Tuesday 1 May 2012

DPPLS MENUJU GLOKAL



Oleh : ROZIE JUMAT

DEWAN Perniagaan dan Perindustrian Lotud Sabah (DPPLS) bakal memiliki bangunan sendiri yang terletak di Berunggis Commercial Centre, Tuaran dijangka siap pada penghujung tahun ini setelah kerja-kerja pembinaan sedang giat dilaksanakan pada ketika ini

Yang Dipertua DPPLS, Pediman Jabau berkata, pembinaan bangunan itu adalah sebagai mercu tanda kesungguhan masyarakat suku kaum Suang Lotud dalam memertabatkan suku itu, khususnya dalam mempertingkatkan taraf hidup dan penglibatan mereka dalam bidang ekonomi.

Pediman berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat DPPLS di sini bersama Ahli Majlis Tertinggi (AMT) nya.

Menurut Pediman, bangunan itu akan dikenali sebagai Wisma Suang Lotud yang bernilai hampir RM1juta dan mempunyai 3 tingkat.

“Ini adalah bukti kesungguhan kami untuk meningkatkan taraf hidup suku kaum Lotud dan kami menggalakkan penyertaan dari semua untuk menyokong usaha ini dimana kami menawarkan saham serendah RM500 satu lot,” kata Pediman.

Katanya, pembinaan bangunan Wisma Suang Lotud itu adalah usaha awal dari DPPLS.

“Kami mempunyai banyak perancangan yang menjurus kepada peningkatan ekonomi dan sesungguhnya sokongan dari Suang Lotud amat dialu-alukan untuk sama-sama mencipta kejayaan dan merealisasikan cita-cita bangsa,” kata Pediman.

Tambahnya, dengan adanya perpaduan di kalangan masyarakat suku kaum Suang Lotud hasrat untuk memiliki bangunan sendiri dapat dijayakan.




“DPPLS juga meminta pemimpin-pemimpin kita untuk memberi sokongan kepada usaha DPPLS memiliki bangunan sendiri apatah lagi dewan perniagaan ini baru bermula,” kata Pediman.

Katanya untuk keterangan lanjut mengenai pembelian saham DPPLS mereka yang berminat boleh menghubungi beliau melalui talian 012-8333007 atau Bendahari Agung, Rubiah Florence Ayid melalui talian 012 834 6777 atau email ddplssuanglotud@gmail.com

Pediman turut mengumumkan susunan ahli jawatan kuasa DPPLS seperti berikut : Yang Dipertua (Pediman Jabau); Timbalan Yang Dipertua (Mohd Fairuz Bandar); Setiausaha (Lawrence Libur Imui); Penolong Setiausaha (Sophian Stephen); Bendahari (Rubiah Florence Ayid); sementara AJK ialah Andrew Gideon, Josie Aloysius, Moreen Gadur, William Edau, Ayong Jamal, Pinus Ungai dan Juru odit ialah Dr.Azalina Ekat dan Azlina Rothman.

16 comments:

  1. Semoga bangunan bara DPPLS akan berjaya disiapkan pada hujung tahun seperti dirancang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga semuanya berjalan lancar dan mengikut prancangan.

      Delete
  2. Diharapkan dengan adanya bangunan ini, taraf hidup dan penglibatan suku kaum Suang Lotud akan berjaya ditingkatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan moga suku kaum Lotud dapat terus berkembang.

      Delete
    2. bagunan ini akan menjadi mercu tanda usaha gigih mereka selama ini.

      Delete
  3. Good luck to the Lotud community for using this building to improve their quality of life.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good luck and all the best to the Lotud.

      Delete
  4. Hope that they will work hand in hand to bring the community towards development.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..semoga persatuan ini akan terus maju kehadapan.

      Delete
  5. Semoga kaum Lotud akan maju dengan adanya persatuan seperti ini.

    ReplyDelete
  6. Gunakan kemudahan yang bakal ada ini dengan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..kemudahan harus dimanfaatkan dengan sebaiknya.

      Delete
  7. teruskan berusaha pasti akan jadi lebih berjaya lagi.

    ReplyDelete
  8. Baguslah kalau ada bangunan sendiri selepas ini.

    ReplyDelete
  9. Sokongan dan sumbangan wang riggit daripada YB pasti dapat membantu menjayakan bangunan tu.

    ReplyDelete
  10. saya harap usaha murni ini benar2 dapat memartabatkan suku kaum Suang Lotud.. suku Suang Lotud sepatutnya berbangga dengan usaha ini dan sama memastikan matlamat DPPLS tercapai..

    ReplyDelete