Wednesday 16 May 2012

BN SABAH CATAT REKOD CEMERLANG





Oleh : USIM WANGKUI

KENINGAU: Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Musa Hj Aman meminta para pemimpin komponen BN, Ketua-Ketua Masyarakat, Ketua-Ketua Kampung dan Kapitan Cina bekerjasama menggalakkan aktiviti rakyat; seterusnya membantu menyelesaikan masalah rakyat agar dapat memastikan semua calon BN menang dan BN terus memerintah Sabah selepas PRU-13.

Beliau berkata demikian baru-baru ini dalam satu majlis perjumpaan Ketua-Ketua Masyarakat Komponen Bn Termasuk Daerah Tambunan, Tenom, Nabawan, Keningau dan daerah-daerah kecil seperti Kemabong, Sook dan Pagalungan.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah yang juga Ahli Parlimen P.180 Keningau, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin; menteri-menteri, Ahli Parlimen dan ADUN, Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, WKAN, ketua-ketua kampung, ketua-ketua masyarakat, Pengerusi-Pengerusi JKKK dan JKDB, kapitan-kapitan Cina dan lebih 2,000 tetamu khas dari Pedalaman Atas untuk mendengar ucapan daripada Ketua Menteri Sabah dan beberapa menteri di Dewan Masyarakat Keningau.

Musa juga meminta semua pemimpin komponen BN agar rajin turun padang bagi merapatkan hubungan dengan rakyat khasnya penduduk di luar bandar. Di samping itu, pemimpin komponen BN dapat menyampaikan sendiri dasar-dasar kerajaan dan memberi penerangan kepada rakyat di luar bandar mengenai kenyataan daripada parti lawan yang tidak boleh dipercayai.

Musa berkata, dakyah parti lawan ialah umpama ubat yang mempunyai racun dan ia boleh membunuh. Maksud beliau ialah propaganda daripada parti lawan tidak boleh dipercayai. Sekiranya rakyat percaya, mereka seperti telah termakan ubat yang beracun dan akan membawa bahaya kepada rakyat.

Musa berkata, tujuan parti lawan ialah memburuk-burukkan kerajaan. Apa yang dikatakan oleh parti lawan tidak boleh dipercayai dan tidak bertanggungjawab.

Sebagai contoh kata Musa, kerajaan BN telah membuktikan selama ini telah melaksanakan banyak perubahan kepada kehidupan rakyat. Sebelum ini banyak agensi kerajaan mengalami kerugian. Namun selama beliau menjadi Ketua Menteri Sabah, pendapatan kerajaan Sabah telah bertambah berkali ganda dan kini mempunyai RM 4 bilion untuk membangunkan ekonomi Sabah.

Kerajaan BN juga telah menambah gaji dan elaun kakitangan kerajaan. Murid-murid sekolah juga mendapat yuran percuma dan wang RM 100 untuk perbelanjaan pelajar, buku-buku percuma dan komputer (IT) percuma. Banyak kawasan juga mendapat sekolah baru, hospital baru, kilnik 1Malaysia dan kedai 1Malaysia. Inilah dasar-dasar kerajaan telah yang merubah nasib dan kehidupan rakyat.

Musa juga berkata, Kerajaan Malaysia ialah antara kerajaan yang terbaik di seluruh dunia dan boleh bersaing dengan negara-negara maju dengan pendapatan rakyat yang semakin meningkat.

Pada masa kini, di Keningau kerajaan telah membina satu Pusat Kraftangan Sabah. Di Lahad Datu, diadakan satu pusat kilang kelapa sawit manakala di Tawau mempunyai kilang produk makanan. Pendapatan ladang-ladang lembu tenusu, ladang getah dan ladang kelapa sawit juga turut meningkat.

Musa berkata, inilah contoh pemimpin kerajaan BN yang sentiasa turun padang meninjau dan membantu meningkatkan kehidupan rakyat. Semua ini bertujuan untuk membangunkan ekonomi kerajaan khasnya rakyat di luar bandar seperti di kawasan Pedalaman Atas.

Kerajaan juga tidak lupa memajukan pembangunan rakyat dengan memberi peruntukan yang begitu banyak untuk mengubah sikap dan kehidupan rakyat di Pedalaman berbanding dengan pihak pembangkang yang hanya tahu bercakap kosong.

Oleh itu Musa berharap rakyat tidak mudah percaya dengan propaganda daripada parti lawan.

Musa berkata, pemimpin-pemimpin parti lawan ini ialah pemimpin yang pernah menjadi menteri kerajaan, pegawai-pegawai kerajaan dan pemimpin politik kerajaan. Mereka bermimpi ingin menubuhkan kerajaan yang baru. Apakah yang mereka boleh lakukan? Ini kerana semasa mereka memerintah atau berada di dalam kerajaan, mereka juga tidak boleh mentadbir dengan baik.

Oleh itu hanya kerajaan BN sahaja yang boleh mentadbir negara ini khususnya Negeri Sabah dengan begitu baik. Pada masa kini, pembangunan seperti sekolah-sekolah, jalan raya, hospital dan kemudahan infrastruktur yang ada sekarang telah banyak memberi perubahan kepada rakyat.

Selain daripada itu, rakyat juga sedia maklum bahawa kerajaan BN memang boleh dipercayai. Sekiranya rakyat masih lagi mendengar parti lawan, ini umpama termakan ubat racun yang boleh membawa maut.

Musa juga menyindir parti lawan kononnya mereka sangat pandai mahu mengajar itik berenang, namun mereka tidak membawa apa-apa hasil semasa mereka pernah memerintah.

Oleh itu, Musa menyeru rakyat tidak berasa bimbang. Beliau berharap belia dan beliawanis dapat bekerjasama dengan kerajaan BN dengan membuka kebun. Beliau berharap fikiran kononnya membuka kebun tidak membawa apa-apa keuntungan haruslah dikikis kerana dengan berkebun, ramai yang telah berjaya mendapat hasil yang lumayan.

Kata Musa, pada Disember 2007, beliau pernah mengumumkan bahawa seluas 300,000 hektar hutan simpan akan digunakan untuk menanam semula kayu yang berharga.

Dalam satu hektar sebanyak 7,000 pokok kayu berharga akan ditanam termasuk kayu jati dan kayu-kayu lain yang komersil berbanding dahulu, dalam sehektar hanya mempunyai 2 atau 3 pokok kayu berharga sahaja.

Tujuan kerajaan ialah untuk membela nasib generasi muda kerana selepas 20 tahun, kayu ini akan matang dan mereka pada ketika itu boleh mendapat hasilnya. Kerajaan juga melancarkan dasar ekonomi jangka panjang dan pendek agar ekonomi Sabah bertambah maju.

Musa berkata, banyak anak syarikat dan agensi kerajaan yang mendapat keuntungan seperti agensi-agensi kerajaan di mana tidak ada kakitangannya yang tidak mendapat gaji berbanding dahulu ramai syarikat agensi yang tidak mendapat gaji.

Sebagai contoh, syarikat Koperatif Sabah yang sebelum ini hanya mendapat keuntungan RM 7–8 juta sahaja setahun, namun kini telah meningkat dengan keuntungan RM 400 juta.

Oleh itu Musa berharap agar pemimpin masyarakat, ketua-ketua kampung, kapitan-kapitan Cina dapat pulang ke kampung masing-masing dan mengikut program kerajaan serta memberi penerangan dan pengetahuan kepada rakyat tentang dasar-dasar kerajaan bagi memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya akan datang.

16 comments:

  1. para pemimpin haruslah sentiasa turun padang melihat keadaan rakyat. segala masalah rakyat yang dikenalpasti harus diselesaikan.

    ReplyDelete
  2. pembangkang byk memburukkan kerajaan dgn pelbagai cerita. BN perlu bijak dalam menangkisnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'Turun padang' adalah cara yang terbaik untuk menangkis semua hasutan pembangkang kepada rakyat.

      Delete
  3. Pembangkang hanya tahu mengkritik dan bagi janji manis sebab mereka bukan berada di tempat kerajaan sendiri yang mana pelbagai faktor perlu diambil kira dalam mentadbir dan membangunkan sesebuah negeri/negara.

    ReplyDelete
  4. Diharap pemimpin kerajaan akan kerap turun padang dan bukannya ketika pilihan raya semakin hampir saja.

    ReplyDelete
  5. Itulah yang penting sekali. Setiap wakil rakyat haruslah menunaikan tanggungjawab sebaiknya kepada rakyat. Jangan biarkan rakyat terus ternanti-nanti akan apa yang kerajaan akan lakukan kepada mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wakil2 peringkat kampung dan pendalaman harus memainkan peranan supaya rakyat setempat tidak ketinggalan dalam pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

      Delete
  6. All members of UmnoBN to give total support to any candidate picked by the top leadership for the coming 13th General Election.

    ReplyDelete
  7. syabas kepada kerajaan negeri dibawah pimpinan Musa Aman.. namun masih banyak masalah2 di kawasan pedalaman yang perlu diambil perhatian.. mungkin ketua menteri sendiri perlu kerap melawat kawasan2 pedalaman ini supaya beliau lebih tahu mana2 wakil rakyat yang bersungguh2 bekerja untuk rakyat dan mana yang tidak bekerja langsung atau lembab..

    ReplyDelete
  8. Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman attests that the good relationship between the state and the federal governments is key towards the many benefits that Sabah enjoys.

    ReplyDelete
  9. According to Musa, development is done widespread across Sabah, whether it is in the city or in the rural areas without discrimination towards anybody, adding that the Barisan National (BN) government is always pressing on educational development.

    ReplyDelete
  10. He added that the BN’s sincerity is proof that it is the only party that can and will defend the rights of its people as compared to the opposition whose empty promises cannot live up to what BN has been doing all along.

    ReplyDelete
  11. Musa, who is also State Finance Minister said he is not embarrassed to request large allocations from the federal government for the sake of the state’s development to rival other states.

    ReplyDelete
  12. He added that Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak awards the allocations without hesitation given that the confidence of the people is on the rise.

    ReplyDelete
  13. This progress is not only focused on infrastructure development but also a genuine effort to prepare other various initiatives such as the People’s Aid 1Malaysia (Bantuan Rakyat 1Malaysia) (BR1M), the People’s 1Malaysia Store (Kedai Rakyat 1Malaysia), 1Malaysia Clinic, Karisma, and many others.

    ReplyDelete
  14. All of this is for the people, especially those with low income. As they say, ‘ada ubi ada batas, ada budi kita akan balas’ (a good deed deserves another)…the BN government will receive continued support based on its sincerity and concern towards helping all ethnicity.

    ReplyDelete