Tuesday 1 May 2012

APA SALAHNYA AZIZ, WAN OMAR JADI AHLI UMNO?




MANTAN Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak gesaan pembangkang supaya Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan, kerana mereka dikatakan menjadi ahli Umno.

"Dalam kerajaan, ada juga ahli PAS, mereka tak aktif kerana kerajaan tidak benarkan mereka aktif," katanya dalam sidang media hari ini.

"Jadi apa yang salahnya dengan beberapa kakitangan kerajaan berkata mereka adalah ahli parti, tetapi mereka tak aktif?"

Beliau berkata demikian selepas melancarkan versi Melayu memoir beliau 'Doktor di Dewan: Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad'.

11 comments:

  1. Terpulanglah kepada Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan Datuk Wan Ahmad Wan Omar untuk menentukan sama ada mereka mahu meletak jawatan ataupun tidak. Ini kebebasan mereka.

    ReplyDelete
  2. Tidak salah menjadi ahli UMNO tetapi mereka perlulah memastikan mereka tidak berat sebelah semasa menjalankan tugas mereka sebagai penguatkuasa SPR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi bagaimana hendak pastikan mereka berlaku adil dalam tugasan mereka?

      Delete
  3. SPR kena buktikan yang mereka telus.

    ReplyDelete
  4. yang penting SPR kena adil dan telus.

    ReplyDelete
  5. Jangan saja fahaman politik tu dicampuradukkan dengan tugas mereka dalam SPR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu ada perbezaan antara dua tu. Harus bertindak secara profesional.

      Delete
  6. Sebenarnya tidak ada salah apa-apa pun cuma permainan pembangkang semata-mata ini.

    ReplyDelete
  7. Amanah dalam pekerjaan tu yang paling penting.

    ReplyDelete
  8. jika keahlian mereka dalam umno boleh mengganggu keputusan pilihanraya, bagaimana Pakatan boleh rampas empat buah negeri??

    ReplyDelete
  9. jika pengerusi dan timbalan pengerusi SPR ditukar, adakah pembangkang akan berpuas hati jika keputusan PRU kali ini masih tidak memihak kepada mereka??

    ReplyDelete