Wednesday 9 May 2012

ARAB SAUDI HANTAR NOTA DIPLOMATIK




Oleh : NIGEL AW

KERAJAAN telah menerima nota diplomatik daripada Kedutaaan Arab Saudi yang menasihati rakyat Malaysia supaya tidak mengambil bahagian dalam demonstrasi dan mematuhi undang-undang dan norma di Arab Saudi.

Menteri Luar, Datuk Anifah Aman berkata, protes BERSIH yang dianjurkan di Mekah dan Madinah telah menimbulkan kebimbangan kerajaan Arab Saudi yang mungkin mengugat kuota jemaah Malaysia untuk pergi menunaikan ibadat haji.

Katanya, Malaysia akan menghoramti tindakan kerajaan Arab Saudi yang akan diambil terhadap rakyat Malaysia yang terbabit dalam protes di bawah apa jua undang-undang.

"Kita akan memberi kerjasama penuh," katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur petang ini.

Satu laporan akhbar Mingguan Malaysia Ahad lalu mendakwa kerajaan Arab Saudi sedang memburu pemimpin pembangkang yang didakwa menganjurkan perhimpunan pro-BERSIH pada 28 April di kota suci Mekah dan Madinah.

Memetik sumber yang tidak dinamakan, akbar itu mendakwa individu berkenaan diburu kerana "dipercayai menyampaikan ucapan dengan tujuan menghasut rakyat Arab Saudi menyertai gelombang Arab Spring dan bangkit menentang pemerintah."

Sementara itu, Anifah juga berkata tidak ada keperluan untuk orang luar menyiasat Perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.

Katanya, Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat dan mampu menjalankan penyiasatan sendiri yang saksama dan yakin dengan pihak berkuasa dan polis.

"Bagi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, saya tidak fikir ini adalah satu isu," tambahnya.

10 comments:

  1. kerajaan Arab Saudi sendiri tak suka pada demontrasi.

    ReplyDelete
  2. Rakyat Malaysia di negara asing sepatutnya mematuhi dan menghormati undang2 di negara tu.

    ReplyDelete
  3. Nasib baiklah kerajaan Arab Saudi tidak sekat kemasukan jemaah dari M'sia yang ingin tunaikan haji.

    ReplyDelete
  4. Lain negara, lain undang2 nya. Jadi, sila hormat.

    ReplyDelete
  5. Kalau di tempat suci itu perlulah ikut peraturan disana bukannya memburukkan nama sendiri.

    ReplyDelete
  6. Tindakkan demo bersih di Arab saudi sememangnya tidak patut dilakukan. Niat lain maka tidak perlulah dibawa-bawa ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya kerajaan Arab mengenakan tindakan undang2 ke atas mereka, tindakan kerajaan Arab adalah wajar.

      Delete
  7. Peraturan dan undang2 negara lain harus diikuti sekiranya berada di negara tu.

    ReplyDelete
  8. mana2 negara yang menjadi lokasi perhimpunan Bersih patut mengambil tindakan terhadap Ambiga dan Anwar.. mereka ini la pencetus huru hara di seluruh dunia pada 28 April lalu..

    ReplyDelete
  9. entah apa motif sebenar perhimpunan Bersih hingga tergamak menganjurkan perhimpunan di luar negara.. macam la SPR Malaysia turut memantau pilihanraya di luar negara..

    ReplyDelete