Tuesday 22 May 2012

JANGAN SABOTAJ JIKA TIDAK TERSENARAI



Oleh : YUSOP TEPPO

BELURAN: Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee mengingatkan para pemimpin Barisan Nasional (BN) disini agar tidak sabotaj parti sekiranya tidak tersenarai sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita sewajarnya bersikap terbuka dan menerima segala keputusan berkenaan yang dibuat oleh pucuk pimpinan BN,“ katanya.

Beliau berkata nasihat mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlulah kita guna bersama dan diambil iktibar kepada semua ahli-ahli Umno dan BN seluruh negara.

“Yang penting bagi kita adalah kemenangan parti BN,“ katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Cawangan-Cawangan Umno Bahagian Umno Beluran yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr.Haji Mohd Puad Zarkashi di Dewan Serbaguna Pekan Beluran, pagi Isnin.

Beliau sekali lagi mengingatkan kepada semua ahli agar menolak elemen menyeleweng dengan mensabotaj calon BN yang akan bertanding kelak.

Ini kerana katanya, hanya BN sahaja satu-satunya parti yang mampu memartabatkan hak rakyat dalam membawa pembangunan holistik secara menyeluruh.

Dalam pada itu, Ronald yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat turut berpesan kepada rakyat agar jangan berpaling tadah kepada pihak pembangkang sekiranya anda tidak tersenarai sebagai penerima sesuatu bantuan yang disalurkan kerajaan.

Beliau berkata sebaliknya ahli Umno dan BN yang tidak tersenarai sebagai penerima sesuatu bantuan perlu memikirkan semula bantuan yang pernah disalurkan kerajaan sebelum ini semata-mata untuk meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar.

Katanya, pelbagai bantuan telah disalurkan kerajaan termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan pendidikan, elaun nelayan, elaun MPOB kepada pengusaha kecil kelapa sawit dan 1Azam.

Ronald turut menggesa kepada semua ahli Umno agar memberi sokongan penuh kepada calon BN yang dipilih pucuk pimpinan untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.

“Perkara itu penting bagi memastikan BN dapat mengekalkan kemenangan pada setiap kerusi yang ditandingi khususnya di kawasan luar bandar yang menjadi kubu kuat BN,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu, Ketua Umno Bahagian Beluran, Datuk James Ratib; Timbalan Ketua Umno Bahagian Beluran Aspah, Abdullah Sani; Naib Ketua Umno Bahagian Beluran, Mahmud Awang Hussin; Ketua Wanita Umno Bahagian Beluran, Dayang Endang Datu Asibi, Ketua Puteri Umno Bahagian Beluran, Julie Sabran dan para pemimpin kawasan berkenaan. (UB)

16 comments:

  1. Hope that the members who are not appointed as candidates will continue to give support to the other candidate who was appointed instead of sabotaging the party.

    ReplyDelete
  2. The party knew who are the best candidate to represent the party, those who didn't get selected does not mean they are not good enough, just continue to work harder and I'm sure there will be chances next General Election.

    ReplyDelete
  3. jika tidak tersenarai kena terima dgn hati terbuka, jgn ada sikap sabotaj dalam diri. perjuangan parti kena diutamakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. menjadi perkara utama adalah perjuangan parti dan rakyat. jadi jika tak tersenarai jgnlah kecewa.

      Delete
  4. Apa barang main sabotaj. Terima dengan hati terbuka. Barulah pemimpin sejati.

    ReplyDelete
  5. Sabotaj ni lah salah satu yang merosakkan parti.

    ReplyDelete
  6. Kita harus terima sebaiknya mengenai pemilihan tersebut.

    ReplyDelete
  7. Semua ahli Umno BN harus menyokong calon2 yang telah dipilih oleh pucuk pimpinan.

    ReplyDelete
  8. pihak yang tidak tercalon dan cuba mensabotaj parti dari dalam, hanya menunjukkan sikap tidak matang mereka.. jika benar ianya akan berlaku, bermakna memang tepat la pilihan Najib untuk tidak mencalonkan pemimpin2 yang tidak matang ini..

    ReplyDelete
  9. mana2 yang tidak tercalon tu, akur saja la.. kalau tidak puas hati, jangan buat 'amuk' dalam parti.. keluar saja dari parti dan sertailah mana2 parti yang boleh offer jawatan dalam parti..

    ReplyDelete
  10. Sabah Umno will leave it to the discretion of party leadership to decide on the candidates for the 13th general election, said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.

    ReplyDelete
  11. Names has been submitted; it will be up to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak who is Barisan Nasional chairman to decide .

    ReplyDelete
  12. Musa also called on state departments and agencies to strive to maintain the state’s achievements.

    ReplyDelete
  13. Musa also called for a people-oriented approach in all services provided by agencies and departments.

    ReplyDelete
  14. Applications for government services should be processed at once, he said, adding that the RM4 billion state budget this year was a reflection of the state government’s ability to manage its finance.

    ReplyDelete