Friday 25 May 2012

BEKAS CALON PKR SERTAI KITA




SERAH..... Kelihatan Sidum Manjin (kanan) menyerahkan borang keahlian Parti Kita kepada Mutang (kiri).

Oleh: JACKSON LU


KENINGAU: Bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan DUN Sook pada pilihanraya umum kali ke-12 (tahun 2008), Sidum Manjin telah menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) pimpinan Dato’ Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Majlis penyerahan borang keahlian untuk menyertai parti itu diterima oleh Ketua Penerangan Parti Kita Negeri Sabah, Mutang Dawat @ Sylvester sejurus selepas satu mesyuarat Jawatankuasa Zon Pedalaman parti itu selesai.

Sebelum Sidum menceburkan diri dalam politik dan bertanding atas tiket PKR pada tahun 2008, beliau merupakan seorang guru sekolah dan terpaksa melepaskan jawatan itu untuk terus bergiat cergas dalam arena politik demi perjuangan untuk membela rakyat yang didakwanya semakin terhimpit.

“Buat permulaan ini saya serahkan permohonan kami seramai lima puluh orang untuk menyertai Parti Kita dan selepas itu mungkin lebih ramai lagi akan mengikut jejak langkah kami....(bergantung)..setakat mana usaha kami untuk mencari dan mengesan mereka dalam masa terdekat ini,” tegas Sidum.


Ditanya apakah yang mendorongnya menyertai Parti Kita beliau berkata, " Saya tidak ditawarkan apa apa ganjaran mahupun dorongan mana mana pihak tetapi saya melihat perjuangan dan halatuju Parti Kita selari dengan citarasa perjuangan saya...demi membela hak rakyat yang kini semakin terhakis," tambahnya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan parti itu  Mutang Dawat @ Sylvester  ketika memberitahu media bahawa Presidennya Dato’ Zaid Ibrahim dijangka akan melancarkan jentera pilihanraya peringkat Negeri Sabah pada Mei 26, 2012 bertempat di Sanbay Hotel, Sandakan jam 1 petang sebagai persiapan parti itu untuk menghadapi pilihanraya umum kali ke-13 akan datang ini.

Setibanya di Sabah, beliau akan disambut oleh Pengerusi Perhubungan Parti Kita Sabah Datuk Pengiran Othman Rauf dan beberapa pemimpin negeri parti itu yang kemudiannya akan mengadakan perbincangan tertutup dengan pimpinan Negeri sebelum berangkat ke Sandakan untuk melakukan pelancaran.

9 comments:

  1. bukankah parti KITA dah dibubarkan? jika masih wujud pun, KITA takkan ada peluang di Sabah.

    ReplyDelete
  2. rugi saja kau sertai KITA, lepas baik sertai parti lain yang lebih stabil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KITA memang tidak popular di kalangan rakyat Sabah. saya dengar2 dulu pun macam KITA ni sudah dibubarkan tapi kenapa masih wujud lagi??

      Delete
  3. Apa-apa sajalah. BN juga yang menang nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parti KITA membingungkan. sekejap bubar, sekejap tidak. tidak konsisten dan rugi saja orang2 yang n=menyokong parti tu.

      Delete
  4. Ada juga yang menyertai Kita.

    ReplyDelete
  5. Aik. KITA bukan sudah bubar ka..?? aduii confuse aku..

    ReplyDelete
  6. macam mana dia boleh nampak hala tuju parti KITA yang baru saja melebarkan sayap di Sabah??

    ReplyDelete
  7. parti KITA pun ada hati mahu bertanding di Sabah ka?? tambah teruk la pembangkang Sabah kali ini..

    ReplyDelete