Saturday 19 May 2012

BN TERUS KUKUH DI SABAH



ROZIE JUMAT

KENINGAU: Sokongan rakyat terutamanya di Sabah terhadap Barisan Nasional (BN) masih kukuh dan mereka akan terus memberi mandat kepada BN untuk kembali menerajui pucuk pimpinan negara.

Ketua Pemuda Umno Keningau, Azman Hj Ruslan berkata, keyakinan tersebut adalah berasaskan kepada banyak faktor yang begitu jelas dapat dilihat dalam scenario politik semasa di Negara ini.

“Kerajaan BN-UMNO mempunyai halatuju dan agenda perjuangan yang jelas, relevan, matang, progresif, kompetitif, kondusif dan berinovatif untuk membawa masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini ke tahap kemajuan yang lebih tinggi, seiring dengan tuntutan semasa.

“Konsep dan semangat kerjasama serta semangat setiakawan yang dipelopori dan dipraktikkan oleh anggota komponen BN yang diterajui UMNO sejak dari dulu hingga sekarang sangat kondusif untuk diwarisi generasi akan datang di negara ini.

“Kerajaan BN-UMNO juga telahpun membuktikan keupayaannya melaksanakan agenda pembangunan negara, terutama sekali mengangkat martabat masyarakat Bumiputera, khususnya di Sabah,” jelas beliau.

Azman berkata, kerajaan BN-UMNO sangat mementingkan soal perpaduan serta keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini dan ini dapat disaksikan melalui amalan dan pendekatan politik sederhana yang ia praktikkan.

“Dengan kata lain, BN-UMNO sentiasa mendidik rakyat supaya mengamalkan cara berpolitik yang berhemah, dan bukannya mengamalkan cara berpolitik bersifat anarkisme atau terlalu ekstrem yang boleh menimbulkan ketegangan,” jelas beliau.

Sementara itu, Azman berkata, perhimpunan ala-anarkisme Bersih 3:0 baru-baru ini memberi satu peluang kepada rakyat untuk merenung jauh ke hadapan, mengenai nasib dan masa depan generasi akan datang.

“Bersih 3.0 membayangkan satu senario atau situasi yang amat menakutkan sekiranya negara ini jatuh ke tangan golongan yang cuba mempelopori fahaman politik anarkisme, iaitu golongan yang percaya bahawa kerajaan tidak diperlukan dan harus dihapuskan.

“Kita juga dapat perhatikan bahawa pendekatan politik yang diamalkan oleh pihak pembangkang itu lebih bersifat populis, malah stail politik pembangkang itu lebih bersifat ‘mi segera’yang sedap semasa ia masih panas,” jelas beliau lagi.

Politik pembangkang, katanya, bertentangan dengan budaya hidup yang selama ini telah melahirkan masyarakat dan generasi yang bersopan santun, berbudi bahasa serta menghormati keluhuran undang-undang dan perlembagaan negara.

“Sikap pembangkang juga seolah-olah mahu mengajar generasi muda supaya tidak mengambil peduli soal sensitiviti masyarakat majmuk yang selama ini adalah tunjang kepada keamanan dan kestabilan politik serta ekonomi yang kita nikmati selama ini.

“Inilah yang hendak kita dan mesti dipertahankan dan jangan sekali-kali kita biarkan pembangkang musnahkan aset negara yang paling berharga ini,” jelas beliau.

21 comments:

  1. BN mmg amat kuat dan kukuh di Sabah, ini kerana kehebatan kepimpinan Musa Aman.

    ReplyDelete
  2. moga BN akan terus kukuh dan berupaya membangunkan lagi Sabah menjadi lebih pesat.

    ReplyDelete
  3. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi!

    ReplyDelete
  4. Itu tidak dinafikan lagi yang mana BN akan terus kukuh dan menjadi pilihan penduduk Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. diharap BN akan lebih membangunkan seluruh Sabah selepas mendapat mandat pada PRU13.

      Delete
  5. semua calon BN yang dipilih oleh pucuk pimpinan harus disokong

    ReplyDelete
  6. memang masih kukuh.. lihat saja bagaimana calon tidak popular BN boleh menang di Batu Sapi.. siap lawan dengan bekas ketua menteri lagi..

    ReplyDelete
  7. Chief Minister, Datuk Seri Musa Haji Aman, said the Barisan Nasional (BN) government under the leadership of Prime Minister, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak always had the people’s best interest at heart in line with the 1Malaysia concept of “People First, Performance Now”.

    ReplyDelete
  8. He said the people should therefore give their undivided support to BN at the 13th general election to ensure the state continued to progress and remained politically stable.

    ReplyDelete
  9. Musa stressed that ever since coming into power, the BN had accomplished a lot particularly in developing the rural areas, which continue to get the government’s attention.

    ReplyDelete
  10. The leadership does not wish to see the people left out of mainstream development and especially those in need and who require assistance, he added.

    ReplyDelete
  11. “I believe the mandate given by the rakyat will not be wasted and in fact it will generate them long-term benefits as a result of the progress and development they get to enjoy.

    ReplyDelete
  12. Musa reminded the people not to be easily taken in by allegations from the opposition to belittle the BN government.

    ReplyDelete
  13. “We can see proof of this from the assistance rendered to children for their education, for example. This shows that the BN government looks after all aspects of the people’s needs including education which is a priority,” he said.

    ReplyDelete
  14. Musa reminded the people not to be easily taken in by allegations from the opposition to belittle the BN government.

    ReplyDelete
  15. “The people of Sabah know how to appreciate and I believe they will not be taken by these wild and baseless allegations. The opposition cannot do anything for the state except for making empty promises,” he said.

    ReplyDelete
  16. He was therefore confident that the rakyat would still choose BN at the next election especially based on the increasing support the coalition front has been receiving.

    ReplyDelete
  17. The Chief Minister was speaking at a People’s Carnival in conjunction with the opening of 24 concrete bridges in Kg Sim-Sim Melayu Bumiputera here yesterday. The event was organised by the Sandakan parliamentary office, Tanjung Papat Umno and Sandakan Municipal Council.

    ReplyDelete
  18. Those present were Deputy Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk VK Liew, who is also the Member of Parliament for Sandakan, Minister of Industrial Development, Datuk Raymond Tan Shu Kiah, Sandakan Umno chief, Tan Sri Ampong Puyon and Sandakan Municipal Council president, Datuk James Wong.

    ReplyDelete
  19. Meanwhile, Liew, in his speech praised the Chief Minister for his genuine concern for the people’s plight and said his brand of leadership will assure greater development for the state.

    ReplyDelete
  20. He described Musa as a hardworking leader who often “turun padang” and had done much to ensure Sabah stood in firm financial standing.

    ReplyDelete