Thursday 10 May 2012

GUGUR NAIB PRESIDEN, DAP TIDAK DEMOKRATIK





KUALA LUMPUR : Pengguguran Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebagai anggota Dewan Negara hanya kerana mengkritik penganjuran demonstrasi jalanan baru-baru ini jelas menunjukkan parti itu tidak mampu melaksanakan demokrasi dan kebebasan bersuara tulen seperti yang dilaung-laungkannya selama ini.

Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, tindakan yang dikenakan terhadap Tunku Abdul Aziz kerana dianggap telah memalukan parti, menunjukkan DAP tidak dapat menerima pandangan berbeza ahlinya walaupun atas dasar pandangan peribadi, dan bukannya mewakili parti.

"Parti yang katanya memperjuangkan demokrasi dan kebebasan bersuara tanpa batasan memperlihatkan bahawa mereka sebenarnya tidak pun mampu melaksanakan apa yang mereka perjuangkan," katanya dalam kenyataan media.

Tunku Abdul Aziz menimbulkan kekecohan dalam DAP baru-baru ini bila beliau berkata perhimpunan 28 April di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur berkemungkinan mencetuskan kekacauan, yang memang pun berlaku pada hari itu, selepas peserta perhimpunan melanggar halangan polis di Dataran Merdeka.

Setiausaha agung Pemuda MCA Datuk Chai Kim Sen menyifatkan tindakan itu sebagai bukti jelas parti itu hanya mengamalkan kebebasan bersuara dalam lengkongan parti saja. (Bernama)

8 comments:

  1. nampanya tak ada kebebasan dalam DAP, kerana mengkritik Bersih sahaja di gugurkan dari senator, tak patut langsung.

    ReplyDelete
  2. DAP tidak amalkan demokrasi dan hak bersuara dalam parti ke?? Kesian.

    ReplyDelete
  3. Jangan kerana taksub untuk berkuasa, tidak sanggup terima hakikat sebenar. Guna saluran yangb betul untuk sampaikan rasa tidak puas hati tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gila kuasa pun susah juuga, lebih baik sederhana dan laksanakan tugas sebaik mungkin

      Delete
  4. Memang DAP tidak patut melakukan sedemikian hanya keraja tidak menyokong BERSIH yang direka untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara kotor ini.

    ReplyDelete
  5. yup.. setuju.. Pakatan sibuk kehulu kehilir melaung2kan kebebasan bersuara(demokrasi) sedangkan mereka sendiri gagal melaksanakan kebebasan bersuara dikalangan ahli parti sendiri..

    ReplyDelete
  6. sekiranya Pakatan diberikan mandat mentadbir negara ini, apa pula akan jadi kepada rakyat yang mengkritik pentadbiran mereka?? apa akan jadi jika rakyat berhimpun membantah mana2 tindakan mereka yang difikirkan tidak sesuai untuk rakyat di negara ini??

    ReplyDelete