Sunday 6 May 2012

HADI NAFI PERNAH SEBUT PINDA PERLEMBAGAAN



KUALA TERENGGANU : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau tidak pernah menyebut akan meminda perlembagaan berkaitan agama Islam sekiranya pakatan pembangkang menang pilihan raya umum ke-13 nanti.

Menurutnya laporan beberapa akhbar tempatan baru-baru ini yang memetik beliau berkata demikian adalah tidak betul.

"Saya tak sebut (pinda Perlembagaan), Perlembagaan yang itu juga. Tak betul, tak betul," katanya kepada pemberita selepas mengadakan ceramah umum bersama bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir di Bukit Tok Beng, Batu Rakit, di sini semalam.

Abdul Hadi berkata maksud sebenar beliau ialah pembangkang khususnya PAS mahu memperkasakan Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.

Ini kerana, katanya, agama Islam sebagai addin sepatutnya dipraktikkan umat Islam dengan sebenar-benarnya sehingga mampu menjadi contoh yang baik kepada orang bukan Islam.

Laporan itu menyebut Abdul Hadi sebagai berkata pakatan pembangkang akan meminda Perlembagaan negara yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama rasmi kepada Islam sebagai addin, iaitu yang merangkumi seluruh kehidupan manusia.

Abdul Hadi juga disebut berkata, Perlembagaan Persekutuan sekarang yang dirangka oleh orang bukan Islam mempunyai ideologi dan teori manusia yang tidak adil kepada umat Islam. (Bernama)

10 comments:

  1. Hopefully PAS will not practice extremist religion on the country since we are a multi racial country.

    ReplyDelete
  2. I agree with Datuk Najib Razak's 1 Malaysia concept to have equal treatment for all races.

    ReplyDelete
  3. PAS tumpukan pada perjuangan sebenar mereka.

    ReplyDelete
  4. Jangan sampai perkara ini mencetuskan ketidakpuasan hati penganut agama lain.

    ReplyDelete
  5. Banyak sangat perubahan yang diimpikan oleh PR untuk dilaksanakan kalau menang PRU.

    ReplyDelete
  6. Mungkin Hadi tidak sedar apa yang dia pernah cakap sebelum ini.

    ReplyDelete
  7. bebelit-belit pula, mungkin orang yang mendengar ucapan beliau bermaksud macam tu

    ReplyDelete
  8. Hadi ni memang terkenal buat kenyataan tanpa guna otak.. mulut dia lebih laju dari otak dia berfikir.. bila PAS kalah di Sarawak, adakah patut dia hina penduduk asli Sarawak yang tidak mengundi PAS kononnya masih kolot dan pakai cawat..

    ReplyDelete
  9. lain kali, kalau tidak mahu kenyataan disalah tafsir, berhati2 la ketika buat kenyataan.. jangan main bedal saja..

    ReplyDelete