Saturday 26 May 2012

DEMONSTRASI GANAS MENANG PRU-13?



KUALA LUMPUR : Pemimpin parti lawan mungkin akan menggunakan cara demonstrasi ganas dan berpanjangan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 berikutan cara demokrasi tidak memberi kemenangan kepada mereka berdasarkan kepada sejarah dan keputusan pilihan raya terdahulu.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata semua rakyat Malaysia dan pemerhati asing sehingga kini mengakui proses pilihan raya tidak dapatmenjatuhkan Barisan Nasional (BN).

"Majoriti rakyat Malaysia tetap memberi kemenangan kepada BN, kenapa tidak, semua terpaksa terima hakikat bahawa kerajaan BN telah membawa banyak kemajuan dan nikmat lain kepada rakyat.

"BN berjaya membawa keamanan dan kesejahteraan kepada negara. Tiap seorang dari rakyat Malaysia dapat mengecapi kehidupan yang lebih mewah dan lebih bahagia di bawah pemerintahan BN," katanya dalam catatan terbaru blog beliau di chedet.cc hari ini.

Dr Mahathir berkata segala percubaan oleh parti-parti lawan untuk mengurangkan sokongan dan persepsi baik terhadap BN dan pemerintah yang didirikan olehnya tidak berjaya.

Justeru, katanya, maka Bersih dicipta dan tunjuk perasaan yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan pilihan raya jika parti lawan gagal memenanginya.

"Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihan raya ditolak dan satu kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan.

"Kemudian, mereka akan berusaha untuk mengadakan pilihan raya sekali lagi yang boleh dimanipulasi mereka," katanya.

Dr Mahathir berkata sudah tentu sebelum kerajaan pilihan rakyat digulingkan, negara akan diserang bertubi-tubi dengan demonstrasi ganas dan huru-hara selain segala perancangan dan perusahaan akan diganggu mungkin dengan mogok di sana sini anjuran parti lawan.

"Kestabilan negara akan tergugat. Polis dituduh melakukan keganasan supaya mereka tidak dapat kawal huru-hara dan demo dengan cara berkesan. Kuasa-kuasa asing akan mengecam kerajaan pilihan rakyat kerana kononnya mengguna kekerasan menghalang kebebasan bersuara dan berdemo. Malaysia akan dicap sebagai Police State," katanya.

Beliau berkata Malaysia yang bangun dengan pesatnya akan bertukar menjadi negara yang tidak lagi stabil dan maju, dan tidak lagi memberi kebahagiaan dan rahmat kepada rakyatnya.

"Mereka tidak percaya dengan demokrasi maka akan hilanglah hak rakyat untuk memilih kerajaan. Negara ini akan menjadi miskin dan Wawasan 2020 tidak menjadi kenyataan," katanya.

Dr Mahathir berkata inilah yang akan berlaku kerana parti bukan BN kecewa tidak dapat ke Putrajaya dan jika dengan cara ganas mereka ini membuatkan mereka berjaya merebut kuasa, maka demokrasi akan dihapuskan dan nasib yang buruk akan menimpa negara ini. (Bernama)

19 comments:

  1. demontrasi ganas bukan cara kita, rakyat ada hak memilih dan biarkan rakyat sendiri yang memilih pemimpin mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. demonstrasi ganas-budaya luar yang sudah diserap masuk ke negara ni. sekarang kita boleh lihat di negara sendiri.

      Delete
  2. Hargai keamanan yang ada di negara ini. Negara lain di luar sana berperang hari2.

    ReplyDelete
  3. Rakyat kena bijak menilai. Ada pihak yang suka menghasut rakyat demi kepentingan survival politik mereka.

    ReplyDelete
  4. Inikah yang dikatakan sebagai perhimpunan BERSIH??

    ReplyDelete
  5. Inikah cara pembangkang untuk merampas kerajaan?? Beginikah yang patut kita sokong??Rasanya tidak. Ini bukannya budaya kita.

    ReplyDelete
  6. kejayaan pakatan merampas empat buah negeri pada tahun 2008 juga adalah hasil daripada perhimpunan Bersih yang pertama pada tahun 2007.. sebab itu kali ini mereka buat lagi perhimpunan dengan harapan lebih banyak negeri akan jatuh ketangan Pakatan..

    ReplyDelete
  7. Ambiga memang patut disaman kerana gagal mengawal perhimpunan.. beliau tahu, beliau tidak akan mempu mengawal perhimpunan dan keganasan seperti ini pasti akan berlaku, tapi malangnya beliau tetap berdegil malah menjemput wartawan antarabangsa untuk membuat liputan di mana berlakunya keganasan..

    ReplyDelete
  8. The government is committed to preserving a society that is civil, values democracy and respects law and order, said Science, Technology & Innovation Minister Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

    ReplyDelete
  9. The Kota Marudu MP said that democracy did not mean the society could disregard the law and let lawlessness rule.

    ReplyDelete
  10. He said the government regretted the untoward incidences of violence and unruliness during the Bersih 3.0 gathering in the national capital, especially when the organisers had called the planned gathering a peaceful one.

    ReplyDelete
  11. The government is committed to preserving a society that is civil, values democracy and respects law and order, said Science, Technology & Innovation Minister Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

    ReplyDelete
  12. Everybody wants fair elections, the government wants it. So the government initiated the setting up of a parliamentary select committee (PSC) on electoral reform to undertake measures for reformation.

    ReplyDelete
  13. But what is not want is people instigating the public to commit offences towards achieving their own political agenda under the guise of a good cause.

    ReplyDelete
  14. Dr Maximus said PSC members had worked hard for six months to deliberate and gather public views before coming up with 22 recommendations to be undertaken by the relevant parties including the Election Commission.

    ReplyDelete
  15. The PSC, he pointed out, also comprised three Opposition representatives – from DAP, PKR and Pas – who worked hand-in-hand with other Barisan Nasional PSC members to thrash out their concerns and thoughts and come up with the measures.

    ReplyDelete
  16. So it smacks of political agenda when they decided to act like they did not agree with the PSC’s final report and demanded to table their own minority report.

    ReplyDelete
  17. Furthermore, PKR, DAP and Pas proceeded to join the rally which is undermining the PSC’s effort and directly this means rejecting their own views and proposals

    ReplyDelete
  18. Dr Maximus hoped Malaysians as well as Sabahans would think with rationality and cool heads instead of being influenced by the action of those who blatantly breached the court order, break down the barricades at Dataran Merdeka and created a ruckus.

    ReplyDelete