Friday 11 May 2012

DUN SULABAYAN MASIH TERLALU MUNDUR




Oleh : SHAIMON S JUMADI          Foto : NORASMAH  TAKBIRUL

KETUA Sri Kandi PKR Cabang Semporna, merangkap Exco Sri Kandi PKR Negeri Sabah, Nazmahwati Walli mendakwa Kampung Pulau Labuan Haji di kawasan DUN Sulabayan, hampir 90 peratus penduduknya terpinggir daripada arus perdana pembangunan negara, terutama prasarana asas.

Nazmah berkata demikian kepada Sabahkini.Net sejurus selepas lawatan kerjanya sehari ke Kampung Labuan Haji bersama-sama rombongannya, baru-baru ini.

Dalam lawatan ke kampung tersebut, di samping menemui penduduk, Nazmah juga sempat memeriksa beberapa batang jambatan yang terlalu usang dan pada bila-bila masa sahaja roboh dan boleh mengundang kecelakaan kepada pengguna setempat terutama sekali kanak-kanak.

Menurut beberapa orang penduduk kampung berkenaan yang ditemui Nazmah mendakwa kerosakan jambatan sudah berlarutan hampir tiga tahun lalu tetapi gagal dibaiki walaupun penduduk sudan membuat aduan rasmi ke Pejabat Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Sulabayan atau kepada ADUN sendiri.





"Sudahlah begitu rata-rata penduduk di kampung Pulau Labuan Haji hidup dalam keadaan terlalu daif sedangkan mereka adalah Penyokong BN dan Ahli Tegar UMNO," kata Nazmah yang sedih melihat keadaan mereka.

Sejurus selepas lawatannya ke Kampung Pulau Labuan Haji, Nazmah terus membawa rombongannya bersama-sama Jurufoto Sabahkini.Net meninjau ke beberapa buah gerai dan mendapati di sekeliling gerai tersebut terlalu kotor dengan dipenuhi dengan sampah sarap yang tidak dikutip oleh kakitangan Majlis Daerah Semporna (MDS).

Kata Nazmah, jika pihak MDS tidak mampu untuk membersihkan kekotoran tersebut kerana kekurangan dana, maka sewajarnya Pejabat ADUN atau Pejabat Daerah menganjurkan program gotong royong secara berkala bagi menyediakan persekitaran yang selesa untuk pengunjung dan pelancong.

23 comments:

  1. kawasan tersebut haruslah dimajukan, ia masih lagi dalam kemunduran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..semoga kawasan tersebut akan jadi lebih baik.

      Delete
  2. Hope that Kampung Pulau Labuan Haji will get the developments they badly needed in the near future.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. The People Representatives as well as the Parliament Member have the responsibility to bring developments to the area, hope that they can serve the people well.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. wakil rakyat kawasan tersebut harus peka akan keadaan di bawah jagaannya.

    ReplyDelete
  5. Sekarang baru sedar tentang kemunduran penduduk??

    ReplyDelete
  6. Kadang2 rakyat perlu berusaha sendiri untuk laksanakan sesuatu tanpa mengharapkan bantuan dari kerajaan.

    ReplyDelete
  7. Pasti ka bahawa yang tinggal di sana tu bukan PATI/PATAI?

    ReplyDelete
  8. Masalah kebersihan adalah tanggunjawab bersama. Jangan buang sampah merata-rata jika tidak mahu masalah timbul di masa akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju, kalau masalah kebersihan itu adalah tanggungjawb bersama.

      Delete
  9. Ini membuktikan ketidak seimbangan ekonomi dan pembangunan.

    ReplyDelete
  10. Perkembangan ekonomi akan membawa perubahan dari segi kehidupan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju, perkembangan ekonomi mampu untuk membawa perubahan.

      Delete
  11. WR harus turun padang dan memahami keadaan rakyat.

    ReplyDelete
  12. Keadaan sekitaran harus dijaga dengan baik.

    ReplyDelete
  13. Nazmah mendakwa kerosakan jambatan sudah berlarutan hampir tiga tahun lalu tetapi gagal dibaiki walaupun penduduk sudan membuat aduan rasmi ke Pejabat Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR)

    Tindakan wajar harus diambil agar masalah dapat diselesaikan untuk aktiviti harian.

    ReplyDelete
  14. kemudahan harus diberikan kepada setiap masyarakat.

    ReplyDelete
  15. harap perhatian yang sewajarnya akan diberikan terhadap kawasan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan terlepas pandang kawasan yang perlukan pembangunan.

      Delete
  16. Nampaknya PKR mula memberikan wanita PKR bersuara di Semporna.

    ReplyDelete
  17. Wakil rakyat perlu rajin turun padang dan mendengar keluhan rakyat dan berusaha membantu rakyat

    ReplyDelete
  18. jika PKR memerintah negara ini, masih ada ka peruntukkan untuk pembangunan kawasan sulabayan ini.. PKR janjikan pendidikan percuma, pemansuhan cukai, menaikkan royalti minyak, menaikkan subsidi keperluan asas dan bahan api, elaun rm500 kepada guru dan banyak lagi..

    ReplyDelete
  19. jika Nazmahwati jadi wakil rakyat untuk kawasan itu, adakah beliau boleh memberikan jaminan bawasa masalah2 seperti yang beliau sebutkan itu diselesaikan?? kenapa bukan beliau saja yang turun mengajak penduduk kampung melakukan gotong royong?? pemimpin2 pembangkang yang lain boleh buat, kenapa beliau tidak?? tunjukkan la..

    ReplyDelete