Friday 4 May 2012

BERI PERLINDUNGAN KEPADA MEDIA





KUALA LUMPUR : Transparency International Malaysia (TI-M) menyeru agar perlindungan sewajarnya diberi kepada media Malaysia untuk membolehkan mereka menunaikan tugas tanpa gentar dan pilih kasih.

Bersempena sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia hari Khamis, presidennya Datuk Paul Low berkata usaha perlu dilakukan agar media sentiasa diberi perlindungan dalam menunaikan tugasnya untuk mendokumenkan dan menyalurkan maklumat kepada masyarakat.

Sambil menegaskan bahawa wartawan memainkan peranan yang sangat penting sebagai pengawal kepentingan orang ramai, Low berkata kewujudan media yang bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pihak adalah penting dalam mendedahkan penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pihak berkuasa, di samping menjadi alat penting dalam usaha memerangi rasuah.

"Mereka menghayati cita-cita rakyat serta mewujudkan unsur-unsur memantau dan menegur yang amat diperlukan dalam demokrasi yang mekar subur dan terbuka," katanya dalam kenyataan di sini. (Bernama)

7 comments:

  1. media berperanan dalam menyebarkan maklumat kepada orang ramai, tapi maklumat yang disebarkan biarlah tepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maklumat yang disampaikan pada rakyat perlu benar dan sahih.

      Delete
  2. Harap pihak media kan mendapat perlindungan yang sewajarnya demi untuk menyalurkan maklumat terkini kepada seluruh masyarakat.

    ReplyDelete
  3. Itu yang kita harapkan sebenarnya.

    ReplyDelete
  4. Pihak media perlu dijamin keselamatan terutama tugas2 yang bahaya.

    ReplyDelete
  5. sekarang ini sukar untuk kita menemui media yang benar2 bebas.. apatah lagi jika media itu dijemput oleh pihak tertentu untuk merakamkan saat2 yang hanya memihak kepada pihak tertentu..

    ReplyDelete
  6. sebelum menasihatkan kerajaan supaya melindungi media, bolehkah media itu sendiri melaporkan perkara2 yang tidak memihak kepada pihak tertentu?? media yang tugasnya adalah untuk menyalurkan maklumat kepada orang awam perlu melaksanakan tugas mereka dengan jujur dan profesional..

    ReplyDelete