Sunday 6 May 2012

GSTT DC 41 MENGANGGUR LAGI





Saudara Pengarang,

Kami sebagai GSTT DC 41 dari Nabawan Pensiangan dan Tenom berasa kecewa kerana terpaksa menganggur lagi. Kebanyakan GSTT ini mempunyai permasalahan tersendiri seperti menanggung perbelanjaan persekolahan anak-anak dan adik-beradik, membayar pinjaman serta perbelanjaan harian.

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional perlu peka akan hal ini dan pihak inilah yang mampu mengubah nasib kami yang hanya bergantung kepada kerjaya sebagai GSTT.

Sebagai rakyat tempatan di Pedalaman, kami tidak mahu menjadi rakyat subsidi dan menjadi penganggur seumur hidup. KPM dan kerajaan perlu tahu bahawa peluang pekerjaan di kawasan pedalaman ini adalah sangat tipis dan hanya berharap kepada sumber-sumber pendapatan yang belum pasti wujud.

Untuk pengetahuan Menteri Pelajaran dan Menteri Kabinet Sabah yang memegang potfolio Pelajaran, GSTT juga tidak diberi tempat untuk mengikuti KPLI ataupun KDC walaupun ada GSTT yang layak.

Akhir sekali kami berharap agar apa yang diwar-warkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Dr Mohd.Puad Zarkashi pada 3 Disember 2010 melalui Berita harian akan dikotakan.
Salam hormat.

GSTT DC 41 NABAWAN DAN TENOM

11 comments:

  1. These GSTT should be given the opportunity to be absorb as permanent teachers, the Education Ministry could give them proper training and examinations so that they could have proper qualification, many of these GSTT have been serving the country for many years and they already have the relevant experience. I believe this could help resolve the problem with lack of teachers as well.

    ReplyDelete
  2. Hope that the promises from Dr Mohd.Puad Zarkashi that 13,000 GSTT will be absorb as permanent teachers can be fulfilled.

    http://azmanlin.blogspot.com/2011/07/guru-sandaran-tidak-terlatih-gstt.html

    ReplyDelete
  3. nasib GSTT harus dibela, mereka byk main peranan dalam perguruan.

    ReplyDelete
  4. Golongan GSTT ini tidak berlayak menjadi guru tetap?

    ReplyDelete
  5. Menteri Pendidikan harus bijak mengendalikan masalah GSTT tersebut.

    ReplyDelete
  6. Adalah golonagn GSTT ini diberi tempoh tamat perkhidmatan??

    ReplyDelete
  7. Masalah guru tidak mencukupi harus diselesaikan dengan memberi peluang GSTT untuk mengisi kekosongan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serap lebih ramai GSTT untuk di posting di bahagian pendalaman Sabah untuk mengatasi masalah kekurangan guru2

      Delete
  8. Mungkin tidak semua GSTT layak untuk mendapat apa yang mereka mahukan. Apa pun jika boleh carilah perkerjaan yang lain. Yang kita tahu Kerajaan tidak ada menjanjikan yang mana GSTT akan terus diserap keperkerjaan tetap. Namun hanya akan cuba membantu yang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka yang layak harus diserap ke jawatan tetap

      Delete
  9. GSTT yang telah lama berkhidmat perlu diserap kepada jawatan tetap.. mereka lebih layak diberikan tempat memandangkan mereka mempunyai kedua2nya iaitu pengetahuan dan pengalaman..

    ReplyDelete