Wednesday 16 May 2012

ANIFAH SIFATKAN IRENE SEBAGAI JAHIL




BONGAWAN (Sabah) : Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyifatkan dakwaan Pengarah Eksekutif Tenaganita Irene Fernandez bahawa Malaysia tidak selamat bagi pekerja Indonesia, sebagai satu kenyataan 'jahil' dan tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata kenyataan Irene itu boleh mencemarkan hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia serta boleh mengundang kemarahan rakyat republik itu.

"Sebagai rakyat Malaysia, sepatutnya dia (Irene) mencari satu penyelesaian terbaik untuk kedua-dua negara kalau dia cintakan Malaysia. Sebaliknya, dia memburukkan Malaysia di negara lain pula," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan basikal di Sekolah Kebangsaan (SK) Mandahan di sini.

Anifah berkata beliau dan rakan sejawatannya di Indonesia bersepakat negara jiran itu akan mencari jalan penyelesaian jika tercetus masalah membabitkan keselamatan rakyat Malaysia di Indonesia akibat kenyataan Irene itu.

Katanya kerajaan juga yakin dengan kemampuan Indonesia untuk menjaga keselamatan rakyat Malaysia di negara berkenaan. (Bernama)

9 comments:

  1. penyataan Irene mmg tidak wajar, warga indonesia amat suka berada di Malaysia.

    ReplyDelete
  2. jgnlah jejaskan lag hubungan antara Malaysia dan Indonesia.

    ReplyDelete
  3. Irene perlu buat kaji selidik sendiri warga2 Indon yang berada di Malaysia ni samada kebanyakan mereka berasa tidak selamat di Malaysia atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  4. Rasanya Irene tidak mewakili kerajaan Indonesia dan pekerja asing warga Indon di Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Apa motif Irene keluarkan kenyataan sedemikian?

    ReplyDelete
  6. Irene nampaknya seolah-olah sengaja mahu timbulkan kontroversi.

    ReplyDelete
  7. Hubungan baik antara Negara jiran ini seharusnya dijaga. Apa-apa kenyataan yang dibuat oleh Irene ini tidak akan menggugat hubungan tersebut.

    ReplyDelete
  8. Irene bercakap seolah2 dia berada di negara ini.. sekali sekala datang ke Malaysia dan lihat sendiri betapa ramainya warga Indonesia yang cari makan di negara ini samada secara halal mahupun haram..

    ReplyDelete
  9. kalau betullah Malaysia tidak selamat untuk warga Indonesia, baik Irene desak kerajaan Indonesia untuk menjumpun semua warganya di negara ini untuk balik ke kampung halaman masing2.. sepatutnya Malaysia yang rasa tidak selamat kerana berhadapan dengan kebanjiran warga Indonesia di negara ini..

    ReplyDelete