Thursday 10 May 2012

‘DURIAN RUNTUH’ BUKAN RASUAH PENEROKA




SUMBANGAN....Najib (tengah) memaparkan cek replika bagi sumbangan RM1.6 bilion yang dikatakan 'durian runtuh' untuk peneroka Felda.

PORT DICKSON : Pemberian 'durian runtuh' sebanyak RM15,000 bagi setiap keluarga peneroka Felda adalah bagi menghargai pengorbanan mereka memajukan tanah rancangan agensi itu.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata kehidupan peneroka Felda dahulu sebenarnya dalam keadaan sukar semasa mereka mula meneroka tanah rancangan itu termasuk semasa harga kelapa sawit dan getah rendah.

“Masa itu susah tetapi mereka masih lagi bertahan. Cuba bayangkan semasa susah itu, semua peneroka ini lari meninggalkan Felda... Felda (mungkin) tidak akan ada. Oleh itu, menerusi penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH), kita memperoleh lebihan dan sebahagian kecil itu kita pulangkan semula kepada peneroka,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian baucar bayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) peringkat daerah Port Dickson, hari ini.

Dua hari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan durian runtuh RM15,000 untuk setiap peneroka membabitkan lebih RM1.6 bilion serta beberapa insentif lain berikutan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia, hujung bulan depan.

Mengenai dakwaan pembangkang bahawa pemberian durian runtuh itu merupakan helah politik Barisan Nasional (BN), Mohd Isa berkata perkara itu satu pembohongan dan tuduhan yang tidak betul.

Katanya pembangkang membuat dakwaan tersebut kerana bimbang sokongan rakyat terhadap mereka semakin menurun.

“Pembangkang ini macam-macam... sebenarnya dia tidak dapat memberi apa-apa sebab itu dia hanya membuat pembohongan dan dakwaan yang tidak betul. Ada yang sebut pemberian durian runtuh ini rasuah, kalau rasuah selalunya dibuat senyap-senyap. Tetapi ini diumumkan oleh Perdana Menteri pada 7 Oktober 2011.

“Macam mana ada rasuah kalau 7 Oktober 2011 Perdana Menteri telah umumkan semasa pembentangan bajet, kita nak beri durian runtuh... itu bukan rasuah,” katanya.

Beliau menasihatkan masyarakat peneroka supaya tidak terpedaya dengan dakwaan pembangkang yang cuba mengelirukan pemikiran mereka.

“Harapan saya supaya peneroka tidak dijadikan alat dengan gambaran yang hebat tapi sebenarnya tidak ada apa,” katanya bahawa tanpa pemberian durian runtuh itu, Felda tetap merupakan kubu kuat BN sejak dulu. (Bernama)

10 comments:

  1. This is not meant to bribe the Felda Settlers because the money rightfully belong to them anyway. Congratulations for the settlers who will be getting RM15,000 in 3 phases soon.

    ReplyDelete
  2. Felda Settlers have gotten a profit of RM1.6 bilion this year, hopefully the Felda settlers will continue to get this sort of achievements in the future.

    ReplyDelete
  3. Sikit2 tuduh rasuah. Patut bergembira la dengan nasib peneroka yang mendapat bayaran ini. Usaha mereka akhirnya berbaloi.

    ReplyDelete
  4. Diharap Felda sentiasa berusaha membela nasib peneroka dan bersihkan imej mereka daripada isu2 negatif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan sentiasa berusaha membantu Felda untuk membela nasib peneroka

      Delete
  5. mmg ia bukan rasuah, ia adalah sumbangan kepada peneroka Felda atas jasa mereka terhadap Felda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembangkang pasti akan mengambil peluang dalam memutar belitkan kenyataan yang bersih.

      Delete
  6. Ini satu hadiah yang besar kepada warga Felda. Ini atas usaha Felda yang dapat membantu meningkatkan ekonomi Negara.

    ReplyDelete
  7. syabas kepada Felda dan juga kerajaan pimpinan Najib..

    ReplyDelete
  8. bermakna dakwaan pemimpin2 pembangkang kononnya penyenaraian FGVH ke bursa Malaysia akan merugikan para peneroka ternaya meleset.. sebaliknya membawa keuntungan kepada para peneroka..

    ReplyDelete