Tuesday 1 May 2012

ANWAR ARAH PESERTA MERUSUH



Oleh : MOHD FARHAN DARWIS

TUN DR MAHATHIR Mohamad menyifatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai satu sifat yang mana beliau akan memberikan arahan supaya peserta demonstrasi merusuh dan kemudiannya beliau akan menghilangkan diri.

Mantan Perdana Menteri itu berkata, perkara seumpama itu adalah 'modus operandi' Ketua Umum PKR sejak demonstrasi Reformasi ketika beliau dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Itu adalah modus operandi Anwar. Dia akan keluarkan arahan supaya peserta demonstrasi merempuh halangan polis, dan kemudiannya dia akan menghilangkan diri,” katanya kepada pemberita.

Kenyataan itu dikeluarkan beliau ketika diminta mengulas berkenaan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa Anwar memberi arahan kepada peserta demonstrasi Bersih 3.0 Sabtu lalu supaya merempuh halangan polis dan menceroboh Dataran Merdeka.

“Itu reputasi Anwar,” katanya lagi.

Menurut Dr Mahathir, Majlis Peguam juga perlu disiasat bagi memastikan sama ada mereka benar-benar bersih daripada pengaruh politik.

“Mereka (Majlis Peguam) dakwa pihak polis adalah pihak yang bertanggungjawab merempuh sekatan yang dibuat dan memukul peserta demonstrasi. Majlis Peguam kata polis yang pukul mereka (peserta demonstrasi), kita perlu siasat Majlis Peguam sama ada mereka benar-benar bebas daripada politik,” katanya lagi.

Terdapat beberapa laporan di media sosial yang mendakwa perusuh yang merempuh sekatan polis adalah anggota polis yang menyamar sebagai peserta demonstrasi dan menimbulkan provokasi.

Bekas Setiausaha Umno Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin sebelum ini di laman Facebook miliknya mendedahkan kononnya terdapat pihak polis yang menyamar dan memulakan provokasi terhadap pihak polis bagi menimbulkan kekacauan dalam perhimpunan Bersih 3.0 'Duduk Bantah' kelmarin.

Berdasarkan laman Facebook tersebut, Zaharin menyatakan beliau mengenali anggota polis yang kelihatan sebagai peserta dengan memakai kemeja-T berwarna kuning.

Dalam kenyataan di Facebook beliau, Zaharin berkata, “polis dah lebih cerdik dari dulu... dia bahagikan anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju Bersih, tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi.”

“Saya tak tegur dia pun. Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning. Dan, saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama... saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini,” kata beliau.

Malah, Zaharin turut menganggarkan terdapat kira-kira 2,000 anggota polis yang menyamar di dalam kumpulan peserta demonstrasi Bersih 3.0.

“Jika berapa pun dia kata... kena tolak tak kurang dua ribu adalah polis dalam kumpulan Bersih.”

“Yang menafikan mereka pun puak pakai kemeja-T Bersih untuk rempuh sekatan polis, yang baling objek pun saya rasa polis, macam mereka buat latihan demonstrasi kat polis depoh. Hehehe, puak-puak Pas bodoh ini kut nyer,” tambah Zaharin di laman Facebook miliknya itu.

12 comments:

  1. The participants should be rational since this is supposed to be a peaceful rally.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This is what happened when they are being too emotional.

      Delete
  2. Is it true that Anwar told the demo participants to attack the police force during the rally just to create chaos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. The possibility is always there. He is not an angel.

      Delete
  3. Anwar mmg ingikan kekecohan berlaku, itu dia harapkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la tujuan dia untuk memburukan kerajaan dan polis melalui Bersih.

      Delete
    2. kalau pilihanraya bersih dan adil sekalipun, Pakatan tetap tidak akan mampu merampas puterajaya.. sebab itu mereka gunakan demonstrasi jalanan untuk mencapai hasrat mereka dengan cara paling tidak demokratik dan jijik..

      Delete
  4. Anwar ini bila sudah salah mulalah menafikan yang bukan-bukan dan menuduh UMNO yang Salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu juga merupakan sebahagian dari modus operandi Anwar.. nafi, nafi, nafi.. bila wartawan tanya soalan, dia tengking pula wartawan atau bagi jawapan rasmi 'soalan umno'..

      Delete
  5. Tidak hairan kalau Anwar menyuruh atas mengarahkan kunco2nya membuat kacau dan merusuh.

    ReplyDelete
  6. siapa tidak kenal Anwar.. ketika pengumuman keputusan kes liwat beliau pun dia suruh penyokong2nya berhimpun di hadapan mahkamah.. tidak cukup dengan itu, dia suruh lagi mahasiswa berdemo termasuk melakukan ancaman bunuh kepada pemimpin2 kerajaan..

    ReplyDelete
  7. patut la pembangkang beriya2 mahu ISA dimansuhkan.. supaya mereka bebas melakukan ancaman dalam negara..

    ReplyDelete