Sunday 27 May 2012

BERSATU DEMI KEUTUHAN PARTI



Oleh :SHAIMON S JUMADI

PARA Ketua Kampung, Pengerusi JKKK, Kapitan Cina dan Ketua Cawangan UMNO dan ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) yang ada di Parlimen Libaran (DUN Gum-Gum dan Sungei Sibuga) harus bersatu demi menjamin keutuhan dan memantapkan jentera pilihanraya umum ke 13 nanti.

Kerjasama yang erat di kalangan akar umbi ahli parti komponen BN/UMNO harus dipertingkatkan selain untuk memantapkan perjuangan BN/UMNO; malah sebagai benteng untuk menghadapi musuh politik seperti pembangkang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum-Gum Datuk Hj Zakaria Hj Mohd Edris berkata demikian ketika memberi taklimat di majlis Perjumpaan Pemimpin-pemimpin Masyarakat DUN N41 Gum-Gum bersama Ahli Parlimen P184 Libaran di Hotel  Pavilion Bandar Labuk, Sandakan, petang kelmarin

"Ahli-ahli UMNO dan ahli-ahli PBS sebagai rakan dalam komponen BN disaran supaya bersiap sedia dan mengemaskinikan gerakan jentera pilihanraya di tempat masing-masing kerana pilihanraya akan diadakan pada bila-bila masa sahaja dari sekarang,” kata Zakaria.

Sementara itu, dalam ucapan Ahli Parlimen Libaran Datuk Hj Juslia Ajirol antara lain mengingatkan semua ahli UMNO di kawasan DUN Gum-Gum dan Sungei Sibuga supaya harus bersatu dan menjalinkan persefahaman yang intim demi mewujudkan perpaduan di dalam jentera pilihanraya.

Ketua Menteri yang juga Ketua Bahagian UMNO Datuk Musa Hj Aman, kata Juslie telah berpesan agar ahli-ahli UMNO di kedua-dua kawasan DUN tersebut; termasuk ahli-ahli komponen BN agar bekerja keras.

"Mereka jangan sekali-kali mempertikaikan siapa calon yang bakal dipilih kerana hal itu bukan keutamaan atau isu, tapi yang penting adalah memberi sokongan terhadap sesiapa sahaja calon yang pastinya mempertahankan semula kerusi Parlimen Libaran, DUN Gum-Gum dan DUN Sungei Sibuga,” tegas Juslie.

Katanya, memang masih banyak kampung masih mundur setelah menerima banyak permintaan dan aduan daripada ketua-ketua cawangan UMNO, Ketua-Ketua Kampung, Pengerusi-Pengerusi JKKK/JKDB dan Kapitan Cina. Permohonan mereka akan ditunaikan secara berperingkat-peringkat dan diharap dapat bersabar sebelum tiba waktunya.

"Sebagai ahli UMNO yang setia, perlu saya ingatkan jangan kerana permintaan tangki atau lain-lain tidak tertunai, lantas merajuk dan keluar parti meninggalkan BN/UMNO dengan menyertai parti lain. Perbuatan ini bukanlah mencerminkan seorang pemimpin yang jujur tetapi mereka hanya berjuang untuk kepentingan peribadi sahaja.

"Ada kalanya kelulusan sesuatu projek pembangunan dan infrastruktur kampung memakan masa yang agak lama kerana disebabkan tapisan dan analisa terperinci di peringkat kementerian," ujar Juslie .

Kata Jusli lagi, di DUN Gum-Gum setakat ini sahaja bilangan pengundi yang berdaftar dengan SPR berjumlah lebih 11,000 ribu orang, tidak termasuk pengundi DUN Sungei Sibuga.

"Kita memang sedar sejak kebelakangan ini ramai dalam kalangan pemimpin pembangkang masuk dan keluar kampung di kawasan Libaran ini untuk menabur pelbagai fitnah dengan tujuan memesongkan fikiran rakyat. Mereka juga bertujuan untuk meraih perhatian dan sokongan rakyat mengenai perjuangan mereka, tetapi rakyat semakin sedar bahawa pembangkang hanya tahu cakap saja tapi tak serupa bikin,” ujarnya.

Majlis yang diadakan di Ballroom hotel berkenaan telah dihadiri lebih 200 orang yang terdiri daripada pemimpin masyarakat, termasuk ahli-ahli komponen BN.

20 comments:

  1. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

    ReplyDelete
  2. Pihak pembangkang hanya tahu mengkritik sebab mereka bukan kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih banyak kritikan untuk menjatuhkan.

      Delete
  3. semangat kerjasama harus dipupuk di kalangan ahli2 parti. dgn adanya kerjasama, parti akan jadi kukuh.

    ReplyDelete
  4. Jika wujud masalah dalaman parti, media janganlah menjadi saluran utama untuk selesaikan masalah.

    ReplyDelete
  5. Selesaikan masalah sebaiknya. Kerana itu adalah jalan yang terbaik untuk memastikan setiap masalah yang dihadapi dapat diselesaikan denga sebaiknya.

    ReplyDelete
  6. dalam BN ada banyak parti komponen, dalam pakatan hanya ada tiga, manakala parti pembangkang tempatan pula tidak ada langsung.. ini jelas menunjukkan BN lebih bersatupadu berbanding dengan parti pembangkang..

    ReplyDelete
  7. jumlah parti komponen dalam BN sudah cukup menjelaskan keutuhan perpaduan pemimpin2 BN..

    ReplyDelete
  8. Barisan Nasional leaders at all levels have been told to make an in-depth analysis of candidates with winning potential which the coalition can field in their constituencies in the next general election.

    ReplyDelete
  9. Tan Sri Muhyiddin Yassin said choosing the right candidate is a vital factor in the 13th general election, adding that every component party should carry out an analysis on those who were winnable in their parties.

    ReplyDelete
  10. While the voters will judge the contesting parties in terms of their struggle, philosophy, ideology and vision, the candidates will be an important factor..

    ReplyDelete
  11. He said the leaders should analyse a candidate in terms of leadership, background and public acceptance.

    ReplyDelete
  12. Muhyiddin, who is Umno deputy president, said all component party leaders at the divisions would be asked to identify such candidates.

    ReplyDelete
  13. Asked if there would be any exchange of seats by component parties in the elections, the deputy prime minister said this would first be discussed and the pros and cons of such a switch must be considered.

    ReplyDelete
  14. Muhyiddin also said Barisan would regard any group outside the Pakatan Rakyat alliance that fielded candidates in the elections as opponents.

    ReplyDelete
  15. CHIEF Minister Datuk Seri Musa Aman has emphasised the importance for all Umno and Barisan Nasional (BN) members to give total support to any candidate picked by the top leadership for the coming 13th General Election.

    ReplyDelete
  16. This is because the struggle in BN is a party struggle and not an individual one, especially in ensuring the coalition wins all State and parliamentary seats, including wresting all seats that were lost to opposition candidates, he said.

    ReplyDelete
  17. Musa is optimistic that Sabah BN is capable of winning all seats in the State in the coming election.

    ReplyDelete
  18. At the same time, Musa is positive that the people will not be easily influenced by irresponsible quarters as the BN government already has a good track record in governing the nation, realising promises and providing physical development.

    ReplyDelete
  19. The people can make their own assessment on the leadership of BN.

    ReplyDelete