Sunday 6 May 2012

BERI STATUS PR KAUM INDIA DI SABAH





Oleh :  YAP SIONG HAN

PENAMPANG: Pengerusi Perhubungan MIC Sabah, Datuk V Jothi merayu kepada kerajaan Sabah agar mempercepatkan proses pemberian status Penduduk Tetap (PR) kepada masyarakat India yang bermastautin di Sabah lebih daripada 40 tahun.

Katanya, ramai dalam kalangan masyarakat kaum India di Sabah mempersoalkan kelambatan itu yang mana mengikut perjanjian terdahulu yang mengatakan bahawa mereka (kaum India) yang sudah menetap di Sabah lebih daripada dua tahun, layak untuk mendapatkan status penduduk tetap.

“Pihak saya juga telah mengenal pasti seramai 202 orang yang berhijrah ke Sabah pada tahun 1967 dan telah menghantar senarai nama itu kepada kerajaan negeri bagi permohonan status penduduk tetap.

“Walaupun perkara ini sudah lama berlaku, tetapi masih terdapat beberapa ahli jawatankuasa tertinggi dalam MIC Sabah mempersoalkan kelambatan pemberian status itu.

“Sebelum ini, seramai 82 orang India telah dikenal pasti dan senarai itu telah diserahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk pertimbangan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini kelmarin.

Jothi berharap Kerajaan Sabah menyegerakan usaha itu bagi meleraikan pelbagai soalan yang dilontarkan kepadanya oleh masyarakat India di Sabah berhubung kelewatan itu.

“Saya merayu agar dipercepatkan proses pemberian status Penduduk Tetap. Kita tidak bermaksud bahawa kerajaan Sabah tidak mengambil berat mengenai perkara ini, sebenarnya kerajaan memang prihatin, tetapi bukanlah mengambil masa 10 tahun…jadi ia perlu disegarakan,” jelasnya.

Sementara itu, Jothi menyokong kenyataan yang dikeluarkan Pemuda MIC Sabah berkaitan permintaan satu kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) atau jawatan Senator.

Katanya, permintaan itu tidak melampau memandangkan MIC sudah bertapak di Sabah selama 15 tahun.

Beliau berkata MIC tidak meminta sesuatu yang berlebihan tetapi semuanya terpulang kepada kerajaan negeri untuk mempertimbangkan.

“Pemberian jawatan seumpamanya akan memberi kelebihan kepada MIC berkhidmat dengan lebih baik kepada rakyat di samping menaikkan imej MIC di sini.

“Masyarakat India disini sudah lama menunggu perkara itu dan ia adalah adil jika dipertimbangkan. Bagaimanapun, kami tetap akan menyokong semua komponen Barisan Nasional walaupun kami tidak diberikan keistimewaan itu,” katanya. (theborneopost)

9 comments:

  1. Many of them have lived in Sabah for many years and has contribute to the country. They already consider themselves as citizens of this country.

    ReplyDelete
  2. Hope that the Sabah government will make due consideration for this issue.

    ReplyDelete
  3. jika mereka layak, mereka akan dpt jg status tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaum India tu tiadakah yang dapat projek IC?

      Delete
    2. RCI saja yang mampu menyiasat semua tu

      Delete
  4. Dikatakan 300 ribu penduduk Malaysia keturunan India tiada sijil kelahiran dan kad pengenalan.

    ReplyDelete
  5. Untuk mendapatkan status PR rasanya perlulah mencapai syarat yang telah ditetapkan.

    ReplyDelete
  6. Status PR bukan sembarang boleh diluluskan harus mengikuti prosedur yang sepatutnya

    ReplyDelete
  7. hanya jika Pakatan memerintah barulah kita berpeluang melihat ramai penduduk Sabah berstatus PR.. jangankan kaum India, warga asing juga akan diberikan status PR..

    ReplyDelete