Tuesday 1 May 2012

BERSIH SALAHKAN POLIS CETUS KEGANASAN





Oleh : SHANNON TEOH

TINDAKAN melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah 25,000 perusuh yang berhimpun menuntut pilihan raya adil dan bersih semalam adalah pencetus kepada keganasan, kata Bersih.

Kumpulan berkenaan menegaskan ketika sidang media hari ini perhimpunan tersebut yang pada mulanya aman bertukar ganas setelah 'gas pemedih mata dilepaskan'.

“Siapa yang lepaskan gas pemedih mata?  Itu adalah punca berlakunya keganasan,” kata Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Organisasi gabungan 84 NGO itu mengakui sebahagian peserta merempuh sekatan halangan polis di sekitar Dataran Merdeka, yang mana melanggar ntah mahkamah, sebelum polis bertindak, turut menegaskan perusuh diarahkan tidak memasuki kawasan dataran tanpa kebenaran polis.

Ambiga berkata, “sekurang-kurangnya satu atau dua tembakan cukup” untuk menyuraikan perusuh, namun polis “terus melepaskan gas pemedih mana”.

“Ini menunjukkan polis diberi arahan untuk menghukum. Siapa beri polis arahan?” soal bekas Pengerusi Majlis Peguam ini lagi.

Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Hishamuddin Rais, menambah, “rantaian keganasan” hanya berlaku apabila “gas pemedih mata dilepaskan kepada mereka yang mahukan demonstrasi duduk bantah yang aman”.

Pertubuhan itu mendesak inkuiri penuh oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) terhadap perhimpunan itu, malah kepada individu yang melepasi halangan sekatan.

Lebih 25,000 perusuh disuraikan anggota polis menggunakan meriam air selepas beberapa perusuh mula menceroboh kawasan Dataran Merdeka dan menyelamatkan diri ke bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sebahagiaan 15,000 tersepit antara polis dan DBKL memecahkan halangan dan bergerak ke Dataran Merdeka, menyebabkan polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, telah cuba berunding dengan polis, yang menggesa Ahli Parlimen Gombak itu menenangkan perusuh. Namun, mereka berdegil menceroboh kawasan dataran walaupun telah dinasihatkan tidak berbuat demikian.

Polis melepaskan gas pemedih mata di kawasan sekitar DBKL, berhadapan Jalan Parlimen, dan bergerak ke arah perusuh yang cuba mencari perlindungan dan dihalau ke Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Laut.

Berang dengan tindakan itu, perusuh kemudiannya menyerang kereta pihak polis yang kemudiannya melanggar sekurang-kurangnya dua perusuh ketika cuba melepaskan diri.

Walaupun majoriti perusuh bersurai, sekunpulan 1,000 perusuh kemudiannya mencabar polis berhampiran Masjid Jamek.

Seorang anggota polis dilihat mengheret seorang lelaki yang mana mengakibatkan perusuh menyerangnya dengan membalin botol air dan kepingan konkrit.

Konvoi polis bersama Datuk Bandar KL Tan Sri Ahmad Fuad Ismail terpaksa melakukan pusingan U di Masjid Jamek apabila kumpulan perusuh membaling kasut dan kepingan konkrit ke arah mereka yang menyebabkan cermin dua kereta itu pecah.

Bersih turut berkata, 460 perusuh ditahan polis, kurang satu per tiga daripada perhimpunan 9 Julai tahun lalu.

Antara yang terakhir dibebaskan menurut ahli jawatankuasa pemandu Bersih,  Maria Chin Abdullah, adalah Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang, yang dibebaskan jam 5 pagi 29 April.

11 comments:

  1. The DBKL did request Bersih not to hold the rally in Dataran Merdeka, they have gladly provided Stadium Merdeka as their gathering location but Ambiga refused.

    ReplyDelete
  2. We also have our own Bersih Rally in KK, but such a thing did not happen here? Why is that?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab di KK, mereka lebih berhemah dan boleh bertolak ansur antara satu sama lain.

      Delete
  3. Baguslah, saling tuduh-menuduh. Jika dari awal perhimpunan ini tidak diadakan, masalah ini tidak akan timbul.

    ReplyDelete
  4. peserta bersih yang buat kecoh, rosakkan harta benda. jgnlah nak salahkan polis pla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Polis menjalankan tugas untuk mengawal keadaan di sana

      Delete
  5. Jadi siapakah yang merempuh benteng polis dalam perhimpunan tersebut.

    ReplyDelete
  6. Adakah tugas polis menganas atau merusuh? Tugas polis untuk menjaga keselamatan negara dan rakyat. Tapi sekiranya peserta Bersih mulakan keganasan dan mencabar polis tak kan polis hanya tengok saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tindakan mengadakan perhimpunan besar seperti ini juga boleh dikatakan sebagai provokasi.. belum masuk lagi tindakan merempuh sekatan polis, menyerang polis dan sebagainya.. Ambiga sendiri mengakui gagal mengawal peserta2 perhimpunan..

      Delete
  7. pandai2 saja Bersih salahkan polis kononnya cetuskan keganasan.. terfikir ka mereka bahawa jika tidak ada perhimpunan, maka tidak ada la keganasan?? kenapa tidak salahkan Ambiga??

    ReplyDelete
  8. apa tujuan penganjur2 Bersih menjemput wartawan luar negara kalau bukan untuk membuat laporan berkenaan dengan keganasan yang dilakukan kerajaan terhadap peserta?? semua ini telah dirancang oleh Ambiga dan pemimpin2 pakatan..

    ReplyDelete