia sebeanrnya tidal layak untuk memberi jaminan tersebt. tgk akhirnya kekecohan berlaku.

    ReplyDelete
  4. Macam mana boleh tidak tau kalau sebelum ni pun sudah pernah perhimpunan Bersih ni dijalankan. isu yang sama juga timbul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambiga lepas tangan dari segala tanggungjawab. Semua tindakan hanya kepada orang2 merusuh

      Delete
  5. Dari tahun lalu lagi ada suara2 yang inginkan Ambiga ni dikenakan tindakan tapi tiada juga apa2 tindakan dibuat.

    ReplyDelete
  6. Ambiga patut dipersalahakan dalam hal ini. Kerana dia adalah penganjur perhimpunan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya Ambiga bertanggungjawab dengan apa terjadi. Tindakan undang2 perlu diambil.

      Delete
  7. memang jelas tujuan Ambiga adalah untuk menggulingkan kerajaan supaya hasrat beliau untuk melihat amalan LGBT di negara ini terus berkembang tercapai sepenuhnya dibawah pentadbiran Anwar..

    ReplyDelete
  8. kalau tidak silap pengerusi PSC ada membuat kenyetaan bahawa 7 daripada tuntutan Bersih telah dimasukkan kedalam 22 syor PSC.. kenapa Ambiga masih berdegil mahu mengadakan perhimpunan.. malah tidak cukup di dataran, dia buat pula di seluruh dunia.. apa motif beliau kalau bukan menggulingkan kerajaan??

    ReplyDelete