Tuesday 22 May 2012

ANWAR, AZMIN, CHEGUBARD DIDAKWA HARI INI




KETUA UMUM PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akan didakwa hari ini (selasa) berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.

Satu kenyataan pejabat Azmin menyebut beliau menerima writ saman untuk hadir ke Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas dua pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Kanun Keseksaan. Beliau diminta hadir ke Mahkamah pada jam 9 pagi selasa.

Writ saman tersebut diterima oleh Hilman Idman yang merupakan pegawai Khas Azmin di Tingkat 1, Ibu Pejabat PKR Damansara.

Menurut writ saman tersebut, Azmin dituduh melanggar Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 109 dan Seksyen 34 kanun yang sama.

Dia dituduh bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April.

Azmin dituduh bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh dan Farhan membuka sekatan besi halangan di Dataran Merdeka.

Notis itu juga menyatakan keengkaran mereka dan penyokong BERSIH 3.0 yang lain mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan tersebut.

Oleh itu, beliau dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 188 dibaca bersama Seksyen 109 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Dalam notis yang berasingan, Azmin dituduh menyertai protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang telah dibuat pada 26 April 2912.

Dengan itu, Azmin dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) Akta yang sama.

Difahamkan Anwar juga menghadapi tuduhan yang sama. Ini menjadi mereka orang pertama yang akan didakwa di bawah Perhimpunan Aman 2012 yang luluskan baru-baru in.

Sementara itu, ketua kakitangan di pejabat Anwar - Ibrahim Yaacob - mengesahkan Ketua Umum PKR itu telah menerima notis tersebut pada jam 2.40 petang kelmarin.

"Datuk Seri di ibupejabat parti di Merchant Square pada masa polis disampaikan notis itu pada jam 2.40 petang. Beliau (Anwar) berada di dalam mesyuarat dan perasan telah diterima oleh saya," katanya dalam jawapan SMS kepada Malaysiakini.

Menurutnya, terdapat dua pertuduhan berasingan - (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) seksyen 188 dibaca bersama dengan seksyen 109 dan 34 dan (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) Seksyen 4(2) (c) dan Seksyen 4(3).

"Kita akan jumpa mereka di mahkamah...," tegas Ibrahim

Seorang lagi yang telah menerima notis yang sama ialah aktivis PKR Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard. Ketika berita ini ditulis, kandungan notis tersebut masih belum dapat disahkan.

Sementara itu, menjawab soalan Malaysiakini melalui SMS, Ketua Bahagian Pendakwaan Pejabat Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengesahkan bahawa Anwar, Azmin dan Chegubard akan didakwa selasa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh turut mengesahkan saman tersebut telah dihantar kepada Anwar, Azmin dan Chegubard.

Beliau berkata, mereka dikehendaki hadir di Mahkamah Majistret, Jalan Duta pagi selasa bagi menjawab tuduhan terhadap kesalahan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 735).

7 comments:

  1. Ambiga pun patut didakwa kerana dia yang menganjurkan perhimpunan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambiga ni macam kebal saja sebab dari perhimpunan Bersih 2.0 ramai sudah yang mahu dia dikenakan tindakan tapi sampai sekarang belum ada pun tindakan diambil.

      Delete
  2. Kena tindakan ni, masih juga tidak serik2. mungkin lepas ni buat hal lagi.

    ReplyDelete
  3. Kalau salah, ada bukti, dakwa sajalah...diurang biasa sudah juga naik turun mahkamah.

    ReplyDelete
  4. Jika kita lihat video pun memang arahan diterima daripada Anwar.

    ReplyDelete
  5. kalaulah Pakatan berjaya rampas kerajaan dan Anwar jadi PM, bagaimana agaknya jika mereka berhadapan dengan gelombang rakyat seperti perhimpunan Bersih lepas?? sedangkan ahli2 sendiri yang buat kenyataan bertentangan dengan ketuanya pun dengan serta merta dikenakan tindakan pecat, inikan pula rakyat yang menentang pentadbiran mereka kelak??

    ReplyDelete
  6. mungkin hanya ketika mereka mentadbir negara ini barulah mereka faham apa itu akta perhimpunan aman dan kenapa akta itu perlu diwujudkan..

    ReplyDelete