Thursday 10 May 2012

ESOK KEPUTUSAN KES JENAYAH PERANG





KUALA LUMPUR : Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur menetapkan Jumaat untuk memutuskan sama ada bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) George W.Bush dan sekutunya, bersalah melakukan jenayah perang.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Lamin Mohd Yunus, yang mengetuai korum tribunal itu bersama empat yang lain, mengumumkan perkara itu hari ini selepas mendengar hujahan pasukan pendakwaan dan pasukan pembelaan.

Lamin berkata pihak pendakwaan telah berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap Bush; bekas naib presiden AS Dick Cheney; bekas Setiausaha Pertahanan Donald Rumsfeld; bekas penasihat Bush, Alberto Gonzales; bekas penasihat utama kepada Cheney, David Addington; bekas penasihat utama kepada Rumsfeld, William Haynes, Penolong Peguam Negara ketika itu Jay Bybee dan John Yoo, bekas Timbalan Penolong Peguam Negara.

Jason Kay, yang dilantik 'amicus curae' (rakan mahkamah) untuk mewakili tertuduh, memberitahu tribunal bahawa mereka tidak mempunyai saksi dan tribunal boleh membuat keputusannya.

Terdahulu, Kay berhujah bahawa undang-undang antarabangsa telah berubah selepas Perang Dunia II dan tragedi 11 Sept.

"Penderaan adalah okay selepas 11 Sept, selepas usaha memerangi keganasan dilancarkan. Dunia telah berubah, undang-undang antarabangsa telah berubah kepada yang lebih baik atau lebih teruk," kata Kay.

Diketuai Prof Gurdial Singh Nijar, pihak pendakwaan menjawab bahawa hujahan Kay tidak kukuh mengikut undang-undang dan perlu ditolak.

"Ketetapan undang-undang adalah jelas. Larangan terhadap penderaan adalah mutlak," katanya.

Di samping Lamin, korum tribunal dianggotai Tunku Sofiah Jewa, Alfred Lambremont Webre, Profesor Salleh Buang dan Datuk Mohd Saari Yusuf (Bernama)

10 comments:

  1. The Americans have waged wars in the Arabian countries for many years, when Obama stepped in as the American President, he vowed to stop the war. I wonder what happened now?

    ReplyDelete
  2. We shall wait for the results for the trial tomorrow to see if George W. Bush is guilty or not?

    ReplyDelete
  3. Tiada siapa yang boleh lari dari undang2 jika didapati bersalah.

    ReplyDelete
  4. Jika mereka didapati bersalah, apakah hukuman yang bakal mereka hadapi?

    ReplyDelete
  5. jika bersalah, hukuman setimpal patut dikenakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiada siapa yang boleh lari dari undang2.

      Delete
  6. Harap mangsa2 jenayah perang sewaktu pemerintahan Bush akan mendapat pembelaan yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  7. Kita mahu Bekas President Amerika diambil tindakkan.

    ReplyDelete
  8. Pasti ada pihak yang tidak akan melepaskan Bush

    ReplyDelete
  9. bukan Mahkamah Jenayah Antarabangsa ka yang bertanggungjawab mengadili jenayah perang yang melibatkan ketua2 negara??

    ReplyDelete