Thursday 10 May 2012

HAPUSKAN AH LONG DI LABUAN



Saudara Pengarang.

Asalammulaikum! Kami mendesak Bukit Aman D7 dan Bank Negara Malaysia menangkap Ah Long [Loan Shark] di pulau Labuan ini kerana sindiket Ah Long dari Kuala Lumpur dan Sarawak semakin banyak muncul di Labuan.

Mereka ini amat berani menjalankan perniagaan haram mereka tanpa ketakutan kepada pihak berkuasa tempatan sehingga mereka meletak Kad Ah Long mereka di semua kenderaan yg terletak di kawasan bandar.

Siapa yang dalangi Ah Long di Labuan sehingga mereka begitu berani membuat promosi pinjaman dengan meletakkan kad syarikat mereka di semua kereta yg letak di kawasan bandar?

Pegawai penguatkuasa tempatan dan Polis tidak mengetahui perkara ini? Dengan nama dan nombor telefon bimbit di dalam kad berkenaan, bukankah pegawai penguatkuasa boleh kesan mereka dan tangkap tauke Ah Long dan bawa kemuka pengadilan?

Tauke Ah Long memang kaya dan merekalah yang menjalankan kegiatan wang haram (money laundering) untuk sindiket haram seperti Tauke Judi, Pelacuran dan Pengedar Dadah?

Kami harap Polis Bukit Aman dan Bank Negara dapat menangkap Ah Long tersebut secepat mungkin di pulau kecil ini kerana mereka sudah banyak menghisap darah orang Sarawak dan Malaya dan kini mereka bersembunyi di pulau kecil ini kerana Labuan pun banyak sarang judi haram seperti judi internet dan slot mesin.

Sekian, Salam 1Malaysia.

KAMARUDDIN DAN RAKAN LABUAN.

13 comments:

  1. There seem to be a lot of illegal activities in Labuan; Prostitution, Loan Sharks, Gambling Dens, Gansters and more. Hopefully the authorities will strengthen the monitoring in Labuan to reduce the illegal activities there.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makin banyak aktiviti2 haram dilaporkan terjadi di Labuan ni. jangan kerana Labuan zon bebas cukai, semua pun bebas mau buat tanpa kawalan pihak berkuasa.

      Delete
  2. The people should never borrow money from loan sharks, I noticed most of the people who borrowed from them are usually gamblers.

    ReplyDelete
  3. Pihak berkuasa jangan tutup sebelah mata saja tentang isu ini.

    ReplyDelete
  4. Diharap ada tindakan segera diambil untuk atasi masalah ini.

    ReplyDelete
  5. ah long harus dibanteras, byk masalah timbul kerana meminjam wang dari ahlong. jgnlah pinjam wang dari ahlong.

    ReplyDelete
  6. kalau tidak ada permintaan, tidak akan ada penawaran.. oleh itu, sama2 la membanteras Ah Long.. mudah saja.. jangan buat pinjaman dengan Ah Long..

    ReplyDelete
  7. Pandai2 lah fikir kalaupun terdesak sangat mau pinjam duit. Sudahlah susah, nanti tambah masalah lagilah kalau dikejar ah long.

    ReplyDelete
  8. jika kita tidak pinjam wang dari ah long, pasti kegiatan ah long dpt dihentikan.

    ReplyDelete
  9. Ahlong ini berlaku adalah disebabkan oleh permintaan. Jadi jika tidak ada permintaan Ahlong ini tidak akan beroperasi pun.

    ReplyDelete
  10. kegiatan ah long senang saja dikesan, biasanya mereka akan mengedarkan kad business atau risalah2.

    ReplyDelete
  11. Kalau sentiasa ada mahu peminjam seba tu la kegiatan ah long semakin berkembang

    ReplyDelete

  12. Do you need a Loan?
    Are you looking for Finance?
    Are you looking for a Loan to enlarge your business?
    I think you have come to the right place.
    We offer Loans at low interest rate.
    Interested people should please contact us on
    For immediate response to your application, Kindly
    reply to this emails below only Email
    osmanloanserves@gmail.com



    LOAN APPLICATION INFORMATION FORM
    First name:
    Middle name:
    Date of birth (yyyy-mm-dd):
    Gender:
    Marital status:
    Total Amount Needed:
    Time Duration:
    Address:
    City:
    State/province:
    Zip/postal code:
    Country:
    Phone:
    Email ID.....
    Mobile/cellular:
    Monthly Income:
    Occupation:
    Which sites did you know about us.....
    osmanloanserves@gmail.com

    ReplyDelete