Wednesday 9 May 2012

DAP GUGUR TUNKU AZIZ SEBAGAI SENATOR?






Oleh : SUSAN LOONE

DIFAHAMKAN bahawa Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mungkin digugurkan daripada jawatan senator dan tempohnya yang berakhir pada 30 Mei depan, tidak akan diperbaharui.

Tunku Abdul Aziz dijangka berdepan dengan tindakan daripada DAP selepas kenyataannya menolak perhimpunan duduk bantah BERSIH 3.0 pada 28 April lalu di Kuala Lumpur.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng secara terbuka membidas Tunku Aziz, dengan berkata bahawa kenyataan naib presiden DAP itu telah meletakkan parti itu dalam 'kedudukan yang memalukan' sedang parti itu menyokong BERSIH yang menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Difahamkan bahawa tempoh jawatan senator bekas setiausaha PKR negeri dan pengarah pilihan raya negeri, Mustafa Kamal Mohd Yusoff, juga tidak akan diperbaharui.

Hari ini, Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, dijangka mengumumkan pelantikan ahli akademik Ariffin Omar dan bekas presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud sebagai senator baru yang dicalonkan oleh negeri ini. (MKINI)

10 comments:

  1. jika benar kerana tindakan Tunku Aziz membantah Bersih, dia digugurkan dari Senator, ini memperlihat DAP juga tidak memberi kebebasan kepada ahlinya bersuara.

    ReplyDelete
  2. Sudah terbuka luas pintu BN untuk membawa Tunku Aziz masuk dalam parti itu.

    ReplyDelete
  3. Tunku Aziz membuktikan bahawa beliau seorang yang ada pendirian dan bukannya pak turut seperti pemimpin DAP lain.

    ReplyDelete
  4. BERSIH sebenarnya bukannya memperjuangkan PRU bersih. Tapi sebenarnya adalah cara pembangkang untuk memastikan dapat menjatuhkan kerajaan dengan menggunakan dan berselindung dibelakang NGO. Ini bermaksud pembangkang adalah parti yang penakut.

    ReplyDelete
  5. Rasanya walaupun pengguguran Tunku Aziz dibuat rasanya itu tidak menjadi masalah untuk beliau. Tapi ramai yang suka atas keberanian bersuara demi kebenaran dan keamanan Negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada baiknya Tunku Aziz keluar dari parti tu. Pendirian Tunku dengan pendirian parti sudah tidak sehaluan.

      Delete
  6. DAP yang tiada demokrasi dalam parti.

    ReplyDelete
  7. memang sah, Pakatan lebih teruk.. kehulu kehilir melaungkan demokrasi tapi parti sendiri tidak mengamalkan demokrasi..

    ReplyDelete
  8. apa jaminan bahawa demokrasi di negara ini akan terus subur dibawah pentadbiran pemimpin2 hipokrit ini?? bagaimana jika rakyat yang membantah pandangan, pendirian atau tindakan mereka?? adakah rakyat juga akan dikenakan tindakan??

    ReplyDelete