Monday 7 May 2012

BERI PELUANG AZMIN BELA DIRI






KUALA TERENGGANU : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap semua pihak termasuk media memberi peluang kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali membersihkan namanya berhubung rakaman video panas yang didakwa mirip dirinya.

"Saya tak ada hak untuk bercakap tentang itu, biar dia sendiri yang cakap secara langsung....beri peluang (kepada Azmin membersihkan namanya)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa diminta mengulas rakaman video panas yang didakwa mirip Azmin bersama seorang wanita yang tersebar baru-baru ini, selepas menyampaikan ceramah umum bersama bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir di Bukit Tok Beng, Batu Rakit, di sini, hari ini.

Ketika diminta mengulas kenyataan Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin yang mendakwa rakaman video berkenaan dibuat oleh orang dalam parti PKR sendiri, Abdul Hadi berkata beliau tidak mahu mengulas berdasarkan andaian atau dakwaan.

"Saya tak nak komen sebab ia dakwaan sahaja, satu andaian...buat andaian memang tak boleh. Kita (PAS) berpegang kepada ajaran Islam, adat Islam kena ada empat saksi, saksi yang adil, ikhlas dan bersopan dan mahkamah yang bebas.

"(Yang penting) beri peluang Azmin bela diri, termasuk yang menuduh itu pun kena diambil tindakan, mana boleh menuduh saja-saja," katanya.

Mengenai ura-ura beberapa lagi video panas yang didakwa membabitkan pemimpin pembangkang yang lain akan didedahkan, Abdul Hadi berkata pihak yang mendakwa mempunyai rakaman berkenaan sepatutnya membawa kes berkenaan ke mahkamah.

"Berdosa, kalau tuduh orang, betul sekali pun tapi tak ada saksi dan tak ada bukti tetap berdosa, apatah lagi benda salah, Islam tak benar begitu," katanya. (Bernama)

8 comments:

  1. Just let Azmin Ali clarify about this video, he should be allowed to defend himself regarding this sort of allegation against him.

    ReplyDelete
  2. Why if someone from BN-UMNO is involved in this sort of issues, people will automatically assumed its true, while someone from Pakatan Rakyat was involved, they will say this is all a rumor and people shouldn't make baseless accusations?

    ReplyDelete
  3. Kalau mahu menolak pemimpin pun janganlah guna cara yang kotor. gunakan hak anda sebagai pengundi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu isu dalaman PKR. Orang PKR sendiri buat untuk menjatuhkan Azmin.

      Delete
  4. Azmin perlu perjelaskan hal ini dan buktikan dia tak terlibat.

    ReplyDelete
  5. Terpulang yang penting sekarang bukti ada pada seseorang mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  6. "Berdosa, kalau tuduh orang, betul sekali pun tapi tak ada saksi dan tak ada bukti tetap berdosa, apatah lagi benda salah, Islam tak benar begitu,"

    macam mana pula dengan tuduhan terhadap Najib, Shafie dan beberapa pemimpin BN yang lain?? kenapa Hadi tidak jelaskan bahawa menuduh itu satu dosa lebih2 lagi tidak ada saksi??

    ReplyDelete
  7. berkenaan dengan skandal seks Azmin ini, baik Azmin sendiri percepatkan tindakan undang2 beliau.. jangan tunggu lama2..

    ReplyDelete