Sunday 6 May 2012

BELURAN BERPESTA DALAM KESEMPITAN




Oleh : ART431

PESTA Ria di daerah kecil Telupid telah berlangsung secara berterusan bermula sejak 28 April, bertemakan ‘Karnival Siok Telupid’ dan kini bermula 5 Mei ‘Sepakat Komuniti 1Malaysia’ dan berikutnya selepas ini ’Pesta Kaamatan’ peringkat Daerah Beluran yang dipercayai bertujuan untuk beramal mesra dengan para pengundi yang terdiri daripada warga asing dan rakyat tempatan setempat.

Daerah kecil Telupid merupakan kawasan yang menentukan kemenangan kepada  parti UMNO/PBS kerana mempunyai jumlah pengundi yang menyamai jumlah majoriti (kelebihan) undi yang memberi kemenangan kepada calon DUN 40 Labuk dan Parlimen P.183 Beluran pada penggal-penggal yang lalu; berdasarkan pada kesepakatan oleh pengundi masyarakat tempatan untuk memberi mandat kepada BN.

Namun di masa kini, lanskap politik di daerah ini telah berubah ketahap 50/50 anti-BN disebabkan oleh kegagalan wakil-wakil rakyat untuk mengatasi masalah seperti rampasan tanah dan pemusnahan harta benda; pengeluaran geran tanah; pewartaan tanah-tanah rizab kuburan dan kampung; penduduk setinggan rakyat tempatan; bekalan air bersih dan tenaga letrik yang lembap; kehadiran PATI yang berleluasa dan agensi perkhidmatan masyarakat yang lembap.

Tambah menjengkelkan, perangai buruk segelintir pemimpin UMNO/PBS yang diketahui umum sebagai membuat pembohongan dan ancaman bermotifkan politik.

Pilihanraya Umum sekali lagi bakal menjelang tiba dan berbagai usaha dan rancangan oleh kerajaan UMNO/BN; sekalipun bersama-sama dengan agensi-agensi kerajaan untuk beramal mesra dengan rakyat.

Cubaan mereka untuk menyambar hati pengundi agar memberi mandat seterusnya kepada UMNO/BN untuk memerintah dan perlu bertebal muka mengenangkan hakikat pengkhianatan terhadap maruah rakyat asal dan tanah air negeri Sabah, adalah juga mereka yang sanggup memperdagangkan maruah demi untuk hiburan dan puji-pujian.

7 comments:

  1. Hopefully the electoral list can be clean up before the next general elections. The EC should ensure that the voter list are clean and fair.

    ReplyDelete
  2. The government need to do their best and fulfill their promises to the people in order to win their votes next GE.

    ReplyDelete
  3. walaupun Telupid hnya pekan kecil, namun ia penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wakil rakyat di Telupid harus sentiasa membantu rakyat dan membela nasib rakyat di Telupid

      Delete
  4. Yang penting sekali adalah mendekati rakyat. Itu yang paling utama untuk memastikan masalah rakyat terbela.

    ReplyDelete
  5. kepelbagaian di Sabah memang unik.

    ReplyDelete
  6. benarkah penduduk daerah kecil Telupid anti-BN?? tidak ada pula saya dengar kes2 kritikal yang melibatkan kelemahan kerajaan berlaku di daerah itu..

    ReplyDelete