Friday 18 May 2012

HUB USAHAWAN WANITA PERTAMA DI SABAH





Oleh : ABU BAKAR ESAH

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun akan menyempurnakan upacara Majlis Pecah Tanah Hub Usahawan Wanita (HUW) di Beaufort pada 24 Mei ini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA), Datuk Siti Sapoo Ahok berkata majlis yang dianjurkan JHEWA dengan kerjasama Pejabat Daerah Beaufort itu dijadualkan bermula jam 9.00 pagi di tapak pembinaan HUW Beaufort di kawasan letak kereta Pejabat JPJ Beaufort.

Siti Sapoo memberitahu HUW merupakan cetusan idea Azizah bagi membantu meningkatkan kemajuan usahawan wanita di negeri ini terutamanya dalam mengembangkan industri berskala kecil seterusnya melahirkan lebih ramai usahawan di negeri ini.


“Hub yang akan dibina ini, selain menyediakan premis perniagaan, bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan peralatan bagi mempermudahkan wanita mempromosi dan memasarkan  produk-produk yang dihasilkan kepada  masyarakat setempat dan juga pelancong yang berkunjung ke daerah Beaufort dan daerah-daerah sekitarnya,” katanya.

Beliau berkata Hub seperti ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan usahawan wanita di luar bandar dan turut dirancang untuk dibangunkan di peringkat bahagian atau zon pada masa akan datang bagi manfaat golongan usahawan luar bandar di daerah-daerah berdekatan

“Bahagian Beaufort mencipta sejarahnya tersendiri apabila menjadi perintis dan yang pertama bakal mempunyai HUW sendiri. Pewujudan hub usahawan ini juga selari dengan hasrat kerajaan untuk menjayakan konsep Satu Daerah Satu Industri (SDSI),” katanya.

9 comments:

  1. moga dngn ini akan lahir lebih ramai usahawan wanita.

    ReplyDelete
  2. The womenfolk should make use of the opportunities provided by the government such as this Entrepreneur hub.

    ReplyDelete
  3. This is a good effort from the government to give support to the local entrepreneurs in small and medium industries.

    ReplyDelete
  4. Graduan wanita juga harus mengambil peluang ini untuk membentuk kerjaya sendiri. bukan hanya menunggu pekerjaan yang mempunyai kelulusan yang sama dengan kursus yang diambil di sekolah.

    ReplyDelete
  5. Satu usaha yang baik bagi membantu usahawan wanit yang ada di Sabah ini.

    ReplyDelete
  6. Teruskan memberikan bantuan kepada usahawan Wanita di Sabah ini untuk mempromosikan barangan mereka kepada pengguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, teruskan usaha membantu wanita2 terutama kepaad ibu2 tunggal.

      Delete
  7. sebelum ini Azizah banyak meluangkan masa dengan golongan belia muda dan berusaha membantu golongan ini untuk menjadi usahawan.. kini giliran wanita pula mendapat bantuan dari beliau.. syabas!

    ReplyDelete