Tuesday 22 May 2012

JANGAN BERSIKAP GUNTING DALAM LIPATAN



 GUNTING…..Dato Sri Nasir (berdiri) memberi ingatan rakyat seharusnya tahu mengenang budi, ikhlas dan jujur serta tidak bersikap gunting dalam lipatan.

Oleh:ARSHAD HUSSIN

SEMPORNA: Rakyat di negeri ini diingatkan tidak bersikap seperti gunting dalam lipatan dan serakah kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya membela dan membantu segenap lapisan rakyat tanpa mengira fahaman politik mahupun anutan agama dan suku bangsa.

Sehubungan itu rakyat hendaklah terus mengukuhkan peraduan kaum sambil mengamalkan konsep 1Malaysia demi kemakmuran,keamanandan, kesejahteraan serta kestabilan politik negeri ini bagi kelancaran dan pembangunan rakyat berterusan.

Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran, berkata rakyat juga tidak seharusnya cepat melatah dan terpengaruh dengan propaganda segelintir pemimpin pembangkang yang ingin memesongkan pemikiran rakyat dan menangguk di air yang keruh untuk merobohkan kepercayaan rakyat.

Dato’ Sri Nasir berkata demikian sempena majlis Permuafakatan Rakyat di Kampung Kabogan Laut di sini.

Hadir sama sempena majlis itu Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Dun Senallang, Haji Tahir Amir; Ketua Daerah Semporna Kawasan Senallang, OKK Haji Musa Sabaani; ADDO Haji Abdullah Sukka; Ketua Pemuda UMNO Bahagian Semporna, Mohd.Aziz Haji Jaman serta pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.

Nasir yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna, menyelar mereka yang pernah menikmati pelbagai kemudahan termasuk jawatan dalam kerajaan sebagai kacang lupakan kulit dan tidak tahu bersyukur serta tidak berterima kasih.





SALAM.....Dato Sri Nasir (dua kiri) diiringi Abdullah Sukka (kiri) bersalaman dengan sebahagian pemimpin dan penduduk sempena majlis itu di Kampung Kabogan Laut, Semporna.

Katanya, rakyat seumpama itu seperti api dalam sekam dan musuh dalam selimut kerana tidak tahu menghargai jasa dan budi kerajaan yang telah memberikan mereka jawatan dan selepas tidak berjawatan berpaling menentang kerajaan dengan pelbagai tohmahan sambil menuding jari kepada pemimpin yang konon tidak pernah membantu rakyat.

Nasir berkata, sifat-sifat yang tidak terpuji seperti suka mengadu domba tidak mendapat keberkatan hidup sebaliknya akan terus berjiwa kosong, hilang pertimbangan dan sentiasa dirundung jiwa malang.

Katanya, setiap apa pun perkara dan kesulitan dalam hidup hendaklah dileraikan dengan kosep permuafakatan yang mampu mencetuskan keberkatan.

Beliau menambah,tidak semua yang kita inginkan akan dapat kita capai dengan mudah sebaliknya kita hendaklah sentiasa bersabar kerana setiap kesukaran dan kesusahan ada hikmahnya.

19 comments:

  1. 1 Malaysia concept should be uphold to ensure the peace and harmony as well as the political stability and developments within the country.

    ReplyDelete
  2. Voters must be careful not to fall for empty promises from the contesting parties.

    ReplyDelete
  3. setiap rakyat perlu hargai sumbangan dan pembangunan yang diberikan oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  4. Dan jangan ambil kesempatan dalam kesempitan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgnlah biarkan gunting dalam lipatan wujud, gunting dalam lipatan lebih merbahaya.

      Delete
  5. Muafakat membawa berkat. jangan kerana kepentingan sendiri, konsep muafakat tu diabaikan.

    ReplyDelete
  6. Sebaiknya pemimpin perlu sedar yang mana semua itu adalah tanggungjawab merek untuk memberikan yang terbaik. Penduduk hanya menilainya. Jika sebaliknya yang berlaku maka semua itu adalah silap pemimpin itu sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. sudah ramai pihak yang memberikan pandangan bahawa rakyat hari ini semakin bijak menilai.. oleh itu, tidak perlulah risau sekalipun pemimpin2 pembangkang bertubi2 menghasut rakyat.. rakyat tetap akan membuat penilaian dengan bijak pada PRU nanti..

      Delete
  7. selain menasihatkan rakyat, tolong nasihatkan juga para wakil rakyat supaya lebih aktif dalam membantu rakyat dan membawa pembangunan di kawasan2 yang diwakili..

    ReplyDelete
  8. Minister of Tourism, Culture and Environment, Datuk Masidi Manjun, said Sabah is one of the states which is peaceful and a role model for the 1Malaysia concept.

    ReplyDelete
  9. Therefore, he urged the people in the state to remain united and uphold this spirit of unity that have prospered since a long time ago.

    ReplyDelete
  10. Situation like that which occurred at the Bersih rally in Kuala Lumpur recently which resulted in disturbances and property damage causing heavy losses to many.

    ReplyDelete
  11. He said this when opening the 1Malaysia Family Day organized by Women, Family and Community Council of Ranau Parliamentary constituency, the Population and Family Development Board and Ministry of Women, Family and Community in Kampung Lagkau, Ranau recently.

    ReplyDelete
  12. Masidi, who is also the ADUN for Karanaan, expressed regret over the attitude of some leaders and opposition members who tried to raise the sentiments of the people especially the kampung residents.

    ReplyDelete
  13. These irresponsible people will learn to be good leaders, and not, in their effort to gain support, make promises that cannot be fulfilled. Leaders come and go … be a good leader and not a leader who only make empty promises.

    ReplyDelete
  14. Masidi also callled on all leaders to be honest in our political career and must make it as a way of life as well as religious belief.

    ReplyDelete
  15. On the Family Day, he praised the efforts of the organisers for successfully organizing such events to further strengthen unity among the villagers.

    ReplyDelete
  16. He said family management is important and necessary and should be taken up seriously by every family.

    ReplyDelete
  17. There are many aspects that need to be taken seriously in family management and these include financial management, health and welfare. These aspects should be emphasized since it is fundamental to uplift the wellbeing of the family to a family that is happy.

    ReplyDelete