Tuesday 1 May 2012

BERSIH 3.0 BERHASRAT TUMBANGKAN K'JAAN






Oleh : NIGEL AW

BANTAHAN BERSIH 3.0 Sabtu lalu, perhimpunan awam terbesar sejak gerakan Reformasi tahun 1999 berhasrat untuk menumbangkan kerajaan, kata Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, pembangkang tahu bahawa melalui proses pilihan raya, rakyat tidak akan memberikan mereka kuasa untuk membentuk kerajaan. Satu-satu caranya, kata beliau, ialah melalui kebangkitan rakyat untuk menumbangkan kerajaan dan menaikkan diri mereka sebagai rejim baru.

Dr Mahathir berkata demikian di majlis pelancaran versi Melayu buku memoir Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad' di Putrajaya petang kelmarin.

Protes itu, katanya, adalah untuk menyebabkan ketidakstabilan negara bagi mewujudkan keperluan untuk menukar rejim dengan bantuan kuasa asing.

"Gangguan itu adalah kerana mereka mahu menunjukkan bahawa negara itu diperintah oleh diktator... Mereka akan gembira jika orang asing bawa pesawat dan bom Kuala Lumpur. Mereka akan berkata 'saya telah melakukan satu perkara yang baik untuk negara ini'," katanya sambil menambah bahawa itulah pembangkang dan gerakan BERSIH.

Di negara-negara di mana kerajaannya telah digulingkan, kata beliau, 99.9 peratus undi diperolehi oleh penyandang dalam pilihan raya.

Bagaimanapun, tidak begitu halnya di Malaysia di mana pembangkang memenangi Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Kelantan pada tahun 2008, dan Terengganu dan Sabah sebelum ini.  

Sementara itu Bernama melaporkan buku bertajuk "Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad", boleh didapati di pasaran dengan harga RM59.90.

Bercakap di majlis pelancarannya, Dr Mahathir berkata apa yang diharapkan beliau ialah orang ramai akan gembira dan berpuas hati dengan hasil terjemahan tersebut.

Buku yang mengambil masa lapan tahun untuk dihasilkan itu diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd, Datuk Dr Abdul Kadir Jasin.  

Abdul Kadir yang turut hadir berkata bukan mudah untuknya menterjemahkan buku itu selain berusaha mengekalkan gaya penulisan Dr Mahathir.

Katanya dalam proses menterjemahkan buku tersebut beliau mendapatkan pandangan Dr Mahathir bagi memelihara keasliannya.

"Karya terjemahan itu juga satu usaha berbaloi bagi mendekati dan meresapi jiwa rakyat Melayu untuk menyuntik semangat dan berkongsi kekayaan pengetahuan pemimpin ulung tersebut," katanya.

Memoir setebal 996 muka surat tersebut diterbitkan MPH Group Publishing mengandungi catatan cukup terperinci dan menyeluruh, menyelusuri sejarah hidup Dr Mahathir daripada kecil sehinggalah kepada kejayaannya membangunkan negara.

10 comments:

  1. Memang ketara pembangkang sudah terdesak sangat mahu berkuasa. Adakah perjuangan sebegini ikhlas??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ternyata pembangkang memanipulasi perhimpunan Bersih untuk kepentingan politik mereka.

      Delete
  2. Undilah dengan bijak pada PRU13 ini. Jangan mudah percaya kepada propaganda palsu yang disebarkan oleh sesetengah pihak.

    ReplyDelete
  3. usaha nak tumbangkan kerajaan melalui kekecohan adalah perjuangan tidak ikhlas. jgn gunakan nama bersih untuk kepentingan politik.

    ReplyDelete
  4. Perhimpunan Bersih juga dikatakan mendapat dana daripada pihak luar.

    ReplyDelete
  5. Apa yang dilakukan oleh Anwar adalah satu perkara yang boleh dikatakan sebagai satu yang terdesak untuk mengulingkan kerajaan. Maka kita harap rakyat dapat memikirkan sendiri mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersih pasti bercampur aduk dengan agenda politik. pasti ada agenda sampingan.

      Delete
  6. Bersih 3.0 bertujuan mendesak kerajaan untuk ikut telunjuk pembangkang.

    ReplyDelete
  7. sudah tentu perhimpunan Bersih bertujuan untuk tumbangkan kerajaan.. sebab itu mereka anjurkan perhimpunan ini ketika pilihanraya semakin hampir..

    ReplyDelete
  8. yang kesian tu bila peserta2 perhimpunan bertempur dengan pihak polis.. yang rasa sakitnya adalah peserta2 Bersih.. manakala yang menikmati hasilnya ialah pemimpin2 pembangkang..

    ReplyDelete