Sunday 6 May 2012

'ISYARAT POLITIK' ANWAR TIMBULKAN KEHAIRANAN




KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim sering menonjolkan dirinya di pentas antarabangsa sebagai pejuang hebat Malaysia, yang sering mendesak untuk perubahan terhadap rejim yang dianggapnya bersikap kuku besi dan enggan memenuhi kehendak rakyat.

Selepas Bersih 2.0 tahun lepas, lagaknya sebagai mangsa begitu meyakinkan, menggerakkan rakan-rakannya dalam media asing untuk menyerang kerajaan kerana mengambil 'tindakan kejam' terhadap penunjuk perasaan yang berhimpun secara aman.

Tetapi selepas peranannya dipersoalkan dalam Bersih 3.0, bintang Anwar kelihatan suram. Sebenarnya, banyak hal yang jauh meleset; jauh daripada usaha menggembar-gemburkan beliau sebagai seorang demokrat, ramai yang kini menuduh Anwar menghasut supaya timbul keganasan.

Rakaman video daripada Bersih 3.0 yang dimuat turun dalam YouTube menunjukkan Anwar membuat isyarat tangan kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. Dalam tempoh beberapa saat, penyokong PKR merempuh halangan yang diletakkan polis dan meluru ke Dataran Merdeka, mendorong polis untuk membalas dengan melepaskan gas pemedih mata dan semburan air untuk mencegah rempuhan.

Dalam temu bual dengan Radio Australia pada Selasa, Anwar menafikan bahawa isyarat tangannya merupakan satu tanda kepada penunjuk perasaan untuk melanggar halangan sebaliknya mendakwa maksudnya tidak masuk akal, "berunding dengan polis".

Orang ramai akan membuat keputuan mereka sendiri mengenai apa yang benar tetapi setakat ini hanya beberapa kerat sahaja pemerhati luar yang nampak yakin.

"Tuan Anwar perlu membuat banyak penjelasan", itu merupakan keputusan The Economist dan, di Malaysia, peranan Anwar dalam Bersih 3.0 terus dikritik daripada pelbagai spektrum politik.

Pada satu sidang akhbar PKR Isnin lepas, pengeluar filem bebas Benji Lim menuduh Anwar membahayakan nyawa para penunjuk perasaan selain menjejaskan matlamat Bersih. Tunjuk perasaan itu "dirampas sepenuhnya oleh pembangkang" katanya sebelum dibawa keluar dari bilik persidangan itu.

Malah ketua penganjur Bersih 3.0 Ambiga Sreenevasan yang mengeluh kerana Bersih dipolitikkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang, memberitahu wartawan bahawa beliau "tidak dapat kawal apa yang dikata mereka".

Anwar menolak sebarang kritikan mengenai tingkah lakunya. Sebaliknya, pada sidang akhbar itu, beliau menyerang kerajaan dengan menuduh pemimpin Barisan Nasional berkelakuan seperti Stalin dan Hitler.

Beliau sebaliknya mencadangkan nasibnya adalah menyamai mangsa kem pengasingan Nazi - satu dakwaan yang amat dahsyat kerana beliau bercakap tepat pada hari ulang tahun kematian Hitler.

Episod ini, pada apa sahaja cara, juga menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai Anwar sendiri dan rakan pembangkang yang menjadi sekutunya.

Bolehkah seseorang yang 'merampas' satu perhimpunan aman untuk kepentingan politik mereka, layak untuk memimpin sebuah negara dengan penduduk 28 juta orang?

Adakah mereka mempunyai kepimpinan yang mantap dan berhemat yang diperlukan untuk membawa kepada perkembangan ekonomi negara kita?

Bagi mereka yang mengenali ahli politik pembangkang secara rapat, katakan mengenai perkara ini mengenai apa yang berlaku pada 28 April itu tidak mengejutkan.

Kali ini, ahli politik pembangkang ditangkap dalam rakaman filem, yang akan menjadi saksi atas tindakan-tindakan mereka.

Pemerhati politik berkata Anwar kerap dilihat mengamalkan "politik isyarat tangan", yang hanya hebat pada pandangan ramai tetapi tidak dapat menawarkan apa yang sepatutnya menjadi keperluan pengundi terutama berhubung hala tuju yang jelas mengenai transformasi.

Akhirnya, ramai orang akan berkata, "politik isyarat tangan" Anwar nampaknya memakan diri. Jangan terkejut melihat beliau menghabiskan masa sepanjang minggu dan bulan akan datang bagi menjelaskan apa sebenarnya maksud isyarat tangan pada perhimpunan itu. (Bernama)

8 comments:

  1. Thanggam Raju, who is now in the police lockup at the Balai Polis Jinjang was said to open the barricade gates to Dataran Merdeka after receiving instructions from Azmin and Anwar.

    ReplyDelete
  2. If the Bersih Rally participants did not open the barricade and enter Dataran Merdeka, the police will not resort to using tear gas and water cannons on the protesters. The court has given orders for the Dataran Merdeka to be barricaded for 4 days, this is against the court's orders. They police will not be able to do anything to the protesters if they stay out side the barricade. But once they crossed it, the police can take action.

    ReplyDelete
  3. Anwar mmg suka buat kecoh, sebelum ini pun byk kekecohan berlaku kerananya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas tu Anwar akan berputar belit cerita, macam2 la isu keluar

      Delete
  4. Anwar pelakon yang sangat merbahaya. Pelakon politik..

    ReplyDelete
  5. Saya tidak hairan sekiranya Anwar adalah dalang kejadian rusuhan tu

    ReplyDelete
  6. macam mana sekalipun bukti didedahkan, saya yakin Anwar tetap akan nafikan.. beliau satu2nya pemimpin politik yang paling liat mengaku kesalahan.. beliau lebih sanggup mengarahkan penyokong2nya untuk berhimpun semata2 untuk mempertahankan beliau..

    ReplyDelete
  7. Anwar memang suka perhimpunan seperti ini.. tidak mustahil beliau yang mengarahkan peserta2 perhimpunan untuk bertindak ganas.. begitu juga ketika beliau mengadakan ceramah dengan mahasiswa.. beberapa hari selepas itu timbul ancaman bunuh, menurunkan bendera Najib dan perhimpunan..

    ReplyDelete