Sunday 6 May 2012

EKSPORT SARANG BURUNG TERUS KE CHINA


  
Oleh : AHMAD FUAD YAHYA

JAKARTA : Indonesia kini boleh mengeksport sarang burung walet secara langsung ke China tanpa melalui pihak ketiga iaitu Malaysia susulan permeterian protokol eksport sarang burung walet antara Indonesia-China.

"Sekarang sudah dapat dilakukan eksport langsung ke China. Ada standardisasi yang dijadikan standard bersama antara China dan Indonesia dan pada masa ini ia sedang dibahas secara teknikal," kata Menteri Pertanian Suswono.

Dengan adanya standard itu, akan berlaku ketelusan antara kedua-dua belah pihak dan ia menguntungkan Indonesia daripada segi harga jualan, katanya di laman web kementerian itu, Sabtu.

"Sebagaimana diketahui, sebelum ada kesepakatan bersama itu, belum ada pengaturan secara khusus tentang eksport sarang burung walet itu. Oleh itu, ada pihak yang memanfaatkan celah dengan mudah iaitu dengan mengeksport secara tidak sah tanpa ada jaminan mutu," kata Suswono.

Menteri itu berkata selama ini sarang burung walet dijual melalui Malaysia secara tidak sah dengan harga jauh lebih murah, sehingga merugikan secara ekonomi.

Harga sarang burung walet yang dijual ke Malaysia selama ini hanya Rp5 juta sekilogram, sedangkan harga di China mencapai Rp37 juta sekilogram.

Indonesia pada masa ini berpotensi untuk mengeluarkan sarang burung walet sehingga 400,000 tan setahun melalui penghasil dari beberapa wilayah di seluruh negara, terutamanya di Lumajang, Gresik dan beberapa daerah lain di Jawa Tengah dan Jawa Barat. (Bernama)

6 comments:

  1. Malaysia Bird's Nest Industry should work hard to cover China Market, Indonesia Bird's Nest Industry will be a strong competitor.

    ReplyDelete
  2. A more competitive market will boost the Bird's nest industry.

    ReplyDelete
  3. industri sarang burung kini makin meningkat. ia mempunyai potensi sgt tinggi.

    ReplyDelete
  4. Di Sabah sendiri pembukaan ternakan sarang burung walit semakin berleluasan. Maka ini akan dapat membantu permintaan yang tinggi terhadap sarang walit ini.

    ReplyDelete
  5. Business burung walit memang menguntungkan

    ReplyDelete
  6. jangan la salahkan Malaysia jika harganya murah di Malaysia.. salahkan kerajaan sendiri kerana lambat membuat pemeteraian protokol eksport dengan negara China..

    ReplyDelete