Tuesday 29 May 2012

ELAUN RM2,300 UNTUK BELA KERA DI RIMBA?




Saudara Pengarang,

BARU-BARU ini saya menghadiri majlis perkhawinan dan menemui seorang wanita yang bekerja di sebuah klinik di pedalaman. Beliau terkilan kerana kakitangan dari Semenanjung Malaysia diberikan elaun khas RM2,300 sebulan (tidak termasuk gaji) sedangkan beliau yang sudah lama berkhidmat tidak pernah bermimpin mendapatkan elaun keramat tersebut.

Wanita itu hairan kerana semua pegawai dan kakitangan yang ditempatkan di klinik itu semua orang Semenanjung. Apa sudah jadi dengan pemimpin Sabah yang langsung tidak menyekat 'penjajahan' ala baru ini?

Sudahlah rakyat Sabah tidak diberi peluang untuk berkhidmat di negeri mereka sendiri; malah elaun yang diperolehi oleh pegawai dan kakitangan Semenanjung ini lebih besar daripada gaji mereka sendiri. Elaun yang mereka terima termasuk RM800 untuk datang ke Sabah; Elaun Hidup Susah RM1,500.

Bayangkan kakitangan Semenanjung ini menerima dua elaun tersebut berjumlah RM2,300 tidak termasuk gaji; tetapi rakyat Sabah hidup dalam kemiskinan kerana tidak pernah bermimpi mendapat elaun keramat tersebut.

Apakah salahnya memberikan peluang kepada penduduk Sabah untuk bekerja agar kerajaan tidak perlu membazirkan RM2,300 membayar elaun kepada 'kera di rimba'?

Salam Hormat,

PEMERHATI PEMBAZIRAN


12 comments:

  1. Rakyat Sabah harus dilayan secara adil dengan kakitangan SM yang datang ke Sabah. Jika tidak pasti akan menimbulkan ketidakpuasan hati dan pemberontakan.

    ReplyDelete
  2. Mungkin inilah yang dikatakan 'keistimewaan orang Melayu'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaah...discrimination, right?

      Delete
    2. Semua bangsa patut dilayan dengan adil.

      Delete
  3. Salah satu sebab kononya kos hidup di Sabah mahal. Cuba mansuhkan atau perbaiki sistem kabotaj. Mungkin ada perubahan yang lebih baik.

    ReplyDelete
  4. besarnya elaun yang mereka dpt, belum masuk gaji lagi tu. seharusnya Sabah jg mendapat elaun seperti itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang2 Sabah harus diutamakan daripada yang dari Semenanjung. Gaji pun lagi mahal. Memang la orang Sabah tidak puas hati.

      Delete
  5. Cuba berikan peluang ini kepada penduduk Sabah. Cuba bayangkan berapa kerajaan dapat menjimatkan kos untuk pekerja dari semenanjung.

    ReplyDelete
  6. Apa yang dikatakan ini sememangnya benar-benar berlaku. Maka kerajaan perlu bijak menguruskan kakitangan awam yang dihantar.

    ReplyDelete
  7. Lebih baik semua tu dikaji semula. Borneolisasi perlu berterusan.

    ReplyDelete
  8. saya cadangkan kepada pengadu supaya memohon pertukaran ke mana2 kawasan pedalaman di semenanjung, atau mungkin berkhidmat di kawasan perkampungan oranga sli di semenanjung.. pasti pengadu juga akan mendapat elaun yang sama tingginya dengan elaun pegawai/kakitangan klinik semenanjung yang berkhidmat di negeri ini..

    Borneo Paradise (Blog)
    Borneo Paradise (Facebook)

    ReplyDelete
  9. untuk pengetahuan pengadu, abang saya juga berkhidmat di salah satu jabatan kerajaan di semenanjung, dan beliau juga memperolehi elaun yang sama seperti yang disebutkan oleh pengadu.. yang herannya tidak ada pula orang2 semenanjung atau rakan2 sejawat abang saya yang merungut dengan kelebihan yang dinikmati abang saya...

    Borneo Paradise (Blog)
    Borneo Paradise (Facebook)

    ReplyDelete