Tuesday 1 May 2012

BEKALAN ELEKTRIK TERPUTUS DI SABAH




HAMPIR seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan terputus bekalan elektrik bermula kira-kira pukul 3.23 pagi isnin. Siasatan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mendapati salah satu pepasangan 66kV (Capacitive Voltage Transformer) (CVT) di pencawang masuk utama Penampang, dekat sini mengalami kerosakan.

Menurut Pengurus Besar Kanan SESB, Ahmad Fuad Md Kasim, lebih 400,000 pengguna terputus bekalan elektrik ekoran kejadian itu.

Kejadian itu turut mengakibatkan banyak stesen-stesen janakuasa di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan terpelantik dan memaksa SESB mengaktifkan catuan bekalan kecemasan bagi memastikan kestabilan sistem Grid Sabah, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya talian hotline 15454 juga menjadi sesak akibat jumlah panggilan yang mendadak daripada pengguna yang terlibat.

Ahmad Fuad berkata bekalan berjaya dipulihkan secara berperingkat-peringkat bermula pada pukul 6.40 pagi. Katanya punca sebenar kerosakan masih dalam siasatan.

Berikutan kejadian luar jangka itu, SESB memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pengguna yang terlibat, katanya.

Sementara itu, Parti Maju Sabah (SAPP) menggesa pengurusan uitiliti tenaga negeri dipulangkan kepada kerajaan negeri berikutan kejadian paling teruk dialami Sabah itu.

Ketua Penerangannya Chong Pit Fah berkata kejadian itu yang belaku lebih tujuh jam mulai 3.23 pagi itu yang menjejaskan teruk keseluruhan negeri, termasuk ibu negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan, menunjukkan tahap komitmen dan kecekapan Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dalam mengurus bekalan tenaga negeri itu.

Di Sarawak, katanya kerajaan negeri mengurus sendiri utiliti tenaga dan tidak pernah berlaku sebarang kejadian bekalan elektrik terganggu, namun sebaliknya di Sabah walaupun SESB memberi jaminan mengenai langkah yang diambil bagi memastikan bekalan mencukupi.

"SESB juga berkata sudah menaik taraf sistem agihan tenaga menerusi penyiapan grid tenaga yang sepatutnya dapat mengagihkan bekalan elektrik jika stesen jana kuasa ditutup pada bila-bila masa di Sabah.

"Namun kes yang berlaku hari ini jelas menunjukkan ia hanya cakap semata-mata, dan apabila kejadian sebenar belaku, semuanya terhenti," katanya dalam satu kenyataan. (Bernama)

10 comments:

  1. Fortunately in some areas, the electricity was able to be restored not long after the blackouts.

    ReplyDelete
  2. The blackouts this time is quite serious since it affects the whole Sabah, hope that the SESB will ensure that all electricity supply are restored soon.

    ReplyDelete
  3. Banyak juga yang salahkan SESB mengenai masalah ini. Kejadian kebaran itu bukannya sesuatu yang boleh dijangka.

    ReplyDelete
  4. Diharap masalah ketiadaan elektrik di Sabah dapat diatasi.

    ReplyDelete
  5. sering berlaku masalah elektrik di Sabah, kena tingkatkan lagi mutu kerja SESB.

    ReplyDelete
  6. Apa pun SESB ketika itu telah mencuba yang terbaik untuk menyelesaikan perkara ini secepat yang boleh.

    ReplyDelete
  7. Diharap kejadian seperti tu tidak berlaku lagi dan perlu ada backup untuk menyelesaikan masalah tersebut.

    ReplyDelete
  8. SAPP yakin ka jika pengurusan utiliti tenaga negeri dipulangkan kepada kerajaan negeri, masalah gangguan bekalan letrik tidak akan berlaku??

    ReplyDelete
  9. cuba la sapp cadangkan penyelesaian yang lebih berkesan, profesional dan realistik.. bukan cadangan yang bersifat politik.

    ReplyDelete