Sunday 20 May 2012

EKO SUKUHIDAYAT LAYAK AJAR ORANG UTAN?




Oleh : SHAIMON S JUMADI          Foto : SUZIE SANDALUNG

PENGETUA SMK Tawau, Haji Eko Sukuhidayat Sunarto disifatkan hanya layak mengajar 'orang utan' kerana sikap biadap dan tidak bertimbang rasa terhadap ibu bapa yang mahu mendaftar anak mereka memasuki Tingkatan Enam sekolah berkenaan.

"Beliau bukan sahaja mengasari dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada saya, malah menghalau saya keluar daripada biliknya. Lebih tepat saya katakan Pengetua ini hanya layak berurusan dengan orang utan kerana sikap kasarnya," ujar Walli bin Tubanin ketika beliau mahu mendaftarkan anak perempuannya, Natasahsariwati yang ingin melanjutkan pelajarannya ke tingkatan 6 rendah di sekolah tersebut.

Menurut Walli kejadian itu berlaku pada jam 9.15 pagi 14 Mei 2012 di bilik Pengetua ketika beliau berjumpa dengan Pengetua tersebut setelah anaknya menerima surat kelulusan daripada Kementerian Pelajaran untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6 di sekolah yang sama.

Kata Walli, memandangkan anaknya adalah mantan pelajar di Kelas Sains Tulen sejak dari tingkatan 1 tahun pada 2005 sehingga ke tingkatan 5 pada 2011, maka beliau berharap Pengetua sedia maklum bahawa SMK Tawau memang menjadi pilihan utama sekalipun beliau menetap di Semporna.

"Pendaftaran dibuka pada jam 9.00 pagi hingga jam 2.00 petang dan kami dimaklumkan bahawa SMK Tawau mempunyai kuota seramai 35 orang, tetapi yang baru mendaftar hanya seramai 28 orang sahaja. Ini bermakna masih ada lagi 7 kekosongan," kata Walli yang kesal kerana Pengetua enggan mendaftar anaknya.

Lebih menyedihkan kata Walli, Pengetua tersebut menghalau beliau keluar daripada biliknya kerana bukan lagi urusannya setalah mendakwa kelas Tingkatan Enam Rendah sekolah berkenaan telah penuh.

"Mujurlah saya ini sudah tua dan berfikiran panjang. Kalau diikutkan hati, saya memang mau belasah habis-habisan kerana sikap kurang ajarnya itu membuat saya marah. Begitukah perangai seorang Pengetua? Bukan saja sanggup mengeluarkan kata-kata kesat, malahan saya dihalau keluar dan dibuat seperti binatang," kata Walli kepada Sabahkini.Net, kelmarin.

Wali menegaskan agar Kementerian Pelajaran menjalankan siasatan terperinci terhadap Pengetua berkenaan kerana dibimbangi berlaku amalan rasuah atau ada sesuatu yang tidak kena kerana pelajar yang mendapat surat kelulusan daripada Kementerian Pelajaran tidak diterima, sebaliknya pelajar luar pula yang dapat menyambung pelajaran daripada sekolah berkenaan.





"Ramai yang mengetahui sikap biadap dan kurang ajar Haji Eko Sukohidayah ini yang memalukan warga SMK Tawau. Nama saja orang Jawa, seperti keturunan Raden, tetapi perangai tak ubah macam iblis. Setahu saya bangsa Jawa orangnya lemah lembut dan bersopan santun serta berbudi bahasa. Kenapa pula Haji Eko ini macam setan atau Gundurowoh (Koyo wong edan)," tanya Walli.

Perbuatan biadap Hj Eko ini, kata Walli, bukan sahaja mencemarkan nama baik dirinya atau SMK Tawau, tetapi juga mencemarkan nama baik Kementerian Pelajaran Malaysia.

"Saya mencadangkan Pengetua ini ditukarkan saja ke tempat lain atau ke kawasan luar bandar di pedalaman seperti di kawasan Kampung Pinangkau, Paitan agar dapat belajar beradat sopan dan tatasusila rakyat Sabah. Semoga dia jerak di sana,” ujarnya Walli lagi.

Kata Walli, perkara ini sudah lama mahu dedahkan di media, tetapi tiada satu wartawanpun yang berani mendededahkan atau mengkritik Pengetua SMK Tawau, sehingga beliau besar kepala.

"Mujurlah saya berjumpa seorang wartawan Sabahkini.Net yang berani membongkar  pelbagai hal yang songsang. Syabas Sabahkini. Net yang semakin hari semakin dekat di hati rakyat," ujar Walli.

Walli menegaskan, kedatangan Sabahkini.Net ke Semporna sejak lalu merupakan satu rahmat kepada warga Semporna kerana di sini tiada wartawan tetap. Banyak perkara songsang termasuk sampah sarap, jalan rosak, kemiskinan hidup rakyat yang tersembunyi selama ini sudahpun didedahkan di online Sabahkini.Net," kata Walli yang berterima kasih kerana banyak teguran telah diambil tindakan oleh kerajaan; antaranya tempat pembuangan sampah yang sebelum berdekatan SK Pekan 2 dan kini telah dipindahkan ke Pantai Manis Tagasan.

Percubaan mendapatkan komen Eko gagal kerana beliau tidak dapat dihubungi disebabkan cuti umum dan Sabahkini.net akan mendapat penjelasan Eko berhubung dakwaan Walli dalam masa yang terdekat.

14 comments:

  1. sebagai pengetua, seharusnya ada sikap yang baik dan menghormati orang lain. apapun, dakwaan ini perlu disiasat.

    ReplyDelete
  2. Kena tunggu apa penjelasan pengetua sekolah tersebut.

    ReplyDelete
  3. Harus memainkan peranan masing-masing.

    ReplyDelete
  4. Semoga masalah pendaftaran dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  5. Tuduhan ini serius untuk seorang guru besar.

    ReplyDelete
  6. Pengetua harus juga menunjukkan sikap yang baik untuk teladan murid-murid.

    ReplyDelete
  7. Pengetua harus berminta maaf.

    ReplyDelete
  8. Pengetua harus menjadi contoh kepada pelajar.

    ReplyDelete
  9. Apapun kami menanti perkembangan selanjutnya.

    ReplyDelete
  10. Jika ada menerima surat kelulusan daripada Kementerian Pelajaran untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6 di sekolah yang sama maka rasanya tidak ada masalah dia untuk menyambungnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la yang pelik tu, pengetua sekolah tidak mahu terima pelajar tu.

      Delete
  11. Kenapa pengetua tu tidak menerima bekas pelajar sekolah tu untuk meneruskan pelajaran di sekolah yang sama??? Pelik

    ReplyDelete
  12. kita belum tahu lagi apa penjelasan dipihak Haji Eko Sukuhidaya.. baik dengar dulu penjelasan kedua2 pihak.. mana la tahu pengadu ada bertindak kasar setelah pengetua memaklumkan bahawa sudah tidak ada kekosongan di sekolah berkenaan?? siapa tahu..

    ReplyDelete