Thursday 3 May 2012

FITNAH TERHADAP MADRASAH AL-HIDAYAH






Saudara Pengarang,

ASSALAMUALAIKUM Warahmatullahhi Wabarakatuh. Saya Ustaz Mohaidin Alim dan Ustaz Serbudin, kami berdua adalah ustaz yang mengaiar di Madrasah Al-Hidayah, Kg Pasir Putih, Jalan Surau, Putatan.

Kami telah bertugas 10 tahun di Madrasah ini. Madrasah ini dipengerusikan oleh Datuk Haji Baisulkhan; Bendahari dipegang oleh Mohiddin Bacha dan Muhammad Bin Yusof @ Mustaffa, Ahli Jawatankuasanya terdiri daripada Nur muhammad, Latif dan Ayub.  Segala urusan madrasah boleh diruiuk kepada mereka yang di atas ini.

Untuk makluman, madrasah ini telah diwujudkan selama 13 tahun yang lalu dan murid-muridnya yang terkini mendaftar adalah 300 orang murid. Urusan pentadbiran dan pengurusan diurus oleh AJK dan Bendahari mengurus kewangan.

Selama madrasah ini diwuiudkan, pengajaran dan perbelanjaan dibuat adalah halal dan ada di rekodkan serta disimpan oleh Bendahari serta kami. uUntuk makluman, madrasah ini telah membuka dua cawangannya iaitu satu di Taman Jumbo dan satu di Inanam.

Kami sebagai Ustaz yang tersebut di atas, ditugaskan untuk mengajar murid-murid dan mengutip derma serta membuat perbelanjaan untuk Madrasah. Untuk makluman, semua kutipan derma akan disimpan ke dalam akaun Maybank dan segala perbelanjaan akan dikeluarkan melalui cek.

Kami sebagai Ustaz menyatakan bahawa laman web ini pada 17/04/2012 bertajuk 'MustaffaDan Batcha, Penjenayah Di Sabah?' telah menyatakan bahawa Madrasah kami telah menyalahgunakan wang derma untuk urusan lain. Perkara itu adalah fitnah dan tidak benar.

Segala rekod perbelanjaan telah direkod dan disimpan oleh Bendahari serta kami mulai madrasah ini mula ditubuhkan sehingga sekarang ini.

Kami akan meniadi saksi bahawa Bendahari serta kami adalah orang yang bertanggungjawab, amanah dan tidak pernah menyeleweng selama memegang jawatan bendahari di Madrasah ini.

Telah terbukti, Madrasah ini mengadakan acara seperti Maulidur Rasul dan perarakan pada setiap tahun dan acara tersebut dirasmikan oleh orang kenamaan seperti Datuk Yahya Husin, merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Madrasah ini tidak pernah mengalami masalah penyelewengan kewangan dan tidak pernah mengalami masalah kewangan kerana madrasah ini disokong oleh Ahli Peniaga India Muslim di Kota Kinabalu, Sabah.

Dengan ini sesiapa yang kurang yakin dan ada salah faham mengenai pentadbiran dan pengurusan Madrasah bolehlah bertanya kepada Ustaz Mohaidin Alim dan Ustaz Serbudin untuk mengelakkan salah faham di Madrasah seperti yang terdapat dalam laman web sekarang ini.

Kenyataan ini kami buat dalam keadaan sedar tanpa dihasut dan dipaksa oleh sesiapa. Dengan nama Allah s.w.t dan Rasulnya s.a.w, segala perbuatan kami diserah pada Allah s.w.t. Allah s.w.t maha mengetahui. Amin.

Saya Yang Benar, 

t.t
(USTAZ MOHAIDIN ALIM)

t.t
(USTAZ SERBUDIN)



 Muka Surat Pertama


  Muka Surat Kedua



KENYATAAN PENGERUSI MADRASAH AL-HIDAYAH

Saudara Pengarang,

SAYA, Datuk Haji Baisulkhan Bin Salman Faris selaku Pengerusi Madrasah Al-Hidayah, membuat kenyataan bahawa setelah saya meneliti surat kenyataan Ustaz Mohaidin Alim dan Ustaz Serbudin, saya bersetuiu dengan kenyataannya kerana selama saya mengenali mereka selama 10 tahun, mereka adalah seorang yang jujur, amanah dan berdedikasi dalam menjalankan tugas mereka walaupun mereka sibuk dengan tugas harian mereka sendiri.

Setelah saya membaca laman web mengenai tuduhan fitnah tersebut, saya terfikir bahawa kenapa orang ini boleh memfitnah mereka dan Madrasah, malah Madrasah ini banyak membantu anak-anak muda untuk belajar ilmu agama.

Malah guru-guru yang mengajar mempunyai ilmu agama yang tinggi. Tuduhan itu benar-benar tidak berasas bagi saya dan fitnah semata-mata. Saya sebagai Presiden Persatuan India Muslim Sabah, merangkap Pengerusi Madrasah Al-Hidayah saya menyatakan bahawa tuduhan fitnah terhadap peribadi Batcha dan Mustafa adalah tidak betul dan fitnah semata-mata.

Orang yang menfitnah mereka ini benar-benar tidak mengenali mereka malah menfitnah mereka untuk kepentingan mereka sendiri. Saya sendiri tidak pernah mendengar atau melihat bahawa mereka ada menyalah gunakan wang kutipan derma madrasah untuk kepentingan mereka sendiri.

Selama saya mengenali mereka, mereka adalah orang yang benar-benar yang bertanggungiawab dan amanah dalam kerja mereka. Segala tuduhan fitnah terhadap mereka ini dari segi hal-hal peribadi atau bukan peribadi adalah tidak benar belaka.

Dalam pandangan saya, orang yang membuat fitnah terhadap Madrasah tidak mahu Madrasah ini terus berkembang maju, malah cuba menjatuhkan dan mengaibkannya lagi.

Setelah siasatan dibuat, saya dapati kenyataan daripada Nor Muhammad Ibrahim, Ayub Hamid, Kepayan dan Nasir Latif, bahawa mereka tidak tahu mengenai perkara fitnah ini. Malah saya diberitahu mereka tidak pernah membangkitkan mengenai perkara ini.

Dalam pengetahuan saya Bendahari dan Ustaz Mohaidin serta Ustaz Serbudin yang diamanahkan untuk mengurus dan merekod perjalanan kewangan masuk dan keluar. Segala kutipan derma akan disimpan terus ke dalam akaun Maybank sebelum dibuat pengeluaran untuk perbelaniaan yang berkaitan dengan Madrasah.

Setahu saya Madrasah ini tidak pernah mengalami masalah kewangan dan penyelewengan kewangan kerana madrasah ini disokong penuh oleh ahli Peniaga India Muslim di Kota Kinabalu, Sabah.

Saya menyokong bahawa apa yang dilakukan oleh Bendahari dan Ustaz Mohaidin serta Ustaz Serbudin adalah jujur dan amanah ketika menjalankan tugas mereka dalam Madrasah.

Sesiapa yang masih kurang yakin dan ada salah faham mengenai pentadbiran dan pengurusan Madrasah ini, bolehlah bertanya terus kepada saya untuk mengelakkan dari salah faham di Madrasah seperti yang terdapat dalam laman web sekarang ini.

Kenyataan ini saya buat dalam keadaan sedar tanpa dihasut dan dipaksa oleh sesiapa. Dengan nama Allah s.w.t dan Rasulnya s.a.w, segala perbuatan kami diserah pada Allah s.w.t. Alah s.w.t Maha Mengetahui lagi Maha Memahami. Amin.

Saya Yang Benar,

DATUK HAJI BAISULKHAN BIN SALMAN FARIS
Pengerusi Madrasah Al-Hidayah
Kg. Pasir Putih, Putatan.

No comments:

Post a Comment