Friday 4 May 2012

GAJI MINIMA TINGKATKAN PENGANGGURAN?




Oleh : SHANNON TEOH

KUALA LUMPUR : Polisi gaji minimum Putrajaya bakal menyebabkan berlakunya peningkatan kadar pengangguran, buruh 'seludup' dan tekanan inflasi, kata majikan dan ahli ekonomi.

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan gaji minimun RM900 untuk semenanjung dan RM800 di Sabah dan Sarawak dengan tempoh pelaksanaan selama enam bulan, atau dua kali ganda bagi syarikat mikro.

“Apabila majikan enggan melaksanakan gaji minimum, pekerja akan mula mencari pasaran gelap dan bersetuju dengan jumlah lebih murah berbanding jumlah tersebut,” kata Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi Wan Saiful Wan Jan (gambar).

“Ironinya di sini, kerajaan memperkenalkan polisi ini bagi keselamatan sosial namun pekerja tidak akan mempunyai KWSP dan Socso,” katanya kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada dana pencen dan pertubuhan keselamatan sosial.

Kerajaan mula bekerja untuk melaksanakan skim gaji minimum tahun lalu selepas sedekad lebih menerima tekanan daripada kesatuan sekerja yang mana produktiviti bakal meningkat kepada 6.7 peratus setiap tahun namun kadar gaji sebenar meningkat hanya kepada kadar 2.6 peratus setiap tahun.

Namun ia ditangguhkan kerana mereka terus mendesak kerajaan. Industri kecil dan sederhana (IKS) memberi amaran 80 peratus daripada aktiviti perniagaan akan diselubungi kadar gaji lantai, memungkinkan kehilangan pekerjaan terhadap pasaran buruh.

IKS berkata mereka mempunyai 99 peratus syarikat operasi dan mengambil pekerja 59 peratus kesemua pekerja akan terkesan dengan kadar gaji minimum.

Presiden Kesatuan IKS Malaysia Teh Kee Sin berkata kepada The Malaysian Insider mereka memerlukan tempoh tiga tahun untuk “melatih dan meningkatkan teknologi” bagi memastikan mendapat produktiviti bagi kos tambahan 9 peratus ekoran kadar gaji minimum.

Pengarah Eksekutif Kesatuan Majikan-Majikan Malaysia Shamsuddin Bardan turut menambah dalam sesetengah kes, seperti pekerja ladang di Sabah, kadar gaji RM800 akan menggandakan pendapatan.

“Ramai yang akan berubah kepada kontrak dan menyebabkan industri mikro akan bankrup, dengan keadaan kekurangan buruh, hanya ada beberapa IKS yang akan terus bertahan dan akan lebih berhati-hati selepas ini,” kata Teh.

Ahli perniagaan Johor dan beberapa ahli ekonomi turut bersetuju dengan kos tambahan yang bakal menyebabkan berlakunya kadar inflasi.

“Selain itu, jika Najib menang pilihan raya, kadar subsidi akanb kembali di sambung semula. Akhirnya, akan ada positif impak terhadap pekerja,” kata pakar ekonomi bank terkemuka Hafiz Noor Shams.

Shamsuddin mencadangkan selain “menggunakan paksaan undang-undang” kerajaan perlu memberikan insentif kepada pihak pekerja dan majikan bagi memperbaiki tenaga kerja berkemahiran. Kementerian Sumber Manusia berkata tiga suku daripada 12 juta pekerja adalah tenaga kerja bukan kemahiran.

“Selain kadar tetap, kita boleh menetapkan jumlah selamat, katakan 70 peratus daripada kadar sasaran, dan selebihnya berasaskan prestasi. Ini menggabungkan gaji dan produktiviti. Ia bakal menyemarakkan pekerja menambahkan kemahiran mereka dan majikan juga tentunya mahukan pekerja yang lebih baik,” katanya.

Wan Saiful menambah kementerian sumber manusia telahpun mengenal pasti kawalan harga dan subsidi sebagai punca tekanan kadar peningkatan harga berdasarkan produktiviti.

“Kebanyakan majikan meletakkan gaji minimum pada kadar inflasi bersama manfaat lain. Namun selain mengeluarkan perkara ini, mereka menambah lapisan baru penambahbaikan. Di sini melihatkan keadaan putar-belit.

“Dengan pilihan raya yang semakin hampir, ia adalah gerakan populis kepada populis lain terhadap pembaharuan struktur dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB), muka surat 114, yang mana kadar gaji minimum adalah pendekatan yang salah,” katanya.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membelanjakan lebih RM6 billion untuk meningkatkan gaji kakitangan awam kepada 13 peratus tahun ini sebagai persediaan menghadapi pilihan raya yang dijangka berlaku beberapa bulan sahaja lagi.

Pengumuman Najib malam tadi berkenaan gaji minimum mengikuti langkah Thailand sekitar 40, sebagai sebahagian kempen Yingluck Shinawatra yang membolehkannya memenangi pilihan raya Julai lalu.

Taiwan mula meningkatkan gaji minimum kepada 5 peratus tahun lalu turut membantu Presiden Ma Ying-jeou memenangi pilihan raya bagi tempoh kedua pada Januari.

Vietnam juga bakal meningkatkan gaji minimum untuk kakitangan awam kepada 27 peratus Mei ini selepas memaktubkan kadar gaji minimum sehingga 69 peratus pada Oktober untuk kedua-dua sektor awam dan swasta.

Ribuan pekerja dijangka akan menyertai perhimpunban di Hong Kong hari ini, mendesak Ketua Pilihan Raya, Leung Chun-ying menyelesaikan jurang kekayaan apabila beliau kembali ke pejabatnya Julai ini.

9 comments:

  1. mgkin ia tingkatkan pengangguran kerana majikan tidak mampu mengupah pekerja, tapi pelaksanaan gaji minimum jg perlu bagi memastikan pekerja tidak terlalu terbeban. apapun, hal ini kena diatasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dasar gaji minimum ni perlu diperbaiki lagi. contohnya, siapa yang layak untuk mendapatkan gaji rm800/900 supaya tidak dipertikaikan dan majikan pun tidak rasa terbeban.

      Delete
    2. Dengan keadaan ekonomi, gaji minimum harus ada untuk memberi garis paling rendah untuk majikan memberi gaji kepada pekerja2 yang layak.

      Delete
    3. yup,, kadang2 gaji minimum ini juga penting bagi menghukum mana2 majikan yang sebelum ini gairah mengaut keuntungan berlebihan sementara kebajikan pekerja2nya terus diabaikan..

      Delete
  2. Penawaran gaji seperti ini perlulah merujuk kepada kewangan dan jumlah keuntungan tahunan sesebuah syarikat. Tapi janganlah pula ada syarikat yang engkar untuk laksanakan dasar ini bila sudah mula dikuatkuasakan. Kalau ada di kalangan majikan yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji minimum boleh memohon pelanjutan tempoh peralihan.

    ReplyDelete
  3. Yang penting kerajaan telah berusaha untuk membantu mereka yang memerlukan gaji minimum ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, kerajaan sedaya upaya membantu rakyat termasuk la dalam minimum wage.

      Delete
  4. bukan sahaja pengangguran, malah mungkin harga barang juga akan semakin meningkat.. negara2 yang lebih dulu melaksanakan skim ini telahpun berhadapan dengan masalah2 ini..

    ReplyDelete
  5. eloklah kita lihat dulu keberkesanan gaji minimum rm800 dan rm900 nini sebelum membuat permintaan yang lebih tinggi..

    ReplyDelete