Wednesday 16 May 2012

BELIA DISERU PULIHARA ALAM SEKITAR





SIJIL….Azizah menyampaikan sijil kepada peserta Program Cinta Alam cabaran dan Rekreasi Daerah Beaufort 2012 yang diwakili Azirah.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

BEAUFORT: Generasi muda perlu meningkatkan kesedaran  memulihra alam sekitar seperti hutan paya gambut  demi memastikan ianya tidak pupus dan hanya tinggal sejarah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata Hutan Paya Gambut mempunyai banyak keunikan dan kebaikannya kepada alam sekitar.

“Kerajaan telah mengambil inasitif untuk memulihara hutan paya gambut dan ianya perlulah mendapat sokongan penduduk melalui kesedaran yang tinggi untuk memastikan ianya terus wujud dan jagan biarkan ianya hanya menjadi sejarah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampaian sijil Program Cinta Alam cabaran dan Rekreasi Daerah Beaufort 2012 anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBSS) dengan kerjasama persatuan akar umbi Daerah Beaufort, di Hutan Paya Gambut Klias di Kampung Luagan di sini.

Hadir sama, Pegawai KBSS Bahagian Sipitang, Yassin Omar, Pegawai KBBS Beaufort, Nordin Ismail dan Pengurus Projek Pejabat Luar HPG Klias, Christopher.




TANAM…….Azizah dibantu Nordin dan pegawai bertugas kelihatan menanam pokok sebagai tanda kenangan.

Azizah yang juga Adun Klias itu berharap program seperti itu akan menjadi sebahagian daripada program belia di daerah ini yang dijalankan secara berterusan.

“Kesedaran pemuliharaan alam sekitar dikalangan rakyat negara ini masih rendah berbanding negara luar. Oleh sebab itu program-program yang dapat menerapkan kecintaan terhadap alam sekitar perlulah dilaksanakan secara berterusan khususnya yang membabitkan penglibatan belian,” katanya sambil menyarankan agar belia mempunyai semangat kesukarelawanan.

Pada Majlis itu Azizah menyampaikan sijil penyertaan kepada 28 peserta yang diwakili Azirah Hamad.

Sementara itu Kumpulan Gambut menerima hadiah kumpulan terbaik dan Nuraisyah Mohd Salleh pula menerima hadiah peserta terbaik.

8 comments:

  1. kesedaran dalal menjaga alam sekitar harus dipupuk dalam diri kita.

    ReplyDelete
  2. Program kesedaran tentang alam sekitar perlu dilaksanakan dengan lebih kerap di kalangan para pelajar/golongan muda.

    ReplyDelete
  3. Pendedahan kepentingan menjaga alam sekitar kepada belia adalah inisiatif yang baik dari kerajaan. Tahniah!

    ReplyDelete
  4. Alam sekitar perlu dipulihara dan dipelihara dari sekarang agar generasi akan datang dapat menikmati keindahannya.

    ReplyDelete
  5. Remaja sekarang seharusnya didedahkan dengan kepentingan alam sekitar yang bersih dan terjaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Remaja harus didedahkan dengan kampen2 kesedaran alam semulajadi dengan kerap.

      Delete
  6. Didikan perlu diterapkan dari kecil lagi.

    ReplyDelete
  7. kesedaran ini sangat sesuai bermula daripada generasi muda.. dan lagi bagus jika ada aktiviti2 berkaitan alam sekitar di semua peringkat sekolah..

    ReplyDelete