Thursday 24 May 2012

BENGKEL 'CYBER TROOPERS' BN SABAH




PERGERAKAN pemuda BN Sabah akan mengadakan bengkel 'Cyber Troopers' bagi memantapkan persediaan menghadapi pilihan raya umum di 1Borneo, Likas dekat Kota Kinabalu selama tiga hari bermula 25 Mei ini.

Ketua Penerangan Pemuda BN Sabah Sh Sahar Sh Anding berkata bengkel yang akan disertai 85 anggota Pemuda BN termasuk Pemuda Umno seluruh Sabah itu merupakan anjuran Unit Media Baru Pergerakan Pemuda Umno Sabah.

Beliau yang mengetuai unit berkenaan berkata bengkel berkenaan akan dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Penyelaras BN Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak pada 25 Mei; manakala majlis penutupan akan disempurnakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada 27 Mei ini.

Menurut Sahar, program tersebut antara lain bertujuan memberi pendedahan serta penerangan tentang tugas menyelaras dan mengemas kini unit gerak saraf media baru BN termasuk penggerak secara individu atau kumpulan supaya berjalan dalam arah dan matlamat yang sama.

Selain meningkatkan kemahiran penggunaan aplikasi media baru seperti Facebook, blog, Twitter, Youtube serta teknik-teknik propaganda, mereka juga didedahkan dengan kefahaman tentang ruang dan batas operasi serta kaedah sesuai dengan peraturan dan undang-undang berkaitan sedia ada, kata Sahar dalam kenyataan di Kota Kinabalu Rabu. (Bernama)

12 comments:

  1. nampaknya BN telah bersedia menghadapi perang cyber.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika cyber tidak digunakan dengan wajar, parah akibatnya.

      Delete
  2. moga dgn ini, ia dpt mengukuhkan jentera BN Sabah.

    ReplyDelete
  3. wah..!Ada bengkel cyber trooper?baru hari ni dengar.

    ReplyDelete
  4. Pembangkang pun pasti giat dengan cyber trooper mereka untuk hadapi perang cyber.

    ReplyDelete
  5. Looks like BN are well prepared in every way.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Opposition will need to have their team of cyber troopers to get ready for the cyber fight with BN.

      Delete
  6. Wow, the battle will be more on the internet nowadays.

    ReplyDelete
  7. Bagus juga usaha ini bagi memastikan usaha pembangkang yang cuba manipulasikan isu untuk kepentingan diri sendiri tidak tercapai.

    ReplyDelete
  8. Transmission of info via cyber really work well.

    ReplyDelete
  9. Berapa diantara maklumat dan info cyber boleh dipercayai? jangan pula ada manipulasi maklumat untuk menjatuhkan imej pihak lain.

    ReplyDelete
  10. sebelum ini, ketika cyber trooper pembangkang lebih ramai, masih juga mereka gagal merampas kerajaan.. inikan pula setelah BN menggerakkan pemudanya untuk melancarkan perang cyber..

    ReplyDelete