Tuesday 22 May 2012

JANGAN LUPAKAN PEWARIS SIPADAN!



 Saudara Pengarang,

SETELAH membaca kenyataan Sabahkini.net pada 19 Mei 2012 bertajuk 'Syarikat Minyak As Labur Rm 4.6 Bilion Di Malaysia', saya selaku Ketua Pewaris Pulau Sipadan bagi pihak Jawatankuasa Bertindak Pewaris Pulau Sipadan menyokong penuh usaha Kerajaan menarik pelabur asing dari Amerika Syarikat untuk melabur di perairan Sabah dalam industri minyak dan pembiakan udang kara (lobster).

Pelaburan ini akan memberi impak yang besar dalam sosio-ekonomi penduduk setempat dan Kerajaan. Seandainya industri minyak dan pembiakan udang kara yang hendak dibuat itu melibatkan Pulau Sipadan atau pulau lain di Daerah Semporna yang mana Pewaris Pulau Sipadan berkepentingan seperti Pulau Denawan, Pulau Siamil dan Pulau Ligitan; diharap kami jangan diabaikan.

Tambahan lagi isu Pulau Sipadan di antara Kerajaan dengan Pewaris belum lagi selesai. Ada juga Mahkamah di Malaysia ini rupanya, yang boleh melangkaui keputusan Mahkamah Dunia di Belanda tentang pemilikan Pulau Sipadan. 


Diharapkan slogan Kerajaan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" menjadi suatu kenyataan. Ada patutnya untuk saya menyatakan kerisauan ini, setelah melihat dan mengalami sendiri beberapa kejadian yang berlaku di Daerah Semporna.

Slogan Kerajaan yang lebih bersesuaian di Daerah Semporna seharusnya seperti berikut. "Wakil Rakyat BN Diutamakan, Rakyat Semporna Diabaikan." Semoga Pimpinan Pusat Kerajaan BN akan lebih teliti dan bijaksana dalam membuat sesuatu keputusan.

Salam Hormat,

HAJI MAHARAJA AB RAUP BIN MAHAJUD

13 comments:

  1. jika ia dilakukan di kawaasan Pulau Sipadan, para pewaris pulau tersebut jgnlah diabaikan.

    ReplyDelete
  2. Mungkin pelabur asing ni juga boleh melabur bukan dalam industri minyak saja.

    ReplyDelete
  3. Pastikan pewarisnya betul dan bukan golongan yang mahu ambil kesempatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. kena pastikan mereka pewaris sebenar, mana tau ramai mengaku sebab nk ambil untung.

      Delete
    2. Harus dikenalpasti latar belakangnya.

      Delete
  4. Itu yang kita harapkan. Pewaris juga berhak mendapat kepentingan daripada pembangunan yang dibuat.

    ReplyDelete
  5. Diharapkan slogan Kerajaan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" menjadi suatu kenyataan.

    Kerajaan harus mengutamakan rakyat. Tanpa rakyat, kerajaan tidak dapat ditubuhkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The government harus sentiasa mengutamakan rakyat. Harus berkhidmat untuk kebajikan rakyat.

      Delete
  6. Selain dari pelaburan minyak, industri lainjuga berpotensi tinggi seperti penanaman, perikanan dll.

    ReplyDelete
  7. Pelaburan besar-besaran diperlukan untuk mengaktifkan ekonomi tempatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga perkembangan ekonomi dapat diuruskan dengan lebih seluruhan khas kawasan luar bandar.

      Delete
  8. WR Semporna harus bertanggung jawab kepada rakyat di sana.

    ReplyDelete
  9. maknanya, berkenaan dengan pelaburan minyak dan udang karang di perairan Sabah disokong oleh pewaris2 pulau.. jadi dalam kes ini tidak ada apa2 masalah antara kerajaan dan pewaris asalkan kerajaan tidak mengabaikan kepentingan pewaris pulau..

    ReplyDelete