Tuesday 1 May 2012

BERSIH 4.0 JIKA SPR GAGAL LAKSANA 8 TUNTUTAN




PERHIMPUNAN BERSIH 4.0 mungkin dianjurkan pada bila-bila masa sekiranya pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih gagal melaksanakan lapan tuntutan yang dikemukakan.

Lapan tuntutan itu termasuklah membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, mengukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Menurut Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri, pimpinan tertinggi AMK telah mengadakan perbincangan untuk mendesak perhimpunan BERSIH 4.0 diadakan ekoran tiada kesungguhan daripada SPR untuk mendengar suara rakyat.

Katanya, ia ditambah dengan keputusan Dewan Rakyat yang meluluskan pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk mengenakan larangan wakil calon berada di barong SPR pada hari pengundian.

“Kelihatannya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti adalah sebuah pilihan raya berat sebelah, kotor dan paling dahsyat pernah berlaku di negara ini. Kita sendiri dengan jelas melihat pemimpin Umno-BN juga tidak bersungguh-sungguh mendengar suara rakyat bahkan tidak melayan langsung,” katanya.

Beliau berkata, selain menghantar mesej kepada kerajaan Umno-BN, perhimpunan BERSIH 4.0 nanti juga akan terus mendesak SPR membersihkan senarai daftar pemilih.

Beliau turut menyarankan supaya semua pengundi di seluruh negara untuk menyemak senarai daftar pemilih bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau pertukaran kawasan mengundi semasa pilihan raya nanti.

Tambahnya, perhimpunan BERSIH 3.0 yang berlangsung tempoh hari juga bertambah ramai setelah Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution mendedahkan bahawa Pengarah SPR dan Timbalannya merupakan ahli Umno.

“Walaupun dia (Pengarah SPR) kata bebas dan adil, macam mana nak buktikan sedangkan dah jadi ahli Umno. Sesiapa yang mendaftar keahlian, dia mesti taat pada arahan kepimpinan parti itu.

Justeru, kita akan menggesa pihak sekretariat BERSIH untuk menganjurkan perhimpunan itu sekali lagi dalam masa terdekat.


12 comments:

  1. Does this mean the Bersih Rally does not solve any problems? Since the claims cannot be fulfilled even with the Bersih 3.0 rally? So no matter how many times the Bersih rally was hold, it won't make a difference.

    ReplyDelete
  2. Maybe Ambiga and the Bersih organizers should stop wasting their time, holding a rally is not the best way to make a change.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah apa niat terselindung Ambiga dan konco-konconya merancang perhimpunan Bersih ini.

      Delete
  3. Tolonglah bersikap matang jika mahu cari jalan penyelesaian. Menghasut rakyat untuk berhimpun bukan jalan terbaik.

    ReplyDelete
  4. cukuplah dgn kekecohan yang timbul dari perhimpunan bersih 1,2dan 3. jgnlah tmbulkan lagi kekecohan.

    ReplyDelete
  5. Terpulang dengan BERSIH 4 jika ingin dilakukan. Namun semakin banyak BERSIH dibuat semakin meluatlah rakyat terhadap Anwar. Sebabnya Anwar adalah pemimpin yang tidak bijak menyelesaikan masalah yang dihadapi. Inikah yang ingin dipilih menjadi pemimpin Negara??

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi bagus jika perhimpunan Bersih 4.0 ini tidak disertai oleh rakyat biasa.. biar kali ini hanya pemimpin2 pembangkang dan penganjur2 Bersih saja yang berhimpun.. masa tu barulah mereka rasa macam mana situasi perhimpunan tanpa ada 'perisai' dihadapan mereka..

      Delete
  6. Bersih tidak perlu la menganjurkan Bersih 4.0 sebab setiap perhimpunan Bersih gagal menganjurkan perhimpunan yang benar2 aman. Semua berakhir dengan rusuhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau Bersih 4.0 berjaya dilaksanakan, saya harap kali ini biar Ambiga yang dibelasah oleh anggota polis.. biar dia rasa bagimana sakitnya kecederaan yang ditanggung oleh peserta2 Bersih..

      Delete
  7. sebelum perhimpunan Bersih 3.0 dilancarkan, spr telah mengumumkan bahawa 7 tuntutan Bersih telah dimasukkan dalam 22 syor PSC.. kenapa masih berkeras mahu berhimpun??

    ReplyDelete
  8. kalaupun 8 tuntutan Bersih itu ditunaikan oleh SPR, penganjur Bersih tetap akan mencari alasan lain untuk melancarkan perhimpunan.. jangan harap mereka akan berganjak dari pendirian mereka kerana pendirian mereka adalah atas telunjuk kuasa asing..

    ReplyDelete