Thursday 31 May 2012

ISU PERJAWATAN AWAM DI SABAH




Saudara Pengarang,

DI SINI saya ingin mengutarakan fakta isu perjawatan awam sekali lagi walaupun telah banyak blog, individu atau kumpulan yang sudah pernah menyuarakan perkara ini di dalam internet.

Tujuan saya supaya kita sedar dan semakin matang ke arah perubahan, lebih-lebih lagi menjelang PRU 13 ini. Saya juga tidak berniat untuk menguris hati kaum-kaum yang lain cuma saya ingin menegakkan hak kami kaum bumiputera dan Anak Negeri Sabah.

Di Sabah, lebih kurang 60 peratus demografi kumpulan etnik adalah terdiri daripada kaum bumiputra dan anak negeri sabah seperti berikut: 
Kadazan-Dusun, Melayu Brunei, Melayu, Kwijau, Murut, Bajau, Illanun, Lotud, Rungus, Tambanuo, Dumpas, Mangka'ak, Orang Sungai, Kedayan, Bisaya, Tidong, Maragang, Ida'an, Minokok, Rumanau, Paitan, Lun Bawang/Lun Dayeh, Cocos, Suluk, Tiong Hua Sabah termasuk kahwin campur dengan natives (Sino).

Manakala yang selebihnya adalah pecahan kaum asing seperti yang berikut:

Malaya, Cina, India, Hakka, Cantonese, Teochew, Hainan; (Filipino) – Chavacano, Visaya, Ilocano, Suluk, Badjao, Iranun, Tausug, Moro, Tagalog; (Indonesia) – Bugis, Jawa, Ambon, Banjar, Toraja, China Indonesia; (Indian) – Punjabi, Tamil; (Sarawak) – Iban, Penan, Dayak, Orang Ulu, Melayu Sarawak, China Sarawak; (Pakistan) – Pashtun; (Arab) – Hadhrami; Eurasian; Timor; Jepun; Korea.

Malangnya perjawatan awam di Sabah di monopoli oleh kaum bukan bumiputra. Contohnya Ketua Menteri Sabah adalah dari kaum Pakistan (Pashtun), Setiausaha Kerajaan Negeri dari kaum Indonesia (Jawa ) dan dua jabatan yang paling penting di Sabah iaitu Jabatan Perhutanan pengarahnya dari kaum India (Punjab atau Benggali/ Sikh); manakala Pengarah Jabatan Tanah Negeri Sabah dari kaum Indonesia (Bugis).

Bayangkan kedudukan mereka ini dalam jawatan awam negeri Sabah membentuk pola penguasaan dari segi perjawatan, ekonomi, peluang perniagaan, kemudahan, politik, sosial dan berbagai-bagai akses yang diberikan oleh kerajaan.

Oleh itu tidak hairan jika di kalangan kita kaum bumiputra atau pun rumpun Dusun kita sangat jauh ketinggalan dari pelbagai segi. Yang berjaya pun dari kalangan kaum kita hanyalah ahli-ahli politik yang hanya mementingkan diri sendiri.

Pernahkah kita mendengar ahli-ahli korporat yang berjaya dalam perniagaan yang bukan bersumberkan politik dari kalangan kaum Kadazan, Dusun, Brunei, Kwijau, Murut, Bajau, Iranun, Lotud, Rungus, Tambanuo, Dumpas, Tatana, Mangka’ak, Org Sungai, Kedayan, bisaya, Tidong, Maragang, Ida’an, Minokok, Rumanau, Paitan, Lundayeh, Cocos dan Suluk?  

Memang tiadakan? Jangankan ahli korporat, dalam perniagaan kecil pun seperti pertanian, perikanan dan penternakan pun dikuasai oleh mereka (Indonesia), sektor pembinaan pun mereka juga (Filipina), kedai dan restoran (India), perniagaan berskala besar seperti projek-projek kerajaan, petroleum, pembalakan, komoditi, perladangan dan pelancongan dikuasai oleh kaum Cina dari Sarawak dan Semenanjung.

Kita sebagai rakyat jati negeri Sabah terus dibelenggu dengan kemiskinan dan yang bernasib baik bekerja dengan kerajaan bolehlah menikmati kehidupan yang seadanya kerana hanya bergantung kepada gaji yang semakin tidak berupaya menampung kos sara hidup yang terlalu tinggi pada masa ini.

Nampaknya tujuan kerajaan memang mahu menjadikan rakyat terus susah dan terus bergantung kepada kerajaan dan dalam hal ini untuk memastikan BN terus kekal memerintah dan UMNO terus mengikis kekayaan negeri Sabah.

Kaum asing sudah tentu menyokong kerajaan kerana diberikan segala-galanya seperti kad pengenalan, suasana yang aman di negeri Sabah berbanding di tempat asal mereka, kemudahan, insentif, akses, bantuan dan segala-galanya yang sepatutnya menjadi milik kita sebagai kaum bumiputra.

Wahai saudara dan saudari, marilah kita bersatu pada PRU 13 kali ini, kita tidak ada kuasa jika hanya seperti saya sahaja yang sanggup dan berani berkata seperti ini kerana semua agensi kerajaan seperti Polis, JPN, Imigresen, Kastam, SPRM dan banyak lagi agensi adalah milik kerajaan.

Mereka tidak akan melayan aduan ataupun laporan kita, malahan mungkin akan menyusahkan lagi individu seperti saya. Saya sangat bersyukur mempunyai platform seperti Sabahkini.net untuk kita berkongsi dan menyampaikan mesej penting dan inilah medium yang terakhir sekali kita semua ada.

Sebab itu saya menyeru kepada semua kita tumbangkan BN pada PRU 13 dan kita sokong PAKATAN. Kita bagi peluang kepada PAKATAN untuk mengubah nasib kita semua dan generasi kita yang seterusnya.

Ingatlah pada PRU 13 ini kita ada KUASA RAKYAT dan KUASA ini hanya boleh digunakan sekali dalam tempoh 5 tahun. Jadi kita gunakan KUASA ini untuk menghukum kerajaan yang selama ini hanya tahu menggunakan politik pembangunan walhal itu tanggungjawab setiap kerajaan yang memerintah.

Akhir kata saya ucapkan "Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan!"

Salam Hormat,

POGIUMAN ENTERPRISE

29 comments:

  1. APALAGI.. RAKYAT SABAH MARI LAH KITA BERSAMA-SAMA BERUBAH BAGI GENERASI KITA ......

    ReplyDelete
  2. seharusnya dalam perjawatan awam, perlu utamakan kaum bumiputera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua golongan tidak kira bangsa harus diberi keutamaan.

      Delete
  3. perlu diingati bahawa tidak semua rakyat Sabah menentang kerajaan..

    ReplyDelete
  4. walau bagaimanapun, rakyat mempunyai kuasa untuk memilih kerajaan yang terbaik bagi mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar rakyat sendiri yang tentukan siapa yang terbaik untuk mereka pilih.

      Delete
  5. lebih adil jika jawatan awam di Sabah dibahagikan mengikut peratusan yang sekata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Make sure it is fair and clean, also, those who are qualify.

      Delete
  6. jadi, tidaklah menimbulkan ketidakpuasan kepada kaum-kaum di Sabah...

    ReplyDelete
  7. apa yang penting sekali ialah kerajaan hendaklah berlaku adil terhadap rakyat, jika tidak, rakyat jugalah yang akan menentukan 'nasib' sesebuah kerajaan yang memerintah

    ReplyDelete
  8. Jawatan awam di Sabah bagilah orang Sabah yang pegang terutama orang bumiputera. jangan pilih berdasarkan agama.

    ReplyDelete
  9. Kadang2 ada juga orang yang saya dengar, 'orang yang dapat kerja kerajaan main nasib saja tu. kalau tidak pun, guna orang dalam'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ini susah mau dapat kerja di sektor awam sebab persaingan makin banyak..apa pun, keutamaan haruslah diberikan kepada Sabahan.

      Delete
  10. Semua terpulang kepada rakyat sendiri yang menentukannya.

    ReplyDelete
  11. Jawatan harus diberi kepada mereka yang "qualify".

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. idea kuota baik juga, agar semua bangsa dapat menjawat.

      Delete
  13. Not sure whether the people will still support BN?

    ReplyDelete
  14. Keutamaan harus diberi kepada orang Sabahan. Jika tidak, isu pengangguran akan bertambah teruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju, keutamaan harus diberikan kepada Sabahan untuk mejawat kekosongan yang ada di Sabah.

      Delete
  15. Mereka yang cukup kelayakan harus diberi peluang.

    ReplyDelete
  16. Hoping the delegation of vacancies be fair and avoid other party felt annoy or offended.

    ReplyDelete
  17. A post should be occupied by a person who is evaluate by merits. Not because of his race, religion or "connection" with the big boss.

    ReplyDelete
  18. isu yang berlaku harus diberikan perhatian.

    ReplyDelete
  19. kalau tidak silap dulu PKR bercadang untuk memberikan status PR kepada pati. jadi susah juga mau sokong pembangkang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bikinn takut juga tu. lepas dapat status PR beberapa tahun kemudian dapat mykad.,

      Delete
  20. Apa pun yang penting peluang yang ada jangan dilepaskan. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan mereka. Maka itu yang membezakan setiap orang. Apa pun berikan peluang kepada penduduk Sabah sendiri dalam penjawat awam.

    ReplyDelete
  21. Borneolisasi harus diteruskan

    ReplyDelete
  22. bagaimana pula dengan pemimpin2 Pakatan seperti Azizah, Azmin, Saifuddin dan beberapa lagi pemimpin2nya yang mana kad pengenalan mereka berstatus PR?? mahukah negara ini dipimpin oleh orang asing??

    ReplyDelete