Monday 21 May 2012

BERBEZA SUKU TIDAK HALANG PERPADUAN




OLEH: SHAIMON S JUMADI

PESTA 'Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2012' peringkat Parlimen Libaran yang disambut secara besar-besaran di Kampung Ulu Dusun, Batu 30, Jalan Labuk semalam mendapat sambutan yang cukup meriah.

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Hj Juslie Ajirol yang melancarkan program tersebut dalam ucapannya antara lain berkata; rakyat di Malaysia amat beruntung sekali walaupun terdiri daripada pelbagai suku kaum yang mempunyai adat resam dan anutan agama yang berbeza, tetapi tetap bersatu dalam apa juga perayaan.

Pesta Kaamatan ini, kata Juslie, sama juga dengan perayaan-perayaan lainnya disambut secara rasminya oleh rakyat Sabah dengan tujuan untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian di kalangan semua kaum sejajar dengan konsep 1Malaysia.

Katanya, pesta kaamatan juga merupakan adat resam dan tradisi suku kaum Dusun, Kadazan dan juga Murut untuk menghormati musim penuaian padi dengan memanggil semangat supaya padi menjadi subur.

Jusli menambah, dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) memang sentiasa menjaga kebajikan semua kaum di Sabah, terutama sekali ketika menjelangnya sambutan-sambutan perayaan, rakyat diajak menyambutnya secara bersama dalam suasana muhibbah dan setiakawan.

Namun Juslie kesal kerana pembangkang membuat dakwaan liar kononnya sambutan sebegini adalah satu pembaziran wang rakyat; sedangkan hakikatnya apa yang kerajaan buat adalah untuk kepentingan rakyat jelata dan secara tidak langsung memberikan penghormatan kepada satu-satu bangsa yang ada di bumi Malaysia.

Memandangkan pilihanraya umum ke 13 akan diadakan pada bila-bila masa sahaja, pihak pembangkang terus memainkan peranannya untuk menghasut rakyat dengan mencipta pelbagai propaganda songsang untuk mengelirukan rakyat, tetapi kata Juslie, rakyat sekarang sudah sedar bahawa hanya kerajaan BN/UMNO sahaja yang mampu membela nasib mereka.

Turut hadir pada majlis tersebut ADUN Gum-Gum Datuk Hj Zakaria Hj Mohd Eddris; Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Armani Hj Mahiruddin dan para pemimpin masyarakat.

6 comments:

  1. walaupun Sabah terdiri byk kaum, namunmasyarkatnya hidup dalam perpaduan. ini harus dijadikan contoh.

    ReplyDelete
  2. Sememangnya semangat perpaduan@1Malaysia sudah lama wujud di Sabah walaupun rakyatnya terdiri dari pelbagai latar belakang.

    ReplyDelete
  3. Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan yang boleh memecah belahkan perpaduan di kalangan kita.

    ReplyDelete
  4. Inilah kelebihan yang terdapat di Sabah. Setiap perayaan bagi kaum di Sabah akan dirayai bersama-sama.

    ReplyDelete
  5. saling hormat menghormati harus dterapkan dalam memupuk perpaduan.

    ReplyDelete
  6. memang unik bila duduk dalam satu restoran tapi pelanggannya terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.. itulah keistimewaan yang kita ada di sabah..

    ReplyDelete