Tuesday 22 May 2012

DAP TERUS MENIKUS KERANA RASUAH!




Oleh : ROPIKAH AHMAD

KUALA LUMPUR : Tindakan DAP yang cuba ‘memujuk’ mantan Naib Pengerusinya Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dengan menawarkan RM50,000 dan jawatan sebagai senior fellowship di Institut Pulau Pinang membuktikan bahawa parti terbabit telah ‘biasa’ merasuah mana-mana pihak untuk bersama mereka.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin menganggap perbuatan terbabit adalah sesuatu yang biadap dan tidak bermoral apatah lagi terhadap seorang yang pernah bergelar Senator dan menjawat antara kepimpinan tertinggi dalam DAP.

“Inilah yang orang kata terlajak perahu boleh diundur, tapi bila dah terlajak kata buruk padahnya. DAP boleh memperlekeh pandangan Tunku Abdul Aziz dan menganggap sebagai pendapat peribadi apabila beliau menolak demonstrasi Bersih 3.0. Malangnya apabila Tunku Abdul Aziz bertindak meninggalkan parti maka mereka malu sendiri,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Tegasnya lagi, jika selama ini DAP bersama sekutu pakatan pembangkang gemar menuding jari pada Barisan Nasional (BN), UMNO dan pemimpin atasan kerajaan dengan mendakwa menggunakan rasuah dan bersikap pilih kasih namun dengan apa yang berlaku kepada Tun Abdul Aziz ia telah menyerlahkan kebenaran.

“Sekarang ini bukti telah nyata bahawa DAP cuba ‘merasuah’ Tunku Abdul Aziz dengan wang dan jawatan tinggi untuk kekal dalam DAP malahan sikap rasuah ini bukanlah satu perkara baru bagi mereka apabila mendapat kuasa.”

Ujarnya, jika sebelum ini pelbagai tuduhan lantang dilemparkan kepada BN/UMNO tetapi apabila mereka sendiri bertindak demikian maka semuanya didiamkan tanpa sebarang penjelasan.

“Sebelum ini juga, Nga Kor Meng di Perak telah terserlah memberikan tender pakaian kepada syarikat yang beliau sendiri mempunyai kepentingan iaitu syarikat isterinya jadi bukankah ini bukti bahawa DAP lebih teruk mengamalkan kronisme?”

Lantaran itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kampung Gajah menyeru agar masyarakat membuat penilaian berkaitan sikap sebenar DAP yang hanya mengutamakan suara kepimpinan antara Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh sahaja.

“Jika sebelum ini Naib Pengerusi yang bergelar Senator seperti Tunku Abdul Aziz diketepikan apatah lagi orang-orang Melayu yang langsung tidak ada jawatan dalam DAP,” katanya.

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengisytiharkan keluar dari DAP dan mendedahkan sebab sebenar mengapa beliau mengambil keputusan itu, iaitu kerana cubaan merasuahnya dengan jawatan dan wang ringgit agar menarik balik keputusannya untuk meninggalkan parti yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. (MediaUMNO)

13 comments:

  1. Is it true that DAP offered RM50,000 to Tunku Aziz Tunku Ibrahim to return to the party?

    ReplyDelete
  2. I don't think Tunku Aziz Tunku Ibrahim should return to DAP since their political leanings are different.

    ReplyDelete
  3. Tunku Aziz dah buat keputusan keluar DAP, ia pasti takkan kembali kepada DAP lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunku takkan kembali kepada DAP walau apapun terjadi.

      Delete
  4. Dedahkan semua rahsia DAP! Berani kerana benar, takur kerana salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mau jadi macam Hassan Ali??

      Delete
  5. Be a man wit integrity, Tunku Aziz.

    ReplyDelete
  6. Rasanya Tunku Aziz tidak akan menyertai mana2 komponen parti politik PR lagi.

    ReplyDelete
  7. Nampaknya DAP mula merasuh untuk kepentingan mereka menarik balik Tunku untuk menyertai DAp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kepentingan politik DAP lebih penting daripada membanteras rasuah.

      Delete
  8. Rasuah pun ada dalam DAP..boleh tahan juga tu

    ReplyDelete
  9. dari mana DAP dapat RM50 ribu??? cukai rakyat??

    ReplyDelete
  10. ada dua sikap buruk berjaya didedahkan hasil dari pemecatan Tunku Aziz dari jawatan senator.. pertama, Pakatan tidak mengamalkan demokratik, dan yang kedua ialah Pakatan mengamalkan rasuah dalam pentadbiran..

    ReplyDelete